Tuesday 2 September 2014

Petua tradisional merawat ruam

Assalammualaikum, salam sejahtera para-para ibu semua :) hari ini lily hendak berkongsikan serba sedikit petua tradisional merawat ruam bayi, ibu mana tidak risau kan apabila bayi anda naik ruam dibadan, leher, lengan kaki khususnya kan? sama lah sengan lily, apabila si kecik sudah mula menunjukkan ketidakselesaan, mula pandai menggaru- garu dibahagian ruam kebiasaannya bayi lily naik ruam apabila mula berpeluh di bahagian leher ,tangan celah peha yangberketak-ketak itu, maklumlah 10.2 kg bayi lily ini :)
Sedih kan apabila bayi asyik merengek sepanjang malam, tidur malam tidak lena dibuatnya.Pelbagai krim doktar beri tapi masih tidak menemui jalan penyelesaian? jom cuba petua tradisional merawat ruam moga-moga memberi manfaat dan info buat para-para ibu sekalian :-

1. TEPUNG UBI
Ambil dua sudu tepung ubi dan bancuhkan dengan air sejuk menjadi seperti masker dan lumurkan/sapu di badan anak anda yang ada ruam dengan rapi

2. LIMAU PURUT
Ambil limau purut yang telah masak dan dibelah dua, bakar limau purut hingga kehitaman, sejukkan limau yang telah dibakar dan lumurkan dibahagian badan anak yang dijangkiti ruam

3.DAUN BULUH
Ambil segenggam daun buluh tumbuk hingga lumat, gaul dan campurkan dengan bedak sejuk dengan sedikit air seterusnya lumurkan di badan anak yang dijangkiti ruam 


4. BUAH MANJAKANI
Ambil beberapa biji manjakani, tumbuk hingga hancur dan halus, campurkan dengan bedak sejuk dan lumurkan dibahagian yang dijangkiti ruam. Lakukan setiap malam hingga ruam beransur pulih


orait para ibu sekalian, jangan dilupakan pada petua tradisional nenek moyang kita ye hehe..boleh cuba moga-moga bermanfaat untuk anda sekalin :) silakan share agar dapat membantu para-para ibu dalam petua tradisional merawat ruam :)

jika para ibu mencari cream serbaguna dari bahan-bahan semulajadi almaklum lah kebayakan para-para ibu ni wanita berkerjaya yang mahukan sesuatu yang mudah dan berkesan, boleh mencuba cream herbal bland shaklee 100% bahan semulajadi :) harga sangat berbaloi-baloi dan lebih penting boleh digunakan untuk seisi keluarga dari peringkat bayi hingga warga emas :) bagaimana untuk mendapatkannya???

boleh hubungi saya ditalian 0176784153 . Stok sangat terhad, lily gunakan pada si manja alhamdulilah seper hebat ! dengan izin Allah,syukur..

3 comments:

Nila Anggraini said...

anak sya kena ruam juga guna petua ini..memang berkesan..
http://bit.ly/1lwa95x

Nila Anggraini said...

thanks for info
http://bit.ly/1lwa95xn

cahayaummurizqi.blogspot.com said...

moga manfaat buat anda :) sharing is caring, tq nila