Sunday, 14 September 2014

Daging masak kicap semudah ABC

Assalammualaikum semua, hai momies pening fikirkan nak masak apa hari ini?harini nak share resipi daging masak kicap semudah ABC :)



Bahan yang diperlukan-》

Daging
bawang besar + putih yang dikisar
lada kering dikisar
kicap manis
kicap pekat
kayu manis
bunga lawang
cuka
gula dan garam sebagai bahan perasa

langkah pertama ♢

Perapkan daging bersama kicap manis,kicap pekat,gula dan cuka
gula dan cuka tu sesedap rasa je ye jangan sampai sebotol lak,lily masukkan cuka dalam 1 2 sudu je, gula pun samaye..Camne nak perap?contoh seperti gambar dibawah ye :)



bahan tumis

mestilah tumiskan bawang dulu,pastu boleh masukkan bunga lawang dan kayu manis memberi aroma yang best dalam masakan ni.Tumis hingga garing kekuningan je ye



Kemudian masukkan cili yang telah dikisar.
Masak sampai pecah minyak ye.Seperti gambar dibawah ni, siap ada gambar lagi nak senang korang nak bayangkan hehehhe ada bayangkan lak pulak kan,cewah!

[im age_0]

bila sudah pecah minyak boleh masukkan daging yang telah diperap tadi dan masukkan air dalam secawan camtu bia daging mereneh hingga lembut, suhu api paling rendah ye.




kalau nak daging itu dimasak kering boleh lama sikit la masak sampai air kering,kalau nak berkuah pun boleh ikut kehendak anda,haa..dah pun siap!Senang je kan resipi daging masak merah semudah ABC Jemput makan jom!

posted from Bloggeroid

2 comments:

ummu hanan said...

Nyummy sedapnya.. My febret.. Alamak, terliur rasa..^_^

CahayaUmmu Rizqi said...

ummu hanan:

hehehe..jom pakat masak jemput kak kiah ye hehhehe