Thursday, 18 September 2014

Kebaikan Membendung Bayi dengan teknik yang betul

 
Masa kini rata-rata ibu yang baru menimang cahayamata sering mengadu serta mengeluh mengedung bedung bayi.Bayi seakan-akan tidak selesa serta meragam apabila dibedung hinggakan tangan serta kaki terkeluar dirapada kain bedungan.Hal ini pasti memeningkan para ibu malahan turut jua kepada bapa.

Teknik menbedung yang betul sangat penting bayi memberi keselesaan pada bayi anda.Para ibubapa haruslah peka serta dapat praktikkan cara membedung yang betul kepada bayi anda agar bayi berada didalam keadaan selamat semasa mengangkat,mendukung serta membuainya ketika dibedung.

Ada diantara ibu-ibu tidak mementingkan menbedung bayi mereka, akibat kurang kemahiran serta pengetahuan antara punca utama mengapa ibu tidak menbedung bayi.Teknik serta cara membedung yang salah akan membuat ibu sering mengambil remeh untuk mebedung bayi mereka.

Tahukah anda kebaikan menbedung bayi adalah seperti berikut :-

Bayi yang baru lahir akan merasa seperti didalam Rahim ibu,Kain bedung akan menbuat bayi seperti di dalam Rahim ibunya

Bayi yang masih kecil haruslah dibedung bagi mengelakkan bayi anda dari terkejut semasa lenanya serta bunyi bising disekelilingnya

Bedung bayi akan mengelakkan bayi anda daripada menggosok serta mencakar mukanya sendiri lebih-lebih lagi jika bayi tidak memakai sarung tangan

Menbedung bayi akan mengelakkan tangan bayi anda dari menerawang keatas semasa tidur dan akan mengakibatkan bayi terkejut,menbedung akan mengurangkan risiko Sindrom Bayi Mati Mengejut (SIDS) ketika tidur akibat terkejut dan tersentak.

Menbedung akan membantu memudahkan penyusuan ibu kepada bayi kerana pergerakan bayi anda terhad apabila dibedung.Ini akan memberi keselesaan buat si ibu semasa menyusu bagi mereka

Jika bayi anda didiagnosis mengalami kolik atau tidah,membedung dapat membantu meredakan tangisan bayi anda.


Untuk Membedung Bayi terdapat dua teknik untuk membedung bayi iaitu :-
  1. Teknik konvensional iaitu melalui cara lipatan atau simpulan. Biasanya teknik ini  menggunakan kain lampin bayi atau kain bedung yang diperbuat daripada kain kapas.Pilihan ini merupakan pilihan sejak dahulu kala dizaman generasi sejak terdahulu lagi
  1. Teknik moden iaitu dengan menggunakan kain bedung yang direka khas bagi ibu moden dimasa dikini dimana menjadi pilihan para ibu berkerjaya untuk memudahkan bayi dibedung dengan mudah dari penggunaan butang atau pelekat.Biasanya teknik ini daripada kain bedung yang siap dijahit mahupun pelekat hanya perlu disarungkan kepada bayi anda
Kini lambakan dipasaran banyak memenuhi citarasa buat ibu moden bagi memilih bedung yang mudah dn senang digunakan kepada bayi mereka seperti rekaan baju panjang yang ber'zip' ditengah.Anda hanya perlu meletakkan bayi ditengah-tengah bedung dan Tarik zip dari bawah kaki hingga ke atas (dada) bayi anda.Ini memberi kemudahan dan keselesaan buat bayi anda.

No comments: