Thursday, 11 September 2014

Bantu bayi tidur lena

Berjaga dan bangun malam adalah perkara normal buat pasangan ibu bapa apabila dikejutkan dengan tangisan bayi di malam hari.

Sebagai ibu bapa yang baru menimang cahayamata, kehadiran bayi memgakibatkan tidur malam anda terganggu,hal ini pasti akan memberi sedikit tekanan buat ibu bapa yang baru menimang cahaya mata.

Hal demikian pasti akan mengangu tumpuan ibu bapa dan buntu mencari sebab mengapa bayi anda berjaga malam apabila dia harus tidur.
Pasti dikalangan ibu bapa tertanya-tanya waktu terbaik untuk tidurkan bayi agar bayi dia terjaga diwaktu malam.

Menurut kajian antarabangsa yang dijalankan oleh Johnson dan Asia Pasifik Paediatric Sleep Alliance(APPSA) pada akhir tahun lepas mendapati bahawa seramai 997 ibu bapa melaporkan bayi mereka mengalami kesukaran untuk tidur lena.

Sebanyak 47 peratus, hampir setengah ibu bapa yang yerlibat dengan kajian tersebut menyatakan mereka tidak mempunyai rutin waktu yang sama bagi kebanyakan setiap malam.

Manakala, sebanyak 45 peratus atau hampir setengah ibu bapa berpendapat bayi mereka mengalami masalah tidur dan 20 peratus lagi mengadu bahawa waktu menidurkan bayi mereka adalah sukar.

Kebimbangan dan kerisauan ibu bapa mengenai waktu tidur yang secukupnya pada bayi pasti akan merisaukan ibu bapa, adakah bayi anda cukup waktu tidur mahupun tidak.

Pakar Perunding kanak -kanak Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur, Dr.Norzila Mohamed Zainudin berkata, waktu tidur kanak-kanak di negara ini Malaysia ,puratanya pada pukul 9 malam keatas.

Ibu bapa lebih cenderung menidurkan anak pada waktu demikian untuk menidurkan anak barangkali, hal ini sebenarnya mengganggu waktu tidur bayi.

Berbeza dengan seperti Negara Australia,United Kingdom,mereka menetapkan waktu tidur khusus untuk anak-anak mereka dimana kanak-kanak di negara tersebut akan tidur sebelum pukul 8 dan secara puratanya 13jam waktu tidur bagi kanak-kanak negara tersebut

Di Negara matahari terbit iaitu Jepun, kebanyakam ibu bapa melakukan rutin harian yang khusus untuk menidurkan anak, begitu juga Negara Korea,


Sebagai ibu bapa yang baru menimang cahayamata pasti akan risau jika bayi berjaga malam ,jangan bimbang ini kerana bayi diantara usia 1 hingga 6 bulan kebisaannya tidur diwaktu yang tidak tentu, ada diantaranya tidur seperti biasa dimakam hari dan ada berjaga dimalam hari, apabila usia 6 bulan ke atas bayi akan tidur normal khususnya.

Bagaimana untuk membendung masalah ini agar boleh bantu bayi tidur lena?

1.tetapkan satu waktu rutin tidur *bayi
Ibubapa memainkan peranan penting unuk menetapkan waktu tidur bayi anda, sebaik-baiknya tidur anak lebih awal sebelum pukul 9 dan lakukan rutin ini waktu yang sama agar bayi anda akan terbiasa dengan ketetapan waktu sebenar mereka tidur dengan selesa, jika tiada penetapan waktu tidur untuk bayi anda,hal demikian akan menyebabkan bayi anda akan meragam tidak tentu masa berpunca dari kurang tidur.

2. mendodoi dengan lembut
Dodoilah bayi anda dengan belaian dan pelukan ibubapa, boleh bergilir-gilir untuk mendodoikan bayi anda agar bayi berasa didalam keadaan selesa dan berasa selamat di dalam pelukan ibubapa disamping itu anda boleh berzikir / menyanyi semasa mendodoikan bayi anda hingga bayi akan tidur dengan lena
balutan

3.menggosok
Ketidakselesaan perut bayi antara pumca mengapa bayi anda selalu berjaga danmeragam.Gosok perut bagi anda perlahan -lahan dengan urutan 'U' dari bahagian bawah perut kanan hingga ke kiri.Ini akan membantu memberi kelegaan dan keselesaan pada bayi anda.Boleh disapukan dengan minyak khas untuk bayi seperti minyak telon di perut bayi anda.

4.menghisap
Kebiasaan para bayi akan berasa tenang dengan menghisap .Ini berkaitan dengan puting . Sesetangah ibu membiarkan bayi mereka tertidur dengan puting di mulut hal ini memberi impak yang tidak baik dan akan mengakibatkan bayi anda tersedak semasa menyusu, Elakkan membiarkan puting susu bayi hingga bayi lena dalam jangka masa yang panjang.Selain itu juga,puting susu akan menyebabkan masalah kegigian,maka lebih baik dielakkan.

5.tukar lampin
Bayi akan menangis dan meragam apabila didalam ketidakselesaan, para ibubapa boleh menyemak lampin pakai buang bayi sama ada lampin dipenuhi dengan air kencing bayi atau pun bayi berak. Sebaiknya tukar lampin bayi diantara waktu 3 hingga 4 jam bagi memberi keselesaan kepada bayi anda

6.Balutan / bedung
Membedung atau memasukkan tangan bayi anda dengan selesa ke dalam selimut yang nipis dengan tidak terlalu ketat ini akan membuatkan bayi anda seperti didalam dakapan belaian anda.

7. Menyusukan bayi
Ibu haruslah menyusukan bayi sebelum tidurkan bayi agar bayi tidak tidur didalam kelaparan, bayi kebiasaannya akan menangis dan meragam apabila lapar, maka ibu harus kerap menyusu bayi sekurang-kurang 3 jam sekali.

Jika bayi terjaga pada waktu malam,bagaimana untuk saya menidurkan bayi semula?

Tunggu beberapa minit untuk melihat sama ada bayi anda akan tertidur semula atau tidak, jika bagi seperti tidak selesa anda boleh tepuk bayi anda dengan perlahan-lahan hingga dia lena kembali, jika bayi anda menangis angkat, dan dukung bayi untuk seketika atau boleh diberi susu kepada bayi kemungkinan bayi anda lapar. Letakkan kembali bayi di katil jika bayi berhenti menangis, tepuk bayi anda seketika agar bayi anda akan berasa selamat dan selesa. Tunggu 5 minit dan pastikan keadaan bayi anda dengan selesa.Rapikan selimut dan beredar.

Lakukan perkara di atas setiap lima minit bagi memastikan bayi anda benar-benar lena, Selepas setengah jam boleh jenguk bayi anda setiap 10 minit, joka keadan bayi anda tidur, bayi anda telah lena tidur.Lakukan untuk beberapa minggu untuk mendapatkan tidur bayi yang sempurna

Bagaimana posisi tidur bayi dan dimana bayi perlu tidur?

Pasti ibubapa memikirkan apa kaedah terbaik bagi bayi anda tidur sama ada di buaikan mahupun di katil bayi? Sebaiknya elakkan bayi anda tidur di buaian mahupun bakul bayi ini kerana risiko bayi jatuh sangay tinggim sebaiknya tidurkan di katil bagi dan untuk mengelakkan kematian di katil bayi, biarkan bagi anda tidur secara melintang dengan kaki dihujung katil bayi,ini akan memudahkan anda memantau keadaan bayi, Jangan biarkan bayi anda tidur secara meniarap tanpa sebarang pantauan orang disekeliling ,ini akan mengakibatkan bayi mati secara senyap tanpa anda sedari.Pastikan anda merapikan selimut bagi dengan kemas bagi mengelakkan selimut bayi terlucut ke kapala bayi, ini akan mengundang risiko bayi anda lemas.Penjagaan dan pengawasan ibubapa sangat penting,jangan bìarkan bayi anda sendirian tanpa sebarang pengawasan.




posted from Bloggeroid

No comments: