Adakah normal bayi tumbuh gigi usia 6 bulan
Assalammualaikum ibu semua, bagi ibu yang mempunyai bayi kecil pasti sangat menanti setiap perkembangan si manja termasuk soal pertumbuhan gigi.Boleh dikatakan setiap hari mesti check mulut bayi jika sudah ada gigi tumbuh mahupun tidak.Begitu juga lah keadaan kak kiah dimana terlalu teruja hendak mengira gigi baby rizqi sudah tumbuh atau belum.Kak kiah juga terfikir bila waktu normal bayi tumbuh gigi? 3 bulan?5 bulan?9 bulan? Pasti ibu semua mempunyai persoalan seperti kak kiah juga kan? Hasil blogwalking kak kiah menemui jawapan atas persoalan Adakah normal bayi tumbuh gigi usia 6 bulan? Kak kiah jumpa jawapan tersebeut di artikel blog PA&MA kredit untuk pa&ma :)
Gigi Geraham mula tumbuh
Adakah keadaan ini normal apabila anak saya yang berusia 6 bulan sudah mula tumbuh gigi geraham atas? Jika tidak, apakah kesan terhadap perkembangan pertumbuhan anak saya?
Jawapan:
Secara normal gigi geraham desidus mula tumbuh ke dalam mulut apabila kanak-kanak mencapai usia 12 bulan, dan ke semua gigi geraham (8 batang) akan selesai tumbuh apabila kanak-kanak berusia 36 bulan.
Gigi desidus yang sering tumbuh awal adalah gigi kacip di rahang bawah (gigi natal). Gigi geraham desidus jarang tumbuh awal dan sekiranya ia berlaku, puan dinasihatkan untuk membawa anak berjumpa dengan doktor gigi untuk menentukan sama ada gigi geraham tersebut adalah normal dari segi pembentukannya.
Sekiranya, gigi tersebut adalah normal, puan hanya perlu menjaga kesihatan gigi anak seperti biasa untuk mengelakkan kerosakan gigi. Walaupun jarang, ada di antara kanak-kanak yang mempunyai masalah setempat pertumbuhan pergigian atau masalah perubatan seperti hyperthyroidism yang boleh mengakibatkan gigi tumbuh awal (premature tooth eruption). Oleh demikian, pemeriksaan oleh doktor pergigian dan pengamal perubatan disarankan untuk menentukan sama ada pertumbuhan gigi awal adalah tanda yang berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak.
Pendapat Orang dahulu
Kak kiah pernah juga bertanyakan pada mak mentua bila hendak tumbuh gigi anak ini, macam lambat je, pesan mentua kak kiah tidak mengapa jika bayi lambat tumbuh gigi, lambat tumbuh lambat lah rosak gigi nya kalau cepat tumbuh cepat pula rosak gigi nanti. Kak kiah senyum dengan tanda setuju.So, ibu semua lalui detik manis bersama si manja dengan sabar ye, moga-moga perkongsian mengenai adakah normal bayi tumbuh gigi usia 6 bulan membuatkan ibu semua lega seperti kak kiah hehhehe
