Wednesday, 12 November 2014

Makanan yang perlu dielakkan semasa hamil

Makanan yang perlu dielakkan semasa hamil

elakkan makan semasa hamil
Assalammualaikum semua, terima kasih tak terhingga kerana masih setia berkunjung di blog cahayaummurizqi :) skema kak kiah kan heheh, orait kawan-kawan hari ini kak kiah mahu berkongsikan serba sedikit mengenai pengambilan pemakanan semasa hamil yang perlu dielakkan,Anda hamil? 

Selera makan semakin meningkat semasa hamil? kak kiah terigat lagi pengalaman semasa hamil ada kawan-kawan menyatakan :-

'Alaa.. makan sahaja apa yang rasa hendak makan semasa hamil ini, kesian baby tu mengidam karang
Tak pe la makan je time hamil ini tiada pantang-pantang makan

Haa.. ada yang tersenyum-senyum sorang sorang tu mesti seperti itu ye? Kebiasaan ayat ini seringkali kita dengar benar kan? termasuk kak kiah juga,Sebelum bakal ibu mengikut kata kawan kawan mengenai pengambilan pemakanan yang main tibai sahaja itu, jom ikuti kisah ini

"Semasa akak hamil anak sulung, akak mengalami alahan yang sangat teruk, akak hanya boleh minum air coke sahaja, hari-hari akak minum memang rasa hendak minum sahaja, akhirnya akak kena kencing manis,

"Masa hamil si adik ini memang selalu makan meggi serta fast food sahaja, hari hari makan pun tak pe, yela kan masa hamil ini kita tibai jela

Tibai katanya, akhirnya bayi beliau mengalami komplikasi, doktor sendiri bertanyakan ini mesti kuat makan meggi kan? anak tiap-tiap bulan kena ambil darah akibat pengambilan makanan yang tidak berkhasiat itu, mahu seperti itu?
Mak aii..kalau cenggini gayanya muntah meggi jla

Kawal pemakanan

Mengapa tidak dapat kawal kehendak untuk makan?
Bagi pandangan kak kiah sendiri, mind set memainkan peranan sangat penting, jika kita sendiri yang menyatakan ' tak boleh tahan la memang rasa hendak makan itu dan ini makanya mind set telah ditetapkan tidak dapat mengawal makanya secara automatik kita membuat tindakan untuk mengambil, Ibu semua harus mind set kan lebih awal bahawa saya boleh kawal tidak mahu makan makanan yang manis contohnya sepeti ais campur abc, jika kita tidak dapat kawal hari-hari mahu tibai bermangkuk mangkuk ais campur maka potensi untuk mengidap kencing manis adalah tinggi.Hendak makan haruslah berpada-pada ye :)

Apa makanan yang perlu dielakkan semasa hamil

  • Daging mentah

Makanan laut atau sushi yang mentah perlu dielakkan kerana dikhuatiri mendatangjan risiko pencemaran seperti bakteria, coliform, dan toxoplamosis
  • Hati / organ dalaman

hati mengandungi vitamin A, jika terlalu banyak vitamin A boleh mendatangkan kesan bayi mati dalam kandungsn
Ikan yang mengandungi merkuri
Ikan yang terdapat di perairan industri perlu dielakkan kerana ianya terdedah kepada polychlorinated biohenyls ( subtansi kimia organik sintetis)
  • Kafein

kafein merupakan diuretik iaitu ia membantu tubuh anda kerap mrnyinkirkan bendalir badan dan ini menyebabkan kehilangan kalsiumnyang banyak. hadkan pengambilan kafein
  • Keju lembik

Keju lembik yang diimport mungkin menpunyai beberapa bakteria yang boleh menyebabkan keguguran.
  • Susu tidak berpasteur (tidak dipananskan)

Mengandungi bakteria yang dikenali sebagai listeria yang mana boleh menyebabkan keguguran .
susu berpastur adalah susu yang telah dipanaskan untuk membunuh sesetengah bakteria yang terdapat didalamnya
  • Sayur sayuran yang tidak dicuci

Sayur sayuran sangat bagus diamalkan bukan sahaja semasa hamil, pada bila bila masa sahaja, ya, ianya selamat dimakan namun jika ia tidak dicuci/dibasuh, sisa toxoplasmosis (kandungan dalam baja) masih melekat dalam sayuran yang anda makan. Berhati-hati ye.
  • Alkohol

Alkohol sangat tidak bagus sama sekali ianya akan mengakibatkan perkembangan bayi terbantut dan merbahaya untuk kesihatan ibu dan bayi
  • Rokok

Merokok akan mengakibatkan kecacatan kelahiran bayi, hal ini akan mengundang pelbagai komplikasi buat ibu dan bayi.Maka perlu dielakkan!


Begitu banyak lagi makanan yang perlu dielakkan semasa hamil, disini kak kiah kongsikan serba sedikit semoga memberi manfaat untuk ibu semua :) Ibu - ibu mempunyai persoalan serta permasalah mengenai kehamilan serta penyusuan?malu untuk bertanyakan pada keluarga mahupun rakan? kak kiah kan ada,:) hubungi untuk perkongsian anda

 0176784153 whatapp/call/sms/telegram ( Pn.Lily)

email: nlabdullah8909@gmail.com

fb: Norlaili abdullah

instagram: norlailiabdullah

fb pages: cahayaummurizqi.blogspot.com  (like

untuk info lebih menarik


20 comments:

Nursimatun said...

Mujurlah masa hamil dulu tak mengidam yang pelik2. Shushi pun tak kenal lagi masa tu. Al maklumlah orang kampung. Hanya makan yang biasa2 saja... hihihi

nurulhuda sobari said...

Organ dalaman tu kalau boleh kita elakkan. Yang lain tu rasanya xda masalah. Tambah2 alkohol.

BAWANG PUTIH DALAM BOTOL COMEL

Jasreena Zainal Abidin said...

Nasib baik ms preggy tak ngidam mkanan pelik2. Sy amalkan set hamil shaklee. Alhamdulillah sy tidak mengalami apa2 komplikasi.

Nik Azimah Awg Hamat said...

Saya amalkan set hamil shaklee semasa mengandung ank ketiga..alhamdulillah tak mengidam yang pelik2...

makanan tambahan bagi ibu hamil

fisha hasan said...

Kdg2 yg kita Tak.mkn waktu tak pregnant, tiba2 wktu pregnant nak makan pulak.. Hehe..
So far, klu mkanan yg tak baik utk kesihatan, mind set Awal-Awal jangan makan.
APA ITU SIRAP AJAIB??

Ain Ridzuan said...

Masa mengandung memang teringin sangat makan meggi tapi tahan je la... heheh

SUNITA ARZANSU Supiyan said...

Alhamdulillah...masa preggy xde lah ngidam pelik2.meggi tu mkn bedal tpi xselalu.

Tips jimat duit berbelanja di pasar raya

ida rusyeela said...

Alhamdulillah so far masa hamil xde mengidam apa2 pn..biasa je.

Jemput baca: RAWATAN ASLI PUTIHKAN KETIAK YANG BERKARAT DENGAN BERKESAN

Anmas Healthcare said...

untuk memastikan kesihatan ibu dan anak terjamin ibu perlulah melakukan sedikit pengorbanan untuk pantang makanan yang tak digalakkan ketika hamil :D

Besarnya..pengorbanan ibu


:: anmashealthcare.blogspot.com ::

Nor Azimah said...

hati2 dalam memilih makanan semasa mengandung...kerana apa yang kita makan itu akan menjadi darah daging pada bayi dalam kandungan...makanlah makanan yang berzat dan halal

Cara Atasi Penyakit Tonsil

mama hantek said...

Betul...walaupun mengidam, ia bukan tiket utk berlebihan. Sekadar bersederhana itu ok. Thanks info ttg makanan atau bahannya ptut pantang tu,especially bab hati ayam tu

ieda dayah said...

bagus info ni.. boleh remind dekat biras ni jangan suka makan megi.. kasihan kat kesihatan anak nanti kan..

Aiyu Anuar said...

Masa mengandung memang kena jaga betul betul pemakanan.

syuhada salleh said...

Bahaya jugak ya kalau tak jaga pemakanan masa hamil...

Akak Vitamin said...

Pemakanan ketika hamil bukan sahaja mempengaruhi kesihatan ibu.. malah efek juga pada kandungan.

sicomel ayatulhusna said...

seeloknya semasa hamillah kita kena jaga pemakanan, makan makanan yang berkhasiat, kalau ya pun mengidam...mengidamlah benda yang logik, makanan yang boleh membawa kesihatan pada bayi.

Zoe Abigail Adamant said...

Kena slalu jaga makan..ingat baby lam perut.hihi tp masa hamil anak pertaman zoe mengidam nak makan buak koko.adui mana nak cari buah koko.nasib baik jumpa.tak la terliur anak.


kawal paras gula dalam darah pesakit kencing manis

supplement eshoppe said...

Sangat Penting penjagaan Pemakanan ketika hamil bukan sahaja mempengaruhi kesihatan ibu.malah untuk baby sekali.

asma el Kareem said...

Alhamdulillah.. Biasa-biasa je mengandung ni.. Selera je bertambah

Akhirnya Tadika Al Falah untuk Najihah

izue jue said...

Informasi berguna buat ibu-ibu yang hamil anak pertama. Jangan ambil sambil lewa perkara ini. Layari Aju@VitaSyopz di http://ajusyopz.blogspot.com