Sunday, 14 December 2014

Resipi Mee Goreng Basah yang sangat mudah lagi menyedapkan

Resipi Mee Goreng Basah yang sangat mudah lagi menyedapkan


Assalammualaikum, salam sayang semua :) hari cuti ini masa yang berkualiti dengan keluarga betul tak? Memasak antara kegemaran kak kiah juga lah, Hamboii..rajin la sangat kak kiah ini gayanya hahah, So alang-alang cerita masak kak kiah hendak share resipi mee goreng basah yang sangat mudah lagi menyedapkan. Permintaan dari mentua kak kiah yang gemar mee goreng basah ini :) bila ada permintaan lagi kak kiah feeling ala-ala master chef antarabangsa ok! hahaha

Bahan-bahan membuat mee goreng basah 


  • Mee Kuning sebungkus ( hidangan cukup 4 - 5 orang)
  • bawang putih 3 ulas (blend/tumbuk)
  • bawang merah 1/2 biji yang sedang (blend/tumbuk)
  • cili kering (blend)
  • cili merah/ hijau untuk hiasan
  • isi ayam yang dipotong kecil ( ikut citarasa ingin sedikit mahupun banyak)
  • limau nipis
  • sayur - sawi,lobak,tomato
  • kicap manis
  • kicap pekat
  • sos cili
  • sos tiram

Cara-cara masak mee goreng basah

resipi mee goreng basah yang sangat mudah lagi menyedapkan
  1. Panaskan kuali,isi minyak dan tumiskan bahan yang blend/tumbuh (bawang putih dan bawang merah) hingga naik bau
  2. isi kan lada yang diblend, goreng hingga garing nanti sakit pula perut tidak garing hehehe
  3. masuk ayam dan sos tomato serta sedikit air
  4. masukkan sos tiram
  5. Kemudian masukkan kicap manis,kicap pekat 
  6. masuk sayur-sayuran dan masak seketika agar sayur layur
  7. masukkan mee kuning dan boleh tambah air agar mee kuning kebasahan. (namanya pun mee goreng basah mesti la kena ada air agar mee basah kan heheheh
  8. Siap untuk dihidang!! yummy
***hiriskan lada hijau untuk hiasan serta perahkan asam limau untuk tambah kan lagi kesedapan mee goreng basah anda :) yummy.. selamat mencuba!



5 comments:

Zue said...

Esk nk cuba masak mee goreng basah stail k.kiah ni...

Erickson Saimon said...

Heheheee

Fizo Mathir said...

Cili kering biasa letak berapa tangkai....

Fizo Mathir said...

Cili kering biasa letak berapa tangkai....

Unknown said...

Aduh sikit lagi nk sahur x sempat nk buat tak apa esok sya akan buat lain kali x payah suruh isteri masak untuk sahur hahahahh bye assalamualaikum