Sunday 30 November 2014

Tip Mencegah kecederaan lutut semasa Suzuki Aff Cup 2014

Tip Mencegah kecederaan lutut semasa Suzuki Aff Cup 2014


tip mengelakkan kecederaan lutut suzuki aff cup 2014

Demam bola sudah kembali dalam tidak sedar sekarang ini berlangsungnya perlawanan bolasepak Suzuki Aff Cup 2014 yang bermulanya pada 22 November hingga 20 Disember 2014 di Vietnam dan Singapura selaku tuan rumah untuk pusingan peringkat kumpulan. Ini bermakna sudah seminggu lebih berlangsungkan perlawanan bolasepak Suzuki Aff Cup 2014. Ternyata kak kiah ini masih belum kesempatan untuk menonton perlawanan bolasepak Suzuki Aff Cup 2014 secara langsung dihadapan media saluran hehehe..

piala suzuki aff cup 2014



Walaupun dengan kesibukan kak kiah dalam tugasan seorang ibu,isteri,berkerjaya, Pengedar Shaklee yang tegar kak kiah tidak ketinggalan untuk mengikuti info serba sedikit mengenai perlawana bolasepak Piala Suzuki Aff Cup 2014 ini dimana 8 negara ASEAN akan bersaing merebut kejuaraan melibatkan 2 kumpulan iaitu kumpulan A terdiri daripada Vietnam, Indonesia, Indonesia, Laos dan Filipina manakala Kumpulan B melibatkan pasukan Singapura, Thailang, Malaysia dan Myanmar. Haaa.. siapa cakap kak kiah ketinggalan Piala Suzuki Aff Cup 2014 kan? hehhehe.. bab sukan sudah sebati dengan kak kiah tau cewahhh hhahhaah.. ( padahal google dapatkan info ) heheheh

Dalam tempoh latihan hingga perlawanan para atlet pastinya bimbang jika berlakunya 'injurt' terutamanya melinbatkan kecederaan dibahagian lutut. Lutut merupakan alemen yang sangat penting yang harus dititik beratkan semasa bersukan.Bagi pemain bolasepak, lutut yang mengalami kecederaan pasti tidak dapat menjayakan perlawanan Piala Suzuki Aff Cup dan pastinya membantutkan saat keemasan perlawanan yang berlangsung. Sebaik mungkin para atlet akan berhati-hati semasa sesi latihan diawalnya bagi mencegah kecederaan lutut


Bagaimana untuk mencegah kecederaan lutut ?

Sebaik-baiknya kita mencegah daripada merawat, ikuti tip mencegah kecederaan lutut agar anda mampu memberikan aksi perlawanan terbaik semada perlawanan sukan yang diceburi :-
  • Melakukan rengangan otot serta pemanasan sendi dan otot dengan lembut melalui gerakan olahraga dengan teknik-teknik rengangan otot yang betul.
  • lari
  • Pakai sarung kaki yang tepat dan sesuai dengan menyokong lutut anda ( knee Guard ).
  • Hindari untuk melakukan gerakan yang tiba-tiba.
  • Gunalah kaki anda untuk mengubah arah dari memutarkan dengan menggunakan lutut.
  • Selesai bersukan, lakukan sesi cooling down iaitu bermula dari anggota atas ( kepala ) hingga ke bawah ( kaki ) 

Bagi mengelakkan kecederaan lutut, bagi menyokong kesihatan sendi untuk jangka masa yang panjang merupakan faktor yang penting bagi meningkatkan kekuatan lutut agar tidak mudah 'injured'

penjagaan sendi lutut

Bagaimana untuk menyokong penjagaan kesihatan sendi untuk jangkamasa yang panjang ? 

Penjagaan pemakanan menyumbang kesihatan yang baik untuk tubuh badan, jika anda tidak memenuhi keperluan nutrisi yang lengkap yang dikehendaki tubuh badan, pengambilan suppliment merupakan pilihan tepat contoh seperti anda tidak suka minum susu. Kekuatan tulang bergantung dari kalsium tinggi yang didapati didalam kandungan susu. Boleh digantikan dengan tablet kalsium bagi memenuhi kehendak kalsium yang diperlukan oleh tulang dan juga kesihatan sendi anda. Bagaimana produk Shaklee membantu anda :-

 

set sendi dan lutut shaklee

 

Advance Joint Health Complex (AJHT) (RM 124/ 60 TABLET)

  • Dirumus secara sainstifik dimana merangkumi ramuan yang terbukti secara klinikal

    • Menyokong kesihatan sendi untuk jangkamasa panjang

    • Meningkatkan fleksibiliti

    • Meningkatkan fungsi sendi

    • Menggalakkan mobilititi

 Manfaat AJHT :-

  • Membantu Meningkatkan keselesaan sendi se-awal 5 hari

  • Membantu Keselesaan sendi hampir 28% lebih cepat dari yang didakwa oleh Osteo Bi-Flex (R)

  • Membantu 45% lebih berkesan meningkatkan keselesaan sendi dan Osteo Bi-Flex (R) 


Ciri-ciri AJHT :-

  • 100% bebas kekerangan

  • 100% vegetarian

  • 100% bebas kondroitin untuk penyerapan glukosamin yang baik

  • Mengambil hanya 2 tablet sehari

  • Tablet yang mudah ditelan

  • Tiada bahan perasa tiruan, pemanis atau bahan pengawet

  • Bebas gluten

 

Ostematrik (RM 61/ 120 TABLETS)

  • Membantu untuk menguatkan tulang dimana kandungan kalsium yang tinggi didalam ostematrik bagi menghalang osteoporosis, merawat tulang retak serta konsulvi/ kekejangan 

  • Membaiki kekejangan dan kebas-kebas - dengan pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur membantu memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit lutut dan sendi dan artritis

 

Omega Guard  (RM 136 / 90 TABLET)

  • Melambatkan degrasi tulang rawan

  • Bertindak sebagai pelincir dan membantu bergerak dengan lebih senang

    Untuk maklumat lanjut mengenai omega guard sila klik >>  APA ITU OMEGA GUARD ? <<

     

    Mencegah lebih baik dari merawat, jangan ambil mudah dengan penjagaan sendi dan lutut anda, melabur untuk kesihatan sendiri juga kan bukan untuk kesihatan orang lain betul tak ? mahu ke sampai tidak dapat bangun akibat membiarkan kesihatan lutut anda? kak kiah tidak mahu begitu <: 

    Jom hubungi kak kiah sebarang pertanyaan atau tempahan boleh tinggalkan komen anda diruangan komen dibawah ataupun >>>

    >>>>TANYA KAK KIAH <<<<<

    PENGEDAR SHAKLEE KAWASAN PETALING JAYA

    Ingin dapatkan produk Shaklee ?

    Anda boleh hubungi kak kiah segera untuk membuat tempahan dan pesanan produk shaklee diatas, sebarang pertanyaan serta cadangan boleh hubungi di talian :-
     Berminat untuk jadi ahli Shaklee ? Ingin mendapatkan harga lebih jimat dengan ahli shaklee?Mahu mulakan bisnes tanpa modal yang memeningkan? hubungi,





     0176784153 whatapp/call/sms/telegram ( Pn.Lily)

    email: nlabdullah8909@gmail.com

    fb: Norlaili abdullah

    instagram: norlailiabdullah

    fb pages: cahayaummurizqi.blogspot.com  (like

    untuk info lebih menarik

    PENGEDAR SHAKLEE KAWASAN PETALING JAYA SELANGOR

    COD KAWASAN PETALING JAYA, MENTAKAB DAN TEMERLOH 

    Hubungi kak kiah untuk sebarang pertanyaan produk serta harga yang terbaik hanya di cahayaummurizqi.blogspot.com sahaja!

 

 

Bermimpi bertemu Rasulullah

Bermimpi bertemu Rasulullah 

kisah benar pelajar UIA bermimpi bertemu Rasulullah

 Bermimpi bertemu rasulullah merupakan impian seluruh umat ISLAM termasuk diri saya.Alangkah besar nikmat dari kurniaan Allah jika kita terpilih untuk bermimpi bertemu Rasulullah. Saya percaya bahawa ramai sudah sedia maklum mengenai kisah benar pelajar UIA bermimpi bertemu Rasulullah. Terdetik juga untuk saya terus menyampaikan kisah benar ini agar kekal segar didalam ingatan kita bagi menjadikan pedoman dalam hidup kita. Alangkah indahnya jika bertemu Rasulullah, seperti di dalam bait-bait lagu nasyid 

' Alangkah indahnya diri ini andai dapat kutatap wajahmu, alangkah indahnya jiwa ini andai dapat bersamamu, Ya Rasulullah..
Benar, amat deras airmata ini bila berulang kali membaca kisah benar pelajar UIA bermimpi bertemu Rasulullah, sangat beruntung mendapat nikmat begitu terasa kerdil diri ini adakah seperti beliau yang tabah dalam menghadapi dugaan sengan penuh kesabaran. Jika dibandingkan dengan diri kita adakah kita sabar dalam menhadapi ujian dari Allah? Seringkali merungut, berputus asa apabila ditimpa dugaan jika dibandingkan dengan nikmat yang dikurniakan dariNYA.
 'Ya Allah, kurnikanlah taufik dan hidayahMu kepada kami, ampunilah dosa-dosa kami yang sering leka dan alpa...

Mengimbau kisah benar pelajar UIA bermimpi bertemu Rasulullah dan tontoni video sumber dari youtube. Moga pada yang menulis kisah bermimpi bertemu Rasulullah memperolehi pahala yang tidak putus daripada perkongsian artikel yang memberi manfaat pada kita semua. Airmata tidak henti mengalir sangat menonton video kisah benar pelajar UIA mimpi bertemu Rasulullah




“Article ini dari email,di bawah ini satu
article yg amat mengharukan jiwa, salah seorang rakan saya yang juga ahli
lembaga pengarah sekolah ilmi telah mengirimkannya kepada saya. Bila
membacanya, terasa juga akan keindahan kisahnya, mungkin ia lebih berkesan
lagi, kalau dipanjangkan kepada rakan-rakan melaui blog saya ini. Semoga
penulis article dan juga teman yang terlibat dengan kisah ini, memberikan saya
keizinan menerbitkannya. 


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha
MengasihaniYa Allah lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yang amat
berharga dari seorang insan yang di pilih Allah untuk berjumpa Nabi SallaLahu’alaihiwas allam melalui mimpi hari khamis,16 Rejab 1427 Hijrah
bersamaan 10 August, 2006
. Nama yang terpilih oleh ayah beliau Syamimi yang
bermaksud ‘kesayanganku’ , gelar nabi pada putri kesayangan baginda, Fatimah.
Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu
hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kensayangan Rasululluah
SallaLahu’alaihiwas allam. AlhamduLliah, doanya makbul selepas 23 tahun
kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik beradik. 




Alhamduliah, Al-Quran 30
juzuk terpelihara kemas di dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun
untuk habis menghafal 30 juzuk kalamullah ketika di negeri kelahirannya. Beliau
hafal sendiri untuk memenuhi harapan ibu ayah beliau yang mengharapkan ada si
kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung,
beliau mengambil tanggunjawab ini untuk menjadi contoh kepada adik- adik,
Subhanallah. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dengan
ustaz di sebelah rumahnya di sana. 




Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan
Undang-undang Syariah di Universiti ana InsyaAllah. Akak ni memang di uji
dengan sakit yang tak tau apa punca sejak lebih setahun yang lalu. Sakitnya
rasa seperti di tikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya,
tambahan pula kaki yang sudah sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu yang
tak pernah sembuh pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama
segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri
yang tahu. Dah lama dia tak daya ke kelas sebab sakitna membuatkan dia tak
dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera akannya hingga susut badannya hamper
13 kilo. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali
sehari. Wudhu’ itu di jaga sbaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari. Hari-hari
yang di laluinya beliau penuh dengan membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai
pendinding daripada gangguan yang teus-terusan menyakitinya.




Diceritakan makhluk-makhluk
tu akan mengganggunya terutama waktu sebelum subuh, waktu zuhur dan waktu
maghrib. Beliau dan banyak berubat di merata tempat, di negeri kelahirannya,
bejumpa doktor-doktor pakar, dengan ulama’ yang faqih sendiri dan akhir sekali
dengan seorang lecturer si sini tapi beliau hanya mampu bertahan. Ustaz pasan,
setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al- Baqarah. Pagi khamis tu,
beliau berniat untuk hadir kuliyah sebab dah lama tak mampu ke kelas. Beliau
bangun kira-kira jam 4.30 pagi untuk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yang
di gagahkan, beliau ke bilik air untuk berwudhu’ dengan memapah dinding dan apa
yang mampu membantu beliau berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur,
rasa seperti ada yang menolak keras dari belakang. Masa tu beliau dah tak mampu
berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk
pintu dan rebah di bahagian depan bilik. Waktu tu, di sebabkan sakit yang
mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya
mati itu baik untukku, aru redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup,
aku ingin dengar kata-kata semangat daripada RasuluLlah SallaLahu’alaihiwas
allam sendiri”. Kemudian beliau pengsan. Sahabat-sahabat ke dalam bilik dan
dibaringkan di sana. 




Waktu tu, sahabat-sahabat dah forward message pada
kawan-kawan yang lain agar bacakan surah Yasin sebab beliau dah Nampak nazak.
Semua dah sedia dengan nombor-nombor ahli keluarga beliau untuk di hubungi
kiranya apa-apa berlaku dengan izin Allah. Kira-kira jam 11 pagi, beliau tidur
dengan tenang dalam waktu qoilulah, dalam tidur beliau, beliau sedang terbaring
dalam keadaan memakai telekung dengan tangannya di qiam seperti dalam solat di
tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan
kelihatan banyak tiang di sekitarnya. Tiba-tiba dating seorang Hamba Allah
denan wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hamper sekali, kira-kira
2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah, indah sekali, tak dapat nak di
gambar. Beliau tertanya-tanya, siapa orang ni, cantik sekali kejadiannya dan
hati beliau rasa sangat tenang dengan hanya melihat wajahnya. 


Bertemu Rasulullah

Di rasakan
seluruh kesengsaraan yang di tanggung selama ini lenyap begitu saja. Kemudian,
Hamba Allah itu mengatakan, “Assalamu’alaikum, Ana RasuluLlah”, Subhanallah,
baginda Nabi rupanya. Nabi memakai jubbah putih dan kain serban nabi berwarna
hijau di atas bahu baginda. Beliau Nampak dengan jelas mata baginda Nabi,
janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di
atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakana “Enti fil
Masjidi” , -‘sekarang enti (kamu) berada di masjidku, masjid Nabawi’-.
Allahuakbar. Kemudian Baginda Nabi sallaLahu’alaihiwas allam berkata:
QalAllahuta’ala; “ InnaAllahama’ assobirin”,- sesungguhnya allah bersama
orang-orang yang sabar’. Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan kalamuLlah,
terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh ‘alam sememangNya Baginda
sebaik-baik kejadian dan di ciptakan dengan penuh kesempurnaan. Nabi katakana
(in lughatul ‘arabiyah, tapi kami terjemahkan), “ Ya Syamimi, dengan berkat
kesabaran enti, dengan sakit yang enti tanggung selama ini, dan dengan berkat
Al-Quran yang enti pelihara di dalam hati enti, maka Allah bukakan hijab untuk
enti Nampak ana” . ketika Nabi sebut Ya Syamimi, terlantas di hatinya ‘Ya
Allah, Baginda kenal umat Baginda’. Ya RasuluLlah.. . waktu tu, di rasakan
baiknya Allah, memberikan nikmat yang begitu besar buat dirinya. Kemudian Nabi
katakana, “sampaikan salamku buat sahabat-sahabat seperjuangan islam,
insyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti”. Lepas tu Nabi kita lafazkan, “
ummati.., ummati..,ummati…”, dan beliau Nampak Nabi menangis dan beberapa
titisan airmata Nabi yang suci mengalir untuk ummat Baginda. Kemudian Baginda
Nabi pergi. Beliau merintih, “jangan pergi Ya RasuluLlah”, tapi Baginda tetap
pergi.




 SubhanaLlah, walaupun kita tak pernah bersua dengan Nabi kita yang
mulia, Baginda kenal kita dan sentiasa ingat akan ummat Baginda. Beliau
katakana tak pasti, apakah bainda menangis kerana rindu kepada ummat baginda,
atau mungkin saja baginda sedih dengan ummat akhir zaman ini atau tak tahulah,
waLlahua’lam. .. sedar daripada tidur yang amat indah pengisisannya, beliau di
kelilingi oleh kawan-kawan yang terdengar rintihan beliau dalam tidurnya
“jangan pergi ya RasuluLlah.. .”. kemudian beliau pun menceritakan kepada para
sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam RasuluLlah buat ummat
Baginda, salam dari Nabi sallaLahu’alaihiwas allam. 




Semua menangis lantaran
rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi kerana jarang-jarang ingat pada Baginda
sedang kita amat terhutang budi pada Baginda Nabi. Lebih-lebih lagi kita sedar
bahawa syafaat Baginda yang akan kita kejar di akhirat kelak. Ya Allah, waktu
tu, takde kata yang lebih tinggi daripadakalimah Alhamdulillah untuk di
rafa’kan pada Allah atas ni’mat yang begitu besar yang Allah barikan pada
dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dengan ujian yan hanya
sedikit berbanding insan-insan yang lebih berat di uji oleh Allah. Kiranya ada
kalimah pujian yang lebih tinggi dari Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat
Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yang melimpah ruah. 




Ketika itu rasa sakit masih menular di tubuhnya Cuma kali ini dia bertekad
tidak akan menangis lagi untuk kesakitan ini. Kemudian usai solat Zuhur, rasa
yang beliau tanggung makin berat. Tak pernah beliau merasakan sakit yang sebegitu
rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa di tikam pada setiap
penjuru tubuhnya. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan,
pada waktu beliau pukuk diri untuk tidak menangis. “ Apa sangatlah sakit yang
aku tanggung ni berbanding nikmat yang Allah dah bagi untuk melihat Baginda
Nabi sallaLlahu’alaihiwas allam’. 




Kemudian beliau tidur dan terus beliau
rasakan berada di tempat tinggi yang biasa hadir sepanjang beliau menerima
gangguan. Beliau katakana “Ya Allah, apa lagi yang nak Engkau bagi buat hambamu
yang hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..”. kemudian dengan izin
Allah, dating empat orang yang berpakaianserba hijau. Salah seorang daripadanya
mengatakan, “Assalamu’alaikum ya Syamimi, RasuluLlah sallalahu’alaihiwas allam
sampaikan salam buatmu. Kami utusan RasuluLlah S.A.W, “ Nahnu kuhlafa’
ar-rasyidin”. Ana Abu Bakar,ini Ummar Al-khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali “.
SubhanaLliah, Saidina Abu Bakar memperkenalkan dirinya dan ketiga-tiga sahabatnya
yang mulia. Beliau Nampak, Saidina Abu Bakar, amat Lembut perwatakannya,
Saidini Ummar dengan wajah ketegasan, Saidina Uthman memang cantik sekali dan
Saidina ‘Ali yang aga kecil orangnya. Para sahabat mengatakan “ kami di utuskan
oleh Baginda Nabi untuk membantu enti.” Kemudian keempat-empat sahabat Nai
membacakan ayat 102 daripada surah Al-Baqarah yang bermaksud: “ Dan mereka
mengikuti apa yang di baca pleh syaitan-syaitanpada masa kerajaan Sulaiman.
Sulaiman itu tidak kafir tapi syaitan-syaitan iulah yang kafir, mereka
mengajarkan sihir pada manusia dan apa yang diturunkan pada 2 malaikat di
negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan
sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ‘ sesungguhnya kami hanyalah cubaan
(bagimu) sebab itu janganlah kafir’. 




Maka mereka mempelajari dari kedunya
(malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang  (suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan
dapat mencelakan seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka
mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka.
Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli ( menggunakan sihir) itu,
nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk
perbuatan mereka yang menjual dirinya dengan sihir, sekiranya mereka tahu”.
Selesai mambaca ayat itu, para sahabat nabi menghembus pada makhluk-makhluk
yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah,
waktu itu terasa seolah-olah tubuhnya yang sakit dahuu di tukarkan Allah dengan
tubuh yang baru. Hilang segala kesakitan yang dah lebih setahun di tanggung
beliau dengan sabar. Kemuadian Saidina abu Bakar mengatakan, “inilah ganjaran
besar dari Allah buat orang-orang yang sabar”. Kemudian, para sahabat  Nabi yang mulia pun pergi meninggalkannya.
Selesai mimpi indah yang kedua ini, beliau bangun dari tidur dan terus duduk. 




Rakan-rakan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dengan mudah.
Kemudian sahabat-sahabatnya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan
AlhamduLlah..dengan mudah beliau bangun berdiri dan berjalan di sekitar bilik.
“ Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” semua sahabat yang ada di situ
bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’.
Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud pada Allah s.w.t “Ya Allah, kiranya di
beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku manjadi hamba-Mu yang
bersyukur atas nikmat yang telah Engkau berikan..” 


Bersabarlah


Beliau berpesan kepada kami;
“ Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sangup mati demi
mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5
minit dah rasa tak sangup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je sebilik
untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yang mulia. Tapi menyedari banyak
lagi taklifan dan tanggunjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti
diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak
pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa
beningnya hati ini.tapi itu tak mungkin an, mungkin ini bahagian akak, behagian
kalian? Hanya pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak
rugi kita bersabar…”

Friday 28 November 2014

Rahsia kecergasan tubuh badan agar tidak sering lesu sepanjang hari

Rahsia kecergasan tubuh badan agar tidak sering lesu sepanjang hari 

Rahsia kecergasan tubuh badan agar tidak sering lesu sepanjang hari



Keletihan serta kelesuan memberikan impak yang besar bagi melakukan tugas seharian terutama bagi yang berkerjaya.Bagi golongan ibu akan memberi impak pada pengurusan tugas dirumah yang memerlukan tenaga yang kekal aktif.Jika badan letih dan lesu pastinya terasa mahu baring sahajakan.


Kak kiah juga apabila merasakan keletihan dan kelesuan apa juga perkara tidak menjadi kerana tenaga yang kekal aktif sangat penting bagi menguruskan segala tugasan dirumah mahupun dipejabat


Punca badan menjadi letih

Banyak faktor yang mempengaruhi badan menjadi letih diantaranya ;-

PEMAKANAN

  • Kurangnya pengambilan makanan yang seimbang serta berkhasiat seperti sayur-sayuran,buah-buahan,protein, karbohidrar dimana mengakibatkan badan kekurangan nutrisi penting
  • Kerap mengambil minuman ais sangat dilarang oleh orang-orang tua dimana ianya akan mengakibatkan badan mudah letih dan lesu serta membuatkan urat badan tegang. setuju?
KURANG SENAMAN

  • Bila kurang senaman dan badan tidak berpeluh makanya badan lagi seperti lemak membina sangay mudah kan, bila lemak semakin lama membina maka badan lagi mudah letih dan lesu.Bersenamlah sekurang-kurangnya 15-30minit dalam seminggu
PENGAMBILAN SUPPLIMENT 

  • pengambilan suppliment sangat penting bagi membantu badan kekal bertenaga.Mengapa begitu ye? yelah kan kalau la anda jenis yang tidak gemar mengambil sayur-sayuran serta pemakanan yang berkhasit bagi memenuhi keperluan nutrien yang diperlukam tubuh badan bagaimana unuk badan kita mendapat nutrien yang diperlukan betul kan? Vitalea Shaklee memenuhi keperluan diatas iaitu 

Mengapakah VITALEA SHAKLEE berbeza :-


  • Vitalea Shaklee mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah
  • 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan RDA
  • Diformulakan secara komprehensif dan sangat seimbang
  • Tablet Vitalea shaklee disaluti dengan serbuk nutrisi spirulina
  • Merupakan tablet multivitamin yang paling pantas di dunia dan terlarut di dalam air serta tubuh manusia

Kelebihan VITALEA SHAKLEE

  • Penambahan tenaga segera dimana ianya membantu kecergasan tubuh badan dan kekuatan mentel, pemberi tenaga serta membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran serta tugas seharian
  • Pelengkap nutrisi dimana jika kekurangan pelbagai vitamin dalam diet harian terutama bagi golongan vegeterian dan anaemia
  • Membantu tingkatkan metabolisma badan seta melambatkan proses penuaan
  • Menyediakan nutrisi lengkap dalam elemen penting pada sel tubuh
  • Membantu Melindungi organ,buah pinggang,jantung dan hati
Teguran dari suami !
 
Sedikit perkongsian dari pengalaman diri kak kiah sendiri yang breastfeeding bayi dimana apabila menyusukan bayi dengan susu badan sangat memerlukan tenaga yang maksima mungkin kan?

Dek kerana berjaga malam dan tidur tidak menentu pasti membiatkan badan kak kiah lemah lesu dan seangkatannya, haish,. bila badan letih selera makan kak kiah merundum teruk.Ibu menyusu bayi mana boleh tidak makan, jika tidak makan bagaimana untuk menghasilkan susu yang memberangsangkan betul kan?

Akhirnya kak kiah nekad memerlukan suppliment dan bertemu shaklee, kak kiah mencuba set menyusu shaklee diantara kandungannya adalah vitalea
Kesannya badan semakin bertenaga dari sebelum ini biarpun berjaga malam, dan bonus tambahan terasa susu semakin pekat jika tidak seperti jernih sahaja heheh..
Suami tegur dengan hasil susu badan semakin banyak serta tidak lagi lesu.Bila nampak kak kiah letih lesu dan mood tidak baik suami pun tegur

"yang, tak ambik shaklee ke hari ini? letih je tengok..

kak kiah dengar terus tersengih hahahah.. abang..abang.. boleh tahan lawaknya heheheh..

So, mahukah badan anda dihantui dengan keletihan dan kelesuan?

pesan kak kiah:-    ,...tepuk tangan tanga hati ^_^


Sebarang pertanyaan boleh diajukan diruangan komen ataupun klik disini >>>

                             >>> Tanya Kak Kiah <<<

Ingin dapatkan produk Shaklee ?

Anda boleh hubungi kak kiah segera untuk membuat tempahan dan pesanan produk shaklee diatas, sebarang pertanyaan serta cadangan boleh hubungi di talian :-
 Berminat untuk jadi ahli Shaklee ? Ingin mendapatkan harga lebih jimat dengan ahli shaklee?Mahu mulakan bisnes tanpa modal yang memeningkan? hubungi,





 0176784153 whatapp/call/sms/telegram ( Pn.Lily)

email: nlabdullah8909@gmail.com

fb: Norlaili abdullah

instagram: norlailiabdullah

fb pages: cahayaummurizqi.blogspot.com  (like

untuk info lebih menarik

COD dikawasan Petaling Jaya,PJS,Temerloh & Mentakab . 
 
jika anda berada dikawasan ini, lily boleh cod sampai depan 
 
pagar ye ..inssyaallah hehehe..

Wednesday 26 November 2014

Telur, Makanan yang tidak sesuai untuk bayi dan perlu dielakkan kepada bayi berusia bawah 6 bulan

Telur, Makanan yang tidak sesuai untuk bayi dan perlu dielakkan kepada bayi berusia bawah 6 bulan

Makanan yang tidak sesuai untuk bayi dan perlu dielakkan

Apabila bayi sudah meningkat kepada usia 6 bulan, kebiasaannya ibu sudah mula teruja untuk memperkenalkan pemakanan pejal buat si manja.Didalam keterujaan anda untuk memberi makanan pejal kepada bayi anda, ketahui jenis-jenis makanan yang wajib dielakkan oleh bayi yang berusia 6 bulan kebawah.
Ada sesetengah ibu keliru mengenai  fakta serta pendapat orang lain bahawa ada pemakanan telur yang harus dielakkan diberi kepada bayi selagi usia bayi belum berusia 1 tahun.

Benarkah definisi sebegitu ?
Ya, benar sekali kerana ada beberapa jenis makanan yang harus dielakkan oleh bayi atas faktor kesihatan dan keselamatan bayi tersebut.Biarpun dari segi fakta nutrisi telur dikatogerikan sebagai makanan yang kaya dengan protein tetapi ianya tidak sesuai untuk bayi yang berusia bawah 6 bulan.

Bilakah waktu yang sesuai untuk beri makanan telur kepada bayi ?

perkenalkan makanan telur kepada bayi

Anda hanya boleh mula memperkenalkan menu berasaskan telur kepada bayi secara perlahan-lahan apabila dia sudah berusia enam bulan ke atas. Bagaimanapun hanya telur masak sahaja dibenarkan kepada bayi dan mesti mengelakkan daripada memberikan bayi hidangan telur mentah atau separuh masak.

Mengapakah telur tidak sesuai kepada bayi yang berusia bawah 6 bulan?

  • Mengakibatkan alahan seperti timbulnya ruam-ruam di muka mahupun diseluruh badan akibat jangkitan bakteria.
  • Ini kerana jika ibu memberikan telur kepada bayi dengan hidangan telur mentah ataupun telur separuh masak ianya ditakuti mengandungi bakteria salmonella dimana boleh mengakibatkan keracunan makanan kepada perut bayi yang masih kecil

Tip menyediakan hidangan telur untuk si manja

Tip menyediakan hidangan telur untuk si manja


Apabila memasak telur untuk bayi anda, pastikan telur dan putih telur itu kental.  Atas sebab yang sama, sebaiknya jangan beri anak anda sebarang makanan yang berkemungkinan mengandungi telur mentah, seperti adunan kek yang belum masak, ais krim buatan sendiri atau mayones, atau makanan pencuci mulut yang mengandungi telur mentah, seperti mousse.

Perkongsian kisah kak kiah mengenai telur dan bayi

Semasa baby rizqi dalam usia 6 bulan kebawah kak kiah pernah menberi hidangan telur separuh masak kepada rizqi dengan harapan untuk memperkenalkan pemakanan pejal kepadanya. Kerana teruja katakan, dalam beberapa suapan sahaja baby rizqi menunjukkan mimik muka seperti tidak menyukai makanan tersebut didalam hati kak kiah ini berkata ' apa lah mama bagi saya makan ini tak pernah rasa pun heheheh' agak kak kiah la. 
elakkan memberi telur kepada anak

So, dalam beberapa jam berikutnya baby rizqi mula menunjukkan riaksi tidak selesa, risau juga hati kak kiah ini dan kak kiah lihat di badan baby rizqi naik ruam merah.
Alamak! apa sudah jadi ini? sudah tentu lah kak kiah menggelabah memikirkan apa puncanya, mak mentua kak kiah pun ketandusan idea bersama kak kiah memikirkan puncanya hukhuk.. bila berada didalam situasi spontan begini memang tidak dapat memikirkan dalam keadaan yang tenang kan
Tidak lama kemudian kakak ipar kak kiah bertanyakan

Emm..Ada bagi anak makan telur ke?

Kak kiah dan ibu mertuaku saling berpandangan..

Haaaa...TELUR!! baru pulih kembali ingatan hahahah..

Kak kiah teringat memberikan telur separuh masak  tadi kepada baby rizqi, apa lagi segera berjumpa Pegawai perubatan a.k.a Doktar la ye untuk mendapatkan rawatan.

Moral of the story, sila lah baca blog kak kiah ini menggali ilmu-ilmu mengenai perkembangan bayi anda, jangan jadi seperti kak kiah teruja untuk memperkenalkan makanan pejal kepada bayi hinggakan lupa apa makanan yang tidak sesuai untuk bayi dan perlu dielakkan :)

Renung-renungkan dan selamat beramal hehhe..

Bila jatuh cinta seperti jatuh buaian sakitnya

Alhamdulillaj, rezeki dan limpah kurniaan dari ilahi, syukur atas segala nikmat Ya Allah, inilah anugerah terindah kak kiah, muhammad irfan rizqi 27.11 genap 1 tahun 2 bulan baby rizqi ini :) inilah penguat hati kak kiah walau apa jua yang mendatang gitu heheh..

Video ini kak kiah ambil wekend baru ini, agak teruja la baby rizqi ini naik buaian buat pertama kalinya menggunakan buaian khas untuk kanak-kanak, kebetulan baru lagi buaian ini ada dekat taman perumahan kak kiah bab kata ayah mentua kak kiah la ;)

Masa terbaik merupakan masa bersama keluarga kan, kak kiah ini bila hujung minggu memang sibuk dengan baby rizqi ini, saat itu la memikirkan hendak habiskan banyak masa dengan anak-anak bila seharian dengan kerja dipejabat.

Kadang-kadang bila balik kerja dari keletihan mengharungi pelbagai ragam di pejabat balik tegak baby rizqi jadi terus hilang ingatan hal-hal merumitkan itu semua.Betuk kan orang kata anak ini penyejuk hati jiwa sanubari cewah. Moga-moga kamu sayang menjadi penyejuk hati mama hingga akhir hayat mama ye sayang! walau apa jua dugaan hadir mama tetap kuat asalkan kamu disamping mama.

Bila mama sedih ke rasa sunyi ke terguris sayu ke dan seangkatannya, terus hati berbunga bila nampak je baby rizqi terasa jatuh cinta seperti jatuh buaian sakitnya heheheh

Pesan kak kiah: encik suami sila jeles hahaha..



Anak alah kepada susu formula lembu? jangan ambil mudah jika berlaku alahan ianya boleh membawa maut

Anak alah kepada susu formula lembu? jangan ambil mudah jika berlaku alahan ianya boleh membawa maut

ANAK ALAH SUSU LEMBU?

Menggimpikan untuk menyusukan bayi dengan sepenuhnya susu ibu merupakan keinginan setiap bakal ibu yang menimang cahayamata. Tetapi bagi ibu yang tidak dapat memberi susu ibu kepada bayi dan akan menggunakan susu formula / susu rumusan kepada bayi mereka
Memilih susu rumusan sangat penting kepada bayi agar bayi tidak mengalamai sebarang alahan terhadap susu rumusan yang diberikan.Terdapat jenis susu rumusan yang berasaskan dari susu lembu, kacang soya, susu kambing.

Kebiasaan susu lembu merupakan susu rumusan yang menjadi pilihan ibu bapa yang terhadap anak-anak. Ketahuikah bahawa adakah anak anda sesuai dengan susu rumusan dari susu lembu?Jika tidak sesuai anak anda akan mula menunjukkan ketidakselesaan dari segi selera makan serta kesihatannya.
masalah alahan mengakibatkan anak sering cirit-birit

Jangan ambil mudah jika anak anda sering mengalami cirit birit serta muntah selepas diberi rumusan susu kepada anak kerana kemungkinan anak anda mengalami masalah alahan makanan terhadap protein susu lembu (CMPA)


apa itu CMPA ?


Apa itu CMPA ?

CMPA ialah satu tindakbalas luar biasa yang berlaku apabila tubuh badan terdedah dengan protein susu lembu.

Jika anak anda alahan dengan susu lembu maka harus ditolak dari memberi susu rumusan lembu terhadap anak anda. 

Mengapakah sebegitu?

Ini kerana apabila anak anda mengalami CMPA dimana tindak balas akan berlaku yang dicetuskan oleh sistem imunisasi tubuh hinggakan boleh mempergaruhi pelbagai bahagian dalam tubuh seperti keradangan kulit, paru-paru dan usus.

Simtom CMPA boleh berlaku beberapa minit selepas  susu rumusan diminim. Bermula dengan keradangan kepada kulit, masalah penghadaman dan mungkin juga tindak balas alahan lebih teruk iaitu anafilaksis


Apa itu anafilaksis?

Anafilaksis adalah reaksi alergic teruk berbahaya kerana ia terjadi secara tiba-tiba dan boleh merangut nyawa anak.

Namun ramai yang mengambil mudah terhadap alahan dan menganggap ianya bukannya penyakit serius yang perlu dirawat dengan segera sedangkan jika dibiarkan ianya mengundang risiko yang tinggi serta memudaratkan kesihatan si kecil.

Menurut pakar perunding pediatrik Dr Chin Wai Seong, CMPA merupakan alahan makanan yang kerap berlaku kepada kanak-kanak.Dianggarkan diantara lima hingga lapan peratus kanak-kanak mengalami reaksi alahan terhadap susu lembu diseluruh dunia.

Bagaimana Alahan boleh berlaku?

Alahan ini berlaku kerana sistem usus kanak-kanak kurang matang dan ia boleh menyebabkan protein susu lembu meresap ke dalam saluran darah ini secara tidak langsung menyebabkan sistem imunisasi menghasilkan antibodi dan mengakibatkan alahan.
ALAHAN KEPADA SUSU LEMBU
gambar carian google 

Selain itu juga, menurut Dr Chin untuk mengesan masalah CMPA adalah dengan pengesanan awal.
Kebanyakan ibu bapa beranggapan bahawa CMPA sama dengan masalah ketidaktoleransian laktosa sedangkan ia tidak benar sekali.Ini kerana masalah ketidaktoleransian laktosa terjadi kerana ketiadaan enzim laktase untuk mencerna gula (laktosa) dalam susu.

Berapa lama tempoh alahan akan terjadi kepada kanak-kanak?
Masalah alahan walaupun bukan seumur hidup, biasanya hanya dapat diatasi selepas usia anak melewati tiga hingga empat tahun.Ada juga kes terjadi dimana masalah alahan berkenaan berterusan hingga usia 18 tahun,

Kenali tanda-tanda Alahan (CMPA) terjadi kepada anak :-

TANDA ALAHAN BERLAKU


Gangguan sistem usus:
  • Loya, sakit perut
  •  Muntah selepas minum susu
  •  Cirit-birit
  • Sembelit
  • Darah dalam najis


Gangguan pada kulit:
  • Ekzema/ruam
  • bengkak kulit
  • Gangguan sistem pernafasan:
  • selesema atau resdung
  • lelah


Berat badan yang tidak naik dan perkembangan yang terbantut.

NASIHAT UNTUK IBU BAPA


  • Sebaiknya elakkan masalah CMPA terjadi terhadap anak anda,elakkan dari memberi susu lembu daripada amalan pemakanan serta diet anak anda.Susu pula boleh digantikan dengan susu berasaskan soya yang turut mengandungi kandungan nutrisi penting untuk tumbesaran kanak-kanak
  • Ibu bapa perlu membaca label makanan dengan teliti sebelum membeli kerana ia mungkin mengandungi kandungan berasaskan susu lembu.
  • Sebagai panduan jika ibu bapa yang mempunyai anak CMPA,susu yang berasaskan soya seperti isomol plus adalah gantian untuk susu rumusan biasa
  • Elakkan memberi makanan Keju, dadih keju, dadih dan aiskrim,Mentega, mentega susu atau marjerin yang mengandungi susu lembu.
  • Susu bebas laktosa. Walaupun anak anda alah pada susu lembu, kajian menunjukkan kanak-kanak jarang mengalami masalah apabila makan daging lembu. Jadi anda boleh menambah daging ke dalam diet kanak-kanak

Sebaik-baiknya susu lah bayi anda dengan susu ibu.Susu ibu adalah susu terbaik didunia. Tingkatkan penghasilan susu badan demi simanja tersayang :)

Sanggupkah anda kehilangan anak anda dek kerana sikap ambil mudah terhadap CMPA?

Pastinya setiap ibu bapa tidak sanggup untuk membiarkan anak yang alahan kepada susu rumusan lembu selepas mengetahui apa kesan yang akan datang kan? begitu juga la dengan kak kiah,jika sebelum ini dek kerana kurangnya ilmu mengenai alahan susu lembu terhadap anak makanya harus kita mencari serta memanfaatkan ilmu agar bisa bersiap siaga sentiasa.


Bagaimana untuk tingkatkan imun badan serta antibodi anak-anak?

Selain dari pengambilan makanan khasiat, pengambilan makanan tambahan juga sangat penting untuk anak-anak bagi meningkatkan daya kekuatan tubuh badan anak kecil.Cadangan pengambilan nutriferon dan omega guard shaklee banyak membantu untuk tingkatkan imun badan anak anda serta antibodi bagi mengelakkan penyakit hadir mengganggu tubuh badan anak anda.Apabila anak anda sering mengalami masalah CMPA pastinya kekuatan serta tenaga anak merundum dan tidak seaktif biasa. Tingkatkan dengan pengambilan suppliment Shaklee dimana membantu untuk kekuatan imun serta antibodi anak anda

Nutriferon Shaklee bertindak sebagai :-


NutriFeron berfungsi di dalam peringkat selular sel dalam dengan dua cara iaitu

  • Mengaktifkan sistem pertahanan imun dengan aktif dan cepat
  • Menggerakkan "pasukan cari dan musnah' dalam sistem imuniti badan manusia 
  • Merangsang setiap sel badan untuk menghasilkan lebih banyak interferon asli bagi menyediakan badan dan perlindungan tahap yang lebih tinggi didalam skop serangan virus serta selsema.
 Interferon- membantu untuk melindungi badan daripada pendedahan aktiviti harian daripada pencerobohan asing yang boleh berjangkit dan membawa kepada penyakit yang serius
 
 
omega guard shaklee untuk alahan susu lembu
 
Omega Shaklee bertindak sebagai :-

  • Membantu tingkatkan imun badan 
  • Membantu mempertingkatkan perkembangan otak serta minda anak
  • Anti Radang
  • Anti Inflamasi pada anak yang mempunyai masalah eczema
Sila Klik Keterangan lanjut mengenai >>>  omega guard shaklee  <<<


 
herbal bland shaklee eczema
 Selain itu juga, bagi masalah eczema , kesan parut akibat kulit gatal boleh mengambil Herbal Bland Shaklee dimana membantu meredakan keradangan kulit serta melembabkan kulit yang kering
Kesian kan baby jika mengalami seperti gambar diatas? makanya mari ibu semua bertindak sekarang demi keceriaan si manja :) Jom tempah sekarang !



Ingin dapatkan produk Shaklee ?


Anda boleh hubungi kak kiah segera untuk membuat tempahan dan pesanan produk shaklee diatas, sebarang pertanyaan serta cadangan boleh hubungi di talian :-
 Berminat untuk jadi ahli Shaklee ? Ingin mendapatkan harga lebih jimat dengan ahli shaklee?Mahu mulakan bisnes tanpa modal yang memeningkan? hubungi,





 0176784153 whatapp/call/sms/telegram ( Pn.Lily)

email: nlabdullah8909@gmail.com

fb: Norlaili abdullah

instagram: norlailiabdullah

fb pages: cahayaummurizqi.blogspot.com  (like

untuk info lebih menarik