Teknik / Kedudukan semasa menyusukan bayi
Saat menyusukan bayi anda, teknik dan kedudukan ketika menyusu memainkan peranan yang penting bagi keselesaan buat ibu serta bayi. Bagi mendapatkan keselesaan semasa menyusu, ibu haruslah sentisa mencuba pelbagai posisi menyusu dan semestinya dalam keadaan posisi yang sama sahaja. Ibu perlu mencuba pelbagai posisi yang berbeza-beza dan menjadikan pengalaman menyusu sebagai pengalaman yang indah dan menyeronokkan yang harus dikenang sebagai kenangan terindah. Berikut teknik-teknik menyusukan bayi serta panduan buat ibu baru agar agar menemukan posisi penyusuan bayi memberikan keselesan buat ibu dan bayi.
Posisi berbaring
Menyusu bayi dengan posisi berbaring boleh diamalkan ketika ibu berehat dan tidur bersama-sama bayi. Posisi ini sangat merehatkan buat si ibu yang berkerjaya sambil-sambil dapat merehatkan fikiran yang seharian penat berkerja.
Ibu hendakkah baring mengiring mengadap bayi anda, lapikkan bantal di kepala serta dibelakang badan ibu bagi mendapat keselesaan dan sokongan bahagian belakang badan agar tidak lenguh semasa menyusu bayi anda. Selain itu ada diantara ibu tidak tidur menggunakan bantal, ini tidak menjadi masalah, ibu bolehlah melipatkan satu lengan untuk untuk menyokong kepala dan satu lagi lengan untuk digunakan untuk menyokong payudara anda bagi memudahkan bayi menyusu dengan lebih selesa.
Ibu hendakkah baring mengiring mengadap bayi anda, lapikkan bantal di kepala serta dibelakang badan ibu bagi mendapat keselesaan dan sokongan bahagian belakang badan agar tidak lenguh semasa menyusu bayi anda. Selain itu ada diantara ibu tidak tidur menggunakan bantal, ini tidak menjadi masalah, ibu bolehlah melipatkan satu lengan untuk untuk menyokong kepala dan satu lagi lengan untuk digunakan untuk menyokong payudara anda bagi memudahkan bayi menyusu dengan lebih selesa.
Bagi bayi pula, kedudukan hendaklah tinggi sedikit supaya perut bayi rapat dengan perut ibu dan puting susu mengadap mulut bayi anda. Jika bayi anda newborn anda bolehlah melapikkan bantal panjang kecil ke belakang bayi agar bayi anda sedikit mengiring ke arah anda ataupun satu lengan anda dibelakang bayi bagi menyokong kedudukan bayi agar badannya tidak berpusing .
PERINGATAN!! Ibu haruslah memantau saat penyusuan bayi anda agar payudara anda tidak menutup kawasan muka serta pernafasan bayi, ibu harus berjaga-jasa sentiasa ketika menyusu bayi jangan hingga perkara tidak diingini berlaku kan?
Posisi mendukung
Posisi mendukung merupakan posisi yang biasa dilakukan dikalangam para-para ibu pastikan? Termasuk lah saya, lepas bersalin memegang bayi sendiri yang kecil sangat berhati-hati dan posisi mendukung sangat mudah kerana bayi masih kecil hehehe. . Kebiasaan ia berkesan bagi bayi yang lahir cukul bulan serta ibu yang bersalin normal (vagina) posisi ini biasanya sangat berkesan, atas pengalaman lily masa memilih posisi ini selepas bersalin, tetapi jika anda / ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan (caesarian) mungkin mendapati posisi ini memberikan tekanan yang berlebihan dan boleh menyebabkan kesakitan di perut mereka. Setengah ibu berpendapat posisi ini sukar terutamanya ketika hendak memasukkan puting susu kedalam mulut bayi kerana bayi masih kecil dan terasa canggung barangkali, oleh itu ibu boleh menggunakan posisi ini ketika bayi mereka berusia satu bulan dan keatas dimana otot leher bayi telah menjadi kuat.
Teknik menyusu bayi:-
Para ibu perlu mengampu kepala bayi dengan tangan, bayi hendak dipegangkan diatas riba atau bantal boleh diletakkan di bawah badan bayi anda agar si kecil dapat berbaring mengiring sambil muka,perut dan lututnya mengadap anda, tulang punggungnya akan mengadap perut ibu dan hidungnya akan berhadapan dengan puting susu . Paut lengan bayi dengan lengan tangan anda,apabila bayi dan ibu selesa penyusuan boleh dimulakan. Kedudukan yang selesa ibu dengan bayi akan melancarkan proses penyusuan. Begitu hendaknya kan korang?;)
Posisi dukung melintang
Posisi ini boleh dipraktikkan jika ibu melahirkan bayi pra matang, bayi kecik ataupun ibu yang mengalami kesukaran untuk melekapkan mulut bayi ke puting. Posisi dukung melintang ini ibu boleh mengawal kepala bayi dan melihat dengan lebih jelas mulut bayi melekap pada payudara anda
Posisi/teknik penyusuan susu ibu kepada bayi sangat penting bayi melancarkan proses penyusuan serta memberi keselesaan kepada ibu dan bayi.
Susu ibu adalah susu terbaik untuk bayi anda teruskan penyusuan sehingga bayi anda berusia 2 tahun.
No comments:
Post a Comment