Tuesday, 25 November 2014

Cara Mengatasi anak yang sering mengamuk hinggakan hantuk kepala

Cara Mengatasi anak yang sering mengamuk hinggakan hantuk kepala 

cara atasi anak sering hantuk kepala

Bagi setiap ibu bapa pastinya mempunyai ceritera mengenai anak-anak yang pelbagai ragamnya dengan mengamuk hinggakan hantuk-hantuk kepala.Pastinya hal ini memerlukan kesabaran dan tinggi bagi ibu bapa yang melayani kerenah anak yang sering mengamuk

Kak kiah juga memahami akan situasi sebegini dimana dalam tempoh untuk membesarkan baby rizqi pelbagai cara yang ia lakukan diantaranya menangis.

Sindrom mengamuk ataupun temper tantrum dikalangan kanak-kanak  merupakan salah satu cara mereka untuk berkomunikasi

Bagi anak-anak kecil yang yang begitu rendah tatabahasa  serta penguasaan perkataan yang mereka ketahuinya untuk menyampaikan apa yang mereka kehendaki.Dengan cara yang pantas dan mudah mereka memberitahu sesuatu dengan menangis dan mengamuk. 

Sebelum kita ulas lebih lanjut, saksikan ceramah Ustaz Azhar Idrus :- Bagaimana untuk menghadapi anak yang mengamuk hingga hantuk kepala ?



Lakukan amalan dengan mengamalkan baca surah yasin tiap-tiap malam ataupun seminggu sekali dan beri kepada anak.


Tip mengatasi anak jika mengamuk

Bagaimana untuk melakukan apabila anak mula mengamuk? berikut adalah cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa apabila anak mula mengamuk serta menangis :-


  • Ibu bapa sahaja yang mengetahui bila anak akan mula mengamuk.Maka bersedia dalam menghadapi situasi anak yang mula mengamuk agar ibu bapa lebih bersedia
  • Bertenang.Jika anak mula mengamuk ibu bapa mahupun orang yang berada disekeliling haruslah dalam keadaan tenang dan redaa.Elakkan dari cepat melenting mahupun marah

  • Cuba Memujuk. Ibu bapa cuba untuk memujuk anak dengan cara memeluk mereka dengan mesra dan kasih sayang agar anak berasa tenang didalam pelukan anak.Disamping itu bertanyakan dengan lembut apa masalah serta kemahuan dari anak agar anak berasa tenang untuk meluahkan perkara yang mereka ingin sampaikan
  • Alihkan perhatian. Cuba alihkan perhatian anak jika mereka mula menunjukkan tanda untuk menangis serta mengamuk disaat ada sahaja kemahuannya yang tidak dituruti.
  • Beri pilihan. Terangkan kepada mereka akan pilihan yang harus mereka pilih seperti jika mereka mengikut nasihat anda,anda menjanjikan untuk membeli buku cerita kepadanya. Pastikan apa yang anda janji harus dikotakan! 
  • Biarkan. Jika anak tetap tidak mengikuti akan kata-kata anda, biarkan mereka seketika jika anak menghentakkan kaki ke lantai mahupun meronta-ronda.Pastikan keadaan sekeliling jauh dari bahaya seperti kaca, benda tajam.
  • Nasihat. Anak yang mengamuk pastinya akan merasa letih,Disaat keadaan kembali normal, nasihat anak dengan menyatakan perkara apa yang betul dan tidak harus mereka lakukan.Jika mereka mula untuk mengamuk ingatkan mereka dengan kata-kata nasihat yang sering anda tekankan kepada mereka dengan baik
  • Bersifat tegas. Pesan orang tua dahulu sayangkan anak ditangan-tangankan. Buat bererti memukul mereka tanpa henti-henti.Haruslah mempunyai sifat yang tegas contohnya jika mereka tidak mengikuti nasihat anda dan  katakan bahawa anda akan memotong waktu  bermain. Biarkan mereka belajar bagaimana perasaan marah dan kecewa disamping itu anda menerangkan kepada dengan jelas mengapa tindakan itu diambil agar mereka tidak akan mengambil mudah selepas ini

Tindakan yang salah sering dilakukan oleh ibu bapa apabila anak mengamuk

Kebiasaanya ada diantara ibu bapa mengambil jalan mudah dengan memukul, menjerit serta memarahi anak-anak dengan harapan anak akan  berhenti mengamuk serta menangis. Hal ini sebenarnya mengundangkan kesan yang negetif terhadap anak-anak dimana anak akan mula belajar dengan kekerasan dan kekasaran impak dari apa yang dilihat dari didikan ibu bapa terhadap mereka. Kesabaran dan tindakan yang rasional harus ada, 



kak kiah ingat pesan arwah mak dulu al maklum kak kiah ada pengalaman mengasuh anak sedara di zaman persekolahan dahulu, selalu juga la menguji kesabaran dengan anak-anak saudara ini, pernah juga memarahi mereka hehe dan mak pesan yang budak-budak ini bukan tahu apa-apa lagi, memang la menangis dan mengamuk je mereka tahu, kita yang besar ini kena la menunjukkan contoh yang baik ye.Jika selalu marah penyakit mudah datang contohnya
  • Darah tinggi
  • Jantung

Alamak, eden belum kahwin lagi nih! haaa..hendak ke cepat dapat penyakit begitu jika selalu marah???? tidak mahukan? Makanya senyum selalu hati gembira fikiran pun senang sahaja dan penyakit sukar hendak datang inssyaAllah :)


9 comments:

mama hantek said...

Mmg.dahsyat bila.anak mulai throw tantrum, lebih-lebih lagi tahap hantuk kepala

Akak Vitamin said...

Uish bahayanya sampai hantuk kepala. Kena pantau dan kena bersabar lebih.

asma el Kareem said...

Bimbang juga kalau begini.. Kena bawa jumpa.doktor juga untuk pengesahan sebab ada yang jenis mengamuk mencederakan diri sendiri merupakan kanak-kanak yang autism

Tips Kebahagiaan Rumahtangga

sicomel ayatulhusna said...

Bahayanya kalau anak-anak yang merajuk sampai hatuk kepala...alhamdulillah anak-anak saya tak ada yang perangai macam tu.

atasi kebimbangan hamil selepas keguguran

Niny fariza said...

Anak saya pun suka mengamuk..tapi tak sampai hantuk kepala..lain situasi lain cara atasinya..

Kulit Kering dan Menggelupas

Nik Azimah Awg Hamat said...

alhamdulillah...setakat ni tak de lagi anak2 mengamuk hantuk kepala

SENDI SIHAT KELUARGA BAHAGIA

faezah mohd said said...

tak boleh juga selalu memukul nanti dia akan memberontak

ieda dayah said...

alhamdulillah, anak2 takde lagi berperangai sehingga menghantuk kepala mereka sendiri.. ibu-ibu perlu banyak bersabar dalam menghadapi kerenah anak2..

8 PANDUAN MAKAN UNTUK KEKAL BERAT BADAN YANG SIHAT

Syira Masyiramaro said...

Emosi lebih ni kalau hantuk2 kepala..bergegar otak