Friday, 21 November 2014

Bagaimanakah Solat Bagi Wanita Hamil? Solat duduk mana yang Afdal

Bagaimanakah Solat Bagi Wanita Hamil? Solat duduk mana yang Afdal
solat ketika hamil

Assalammualaikum, salam ukhwah semua, Solat merupakan kewajipan untuk seluruh umat islam.Samada keadaan sakit mahupun sarat hamil.Teringat lagi semasa hamilkan Muhammad Irfan Rizqi sedang sarat hamil semasa ingin solat memberi sedikit kesukaran untuk solat ketika hendak rukuk dan sujud didalam keadaan perut yang tengah sarat membesar.Bagaimana solat ketika hamil?Adakalanya hendak berdiri tidak mampu dan mengerjakan solat secara duduk. Saya percaya ramai dikalangan ibu hamil mengalami masalah seperti ini. Sedikit perkongsian dari saya moga-moga sama-sama memberi manfaat untuk ibu semua

 Bagi wanita yang hamil solat duduk mana lebih Afdal? Adakah duduk di kerusi mahupun dilantai? Jom tonton vidio yang saya kongsikan dari sumber youtube untuk lebih menambahkan lagi pemahaman kita bersama :)

Pengupasan dari video :-

Cuma bagi wanita yang hamil sujud boleh tetapi kaki sakit, solatnya lebih Afdal sambil duduk. Duduk bagaimana duduk bawah atau duduk di atas kerusi? Solat duduk dibawah adalah lebih Afdal, yang menjadi kaedah solat ialah ia duduk dibawah. Bila ianya duduk dibawah pabila rukuk ia akan sujud seperti biasa. Maka itu adalah tepat bagi wanita hamil. Bukan duduk diatas kerusi tapi duduk dibawah. Itu yang lebih Afdal melainkan jika seorang duduk dibawah tidak mampu kaki yang tidak boleh dibengkokkan ia terpaksa duduk diatas kerusi, itu keadaan atas kemampuannya. 

Kemuskilan mengenai solat duduk ketika hamil

Sumber rujukan dari halaqah.net mengenai persoalan bagaimana cara solat wanita yang sarat hamil adakah mengikut tertib solat duduk dan sebaliknya.
Asalamualaikum
Boleh saya minta pandangan anda semua bagaimana cara solat untuk wanita yang sarat hamil?Saya kurang pasti tentang tertib solat duduk dan sebagainya.
Harap dapat membantu, terima kasih.

Jawapan :

Untuk wanita sarat hamil, bergantung kepada keupayaan dan kekuatan dirinya. Jika mampu berdiri, lakukan seperti biasa. Jika tidak mampu berdiri,duduk. Namun tetap masih terikat pada takbiratul ihram mesti berdiri.

Di petik dari Laman Almalakawi's Blog (http://almalakawi.wordpress.com/2010/03/25/rukun-sembahyang-yang-ke-dua/)

Rukun solat yang Kedua]Rukun sembahyang yang ke dua berdiri betul pada sembahyang fardu bagi yang kuasa berdiri dengan sendiri atau dengan bantuan orang lain.

* Wajib berdiri pada sekelian sembahyang fardu  iaitu sembahyang fardu lima waktu, sembahyang nazar, sembahyang fardu kifayah seperti sembahyang mayat, atau sembahyang yang ada rupa fardu seperti sembahyang fardu yang diulang (sembahyang muadah) dan sembahyang fardu kanak-kanak.

* Wajib berdiri atas mereka yang kuasa berdiri dengan sendiri sama ada kuasa berdiri sendiri dengan tidat berhajat kepada suatu atau berdiri dengan berhajat pada suatu seperti bersandar kepada umpama dinding.

* Wajib berdiri atas mereka yang boleh berdiri dengan bantuan orang lain sama ada dengan upah atau tidak. dan wajib memberi upah untuk berdiri atas mereka yang ada belanja yang lebih pada harinya dan malamnya. Begitu juga wajib memberi upah untuk bangkit dari rukuk dan sujud.

* Sunguh mendukacitakan pada masa sekarang ramai yang sembahyang duduk diatas kerusi pada hal mereka boleh berjalan dan angkut kerusi ke masjid tetapi apabila sembahyang fardu mereka akan duduk diatas kerusi, apabila ditanya kenapa sembahyang duduk? mereka akan menjawab tak kuasa berdiri.
* Apabila seseorang itu berdiri dan dia tidak boleh rukuk dan sujud dengan sebab penyakit umpamanya dan sekiranya dia sembahyang duduk dia dapat menyempurnakan rukuk dan sujudnya maka dia wajib berdiri dan isyarat pada rukuk dan sujudnya. Orang ini tidak boleh duduk didalam sembahyang fardunya atas alasan hendak menyempurnakan rukuk dan sujud.

Cara solat duduk ketika hamil



Berikut merupakan gambaran bagi solat duduk ketika hamil. Bagi pesakit , begini juga cara solat bagi pesakit :)


1) 
  • Duduk ikut kemampuan 
  • Jika tidak selesa boleh duduk sambil jalur kaki 
  • kedudukan tangan sama seperti solat berdiri
  • Mengadap Kiblat
2)
  • Rukuk dengan cara menundukkan badan
  • Tangan diatas kepala lutut
3)
  • Sujud seperti biasa jika mampu
  • Sebaliknya jika tidak mampu,bengkokkanlah badan lebih sedikit daripada rukuk tadi dengan niat melakukan sujud
4)
  • Diakhiri dengan salam seperti solat biasa.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk ibu semua. Saya sendiri juga banyak kesilapan serta kekurangan yang harus dibaiki lagi.Dengan perkongsian ini dapat memberi lebih lagi kefahaman dan dapat dibaiki agar lebih baik. Jika terdapat sebarang kesilapan dari penulisan saya boleh ajukan diruangan komen mahupun email di nlabdullah8909@gmail.com

Yang baik datangnya dari Allah yang lemah dan silap datangnya dari diri saya sendiri . Wassalam :)





16 comments:

Zoe Abigail Adamant said...

Perkongsian ya amat menarik. Semoga memberi manfaat kepada mereka yang uzur

nurulhuda sobari said...

Alhamdulillah. Perkongsian yang sangat baik...

JommSihatDanCantik -> NAK CANTIK TAPI JANGAN SAMPAI TERGADAI

mama hantek said...

Saya pernah solat duduk seperti ini dulu gara2 sukar rukuk dgn stabil jika berdiri. Alhamdulillah, perkongsian yg bermanfaat

Niny fariza said...

Alhamdulillah sepanjang hamil untuk ketiga2 anak saya masih solat sambil berdiri..masih diberi kekuatan..

Syira Masyiramaro said...

yang penting, kita kene ingat tang takbiratul ihram tuu kena berdiri.ramai yang tak paham isu ni especially bila seseorang tu sakit sendi atau lutut
tapi gud sharing sis solat untuk wanita hamil ni...

MASALAH KULIT GATAL TIADA LAGI

Ila Fyra said...

Perkongsia yang sangat bagus. Terima kasih atas perkongsian ini.
Ada Masalah Resdung? Atasinya Dengan Set Resdung Shaklee

sicomel ayatulhusna said...

Alhamdulillah perkongsian yang sangat baik, dulu sepanjang tempoh kehamilan alhamdulillah boleh lagi solat sambil berdiri.

merawat keputihan dengan supplement shaklee

asma el Kareem said...

Bagus perkongsian ini..semoga bermanfaat untuk ibu-ibu hamil yang lain

Adik Manis 40an

Nik Azimah Awg Hamat said...

Alhamdulillah. Perkongsian yg bermanfaat

pilihan bijak untuk si manja

Akak Vitamin said...

Ibu hamil yang dah sarat bolehlah solat duduk jika tak larat. Terima kasih berkongsi ilmu :)

irene kass said...

Saya pun mengalami kesukaran untuk menunaikan solat dihujung2 kehamilan disebabkan perut yang dah membesar dan kaki pun bengkak. Solat duduk di kerusi je. Takde alasan untuk tinggalkan..

faezah mohd said said...

saya pun sama macam sis irene di penghujung kehamilan xlarat nak bangun duduk dalam solat,saya solat duduk di atas kerusi.

MaMa Chanteque said...

Saya pun sekarang tengah sarat..tak larat rasanya nak solat berdiri..

cq qiah said...

(yang penting, kita kene ingat tang takbiratul ihram tuu kena berdiri.ramai yang tak paham isu ni especially bila seseorang tu sakit sendi atau lutut
tapi gud sharing sis solat untuk wanita hamil ni) mohon penjelasan tntg perkara ini....sbb sy dr awal solat sy duduk

cq qiah said...

(yang penting, kita kene ingat tang takbiratul ihram tuu kena berdiri.ramai yang tak paham isu ni especially bila seseorang tu sakit sendi atau lutut
tapi gud sharing sis solat untuk wanita hamil ni) mohon penjelasan tntg perkara ini....sbb sy dr awal solat sy duduk

Azlina Nasri said...

Salam harap akak boleh reply.Kita sebagai perempuan digalakkan kepit peha semasa sujud kan? Kalau saya bukak sikit tkpe ke sbb perut makin membesar.ke tak sah solat saya?