Wednesday 26 November 2014

Telur, Makanan yang tidak sesuai untuk bayi dan perlu dielakkan kepada bayi berusia bawah 6 bulan

Telur, Makanan yang tidak sesuai untuk bayi dan perlu dielakkan kepada bayi berusia bawah 6 bulan

Makanan yang tidak sesuai untuk bayi dan perlu dielakkan

Apabila bayi sudah meningkat kepada usia 6 bulan, kebiasaannya ibu sudah mula teruja untuk memperkenalkan pemakanan pejal buat si manja.Didalam keterujaan anda untuk memberi makanan pejal kepada bayi anda, ketahui jenis-jenis makanan yang wajib dielakkan oleh bayi yang berusia 6 bulan kebawah.
Ada sesetengah ibu keliru mengenai  fakta serta pendapat orang lain bahawa ada pemakanan telur yang harus dielakkan diberi kepada bayi selagi usia bayi belum berusia 1 tahun.

Benarkah definisi sebegitu ?
Ya, benar sekali kerana ada beberapa jenis makanan yang harus dielakkan oleh bayi atas faktor kesihatan dan keselamatan bayi tersebut.Biarpun dari segi fakta nutrisi telur dikatogerikan sebagai makanan yang kaya dengan protein tetapi ianya tidak sesuai untuk bayi yang berusia bawah 6 bulan.

Bilakah waktu yang sesuai untuk beri makanan telur kepada bayi ?

perkenalkan makanan telur kepada bayi

Anda hanya boleh mula memperkenalkan menu berasaskan telur kepada bayi secara perlahan-lahan apabila dia sudah berusia enam bulan ke atas. Bagaimanapun hanya telur masak sahaja dibenarkan kepada bayi dan mesti mengelakkan daripada memberikan bayi hidangan telur mentah atau separuh masak.

Mengapakah telur tidak sesuai kepada bayi yang berusia bawah 6 bulan?

  • Mengakibatkan alahan seperti timbulnya ruam-ruam di muka mahupun diseluruh badan akibat jangkitan bakteria.
  • Ini kerana jika ibu memberikan telur kepada bayi dengan hidangan telur mentah ataupun telur separuh masak ianya ditakuti mengandungi bakteria salmonella dimana boleh mengakibatkan keracunan makanan kepada perut bayi yang masih kecil

Tip menyediakan hidangan telur untuk si manja

Tip menyediakan hidangan telur untuk si manja


Apabila memasak telur untuk bayi anda, pastikan telur dan putih telur itu kental.  Atas sebab yang sama, sebaiknya jangan beri anak anda sebarang makanan yang berkemungkinan mengandungi telur mentah, seperti adunan kek yang belum masak, ais krim buatan sendiri atau mayones, atau makanan pencuci mulut yang mengandungi telur mentah, seperti mousse.

Perkongsian kisah kak kiah mengenai telur dan bayi

Semasa baby rizqi dalam usia 6 bulan kebawah kak kiah pernah menberi hidangan telur separuh masak kepada rizqi dengan harapan untuk memperkenalkan pemakanan pejal kepadanya. Kerana teruja katakan, dalam beberapa suapan sahaja baby rizqi menunjukkan mimik muka seperti tidak menyukai makanan tersebut didalam hati kak kiah ini berkata ' apa lah mama bagi saya makan ini tak pernah rasa pun heheheh' agak kak kiah la. 
elakkan memberi telur kepada anak

So, dalam beberapa jam berikutnya baby rizqi mula menunjukkan riaksi tidak selesa, risau juga hati kak kiah ini dan kak kiah lihat di badan baby rizqi naik ruam merah.
Alamak! apa sudah jadi ini? sudah tentu lah kak kiah menggelabah memikirkan apa puncanya, mak mentua kak kiah pun ketandusan idea bersama kak kiah memikirkan puncanya hukhuk.. bila berada didalam situasi spontan begini memang tidak dapat memikirkan dalam keadaan yang tenang kan
Tidak lama kemudian kakak ipar kak kiah bertanyakan

Emm..Ada bagi anak makan telur ke?

Kak kiah dan ibu mertuaku saling berpandangan..

Haaaa...TELUR!! baru pulih kembali ingatan hahahah..

Kak kiah teringat memberikan telur separuh masak  tadi kepada baby rizqi, apa lagi segera berjumpa Pegawai perubatan a.k.a Doktar la ye untuk mendapatkan rawatan.

Moral of the story, sila lah baca blog kak kiah ini menggali ilmu-ilmu mengenai perkembangan bayi anda, jangan jadi seperti kak kiah teruja untuk memperkenalkan makanan pejal kepada bayi hinggakan lupa apa makanan yang tidak sesuai untuk bayi dan perlu dielakkan :)

Renung-renungkan dan selamat beramal hehhe..

1 comment:

Nila Anggraini said...

Agak takut juga berikan telir keoada anak dibawah setahun. Anak saya yang sulung dulu saya beri telur umur setahun. Terima kasih atas info ini dear....



Rawat kayap segera sebelum terjadi komplikasi yang teruk