Tuesday, 9 September 2014

LA TAHZAN JANGAN BERSEDIH

LA TAHZAN - JANGAN BERSEDIH

La Tahzan dalam mencari kebahagian...

La Tahzan ketika menghadapi masalah...

 ' Suatu ketika Nabi saw melihat seorang lelaki, lalu baginda bertanya kepadanya..

'Wahai Abu Umamah, mengapa kamu berada di masjid ketika di luar waktu solat?

'Jawabnya...Wahai Rasulullah,aku bersedih kerana hutang-hutang aku yang banyak ini.

'Lalu Nabi saw mengajarkannya satu doa :

''Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau daripads kesusahan dan kesedihan, juga daripada kelemahan dan kemalasan.Aku berlindung daripada sifat pengecut dan kikir.Aku berlindung kepada Engkau dari terbelit oleh hutang dan tindas orang lain.


La tahzan bila berhadapan dengan pelbagai kesulitan..

jangan menyerahkan atas kesedihan dengan tidak melakukan apa-apa aktiviti

jangan bersedih, sesungguhnya kita ada solat,puasa,doa dan amalan yang bermanfaat,

maka kerjakanlah dan amalkanlah dengan bersungguh-sungguh, memintalah kepadaNya yang maha pengasih lagi maha penyayang

'Berdoalah kamu kepadaku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu.
[23:60]

Sesungguhnya diantara jalan untuk mencapai kebahagian adalah memahami agama. La tahzan , masukilah ilmu pengetahuan. Dan memahami agama adalah melalui pembacaan

'Barangsiapa dikehendaki kebaikan oleh Allah,nescaya Dia akan menjadikannya memahami agama.
[Muttafaqun alaih]

Syukurilah nikmat yang ada,
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
[Surah ArRahman]

La Tahzan kerana kunci kebahagian adalah solat
Kebahagiaan adalah bukan milik bagi orang yang banyak hartanya,melainkan ia hanya milik orang yang bertaqwa

'Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakannya jalan keluar.
[65:2]

La tahzan ketika menghadapi perkara yang sulit. Ingatlah janji-janji Allah

'Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.
[2:286]


'Dialah yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang yang beriman
[48:4]




posted from Bloggeroid

No comments: