Pernahkah anda mengalami bayi comel anda seperti enggan makan apabila anda menyuapkannya?pernahkah anda terfikir akibat menu harian anak anda sama seperti biasa?pastinya anda sebagai ibu terfikir untuk mencampurkan makanan berperisa kepada bayi comel anda?
Kebanyakan doktor mengesyorkan supaya menunggu usia bayi anda sehingga berusia lapan bulan sebelum memperkenalkan rempah -rempah kepada bayi anda,Ini untuk mengelakkan masalah sakit perut atau reaksi alergi kepada bayi anda.
Para ibu bapa jangan terlalu tergesa- gesa untuk memperkenalkan makanan berempah kepada bayi.Ini kerana jika anda tidak biasa akan makanan berempah semasa menyusu bayi,bayi anda mugkin juga tidak biasa dengan rempah .Bayi ibu menyusu badan bayi anda,harus diingatkan bahawa pemakanan ibu akan mempengaruhi kesihatan bayi contohnya jika anda meminum teh,pada sesetengah bayi akan mengalami kembung perut.Orang-orang dahulu khususnya masyarakat melayu amat menjaga pemakanan bagi ibu-ibu bersalin,berpantang dan juga menyusu agar menjaga pemakanan demi kesihatan ibu dan bayi.Apa yang ibu makan anak juga akan dapat
Maka dari ibu ibu-ibu yang hendak memperkenalkan makanan berempah kepada anak anda dengan permulaan yang sedikit untuk melihat reaksi yang diberikan.Cuba lakukan dalam tempoh seminggu rutin makanan yang dicampurkan rempah selari dan sekata seperti minggu pertama anda mencampurkan bawang putih sedikit kedalam bubur si manja,lakukan dalam tempoh seminggu untuk mencuba dan melihat reaksi pada bayi anda.Anda bileh memantau dari segi pembuangan najis sama ada lancar mahupun sembelit ,adakah bayi anda meragam akibat perut kembung dimakam hari.
Jika permasalah itu terjadi anda sudah mengetahui dimana punca atau alergic bayi anda.
berikut adalah cara / bagaimana untuk memperkenalkan makanan berempah / rempah kepada bayi anda
♤Seulas bawang putih atau sepotong kecik dadu dihiris halus halus memanjang atau secara mendadu dimasukkan ke dalam hidangan ayanm yang dihiris nipis nipis ketika sedang dimasak
♤sedikit rempah kunyit atau pun jintan putih dan ketumbar ditambahkan sedikit didalam kuah semasa memasak
♤sedikit biji bijian seperti biji sawi jintan manis yang ditumis bersama sedikit minyak sapi atau minyak zaitun kedalam sayur sayuran ,nasi bubur
♤untuk pencuci mulut seperti muffin,dimasukkan secubit serbuk kayu manis,buah pala atau serbuk buah pelaga kedalam hidangan pencuci mulut
♤untuk hiasan hidangan seperti sayur goreng,nasi boleh gunakan hmerba segsr seperti pudina dan daun ketumbar
♤Lakukan hidangan sama anda dalam tempoh seminggu bagi melihat kesesuaian pada anda anda.
♤Bilakah boleh memperkenalkan makanan pedas kepada anak?
anda boleh memperkenalkan makanan rempah -rempah pedas selepas usia 18 bulan jika anak anda tiada masalah dan tahan makan makanan berempah tadi.Anda boleh tambahkan sedikit lada hitam ataupun rempah cili dengan kuantiti yang sangat sedikit. Berhati hati jika anda menggunakan cili segar hijau dan serbuk cili mentah.Lidah anak anda mungkin akan sensitif dengan rasa pedas tersebut dan bimbang perut anak anda tidak boleh menerimanya.
Anda haruslah memilih serbuk cili dari jenama yang benar benar diiktiraf oleh kerajaan atau badan kesihatan.Penelitian ibubapa sangat penting untuk kesihatan anak anda.Awas! pastikan tidak menggunakan rempah yang sudah luput tarikhnya.
posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment