Monday 3 November 2014

TIP MERAWAT ANAK SAKIT

TIP MERAWAT ANAK SAKIT

tip merawat anak sakit
 
Assalammualaikum, selamat berkerja pada mummy semua yang bermula bertugas permulaan hari isnin ini, Actually saya cuti disebabkan baby rizqi demam kebah sahaja, anak sakit mahupun tidak sihat pasti akan merisaukan hati seorang ibu,korbankan masa dan apa jua demi kesihatan anak-anak kan.Dahulu semasa kak kiah masih di zaman persekolahan sering melihat mak tidak senang duduk apabila adik tidak sihat, waktu itu apa la kak kiah tahu kan.Apabila menjadi seorang ibu baru lah kak kiah faham keadaan dan situasi sebenar mak jika anak-anak sakit, Benar sekali kita tidak akan faham sesuatu perkara jika kita sendiri tidak alaminya, orang boleh mempersoalkan mungkin mereka masih belum memahami situasi begitu barangkali.So, kak kiah mengambil pelbagai alternative bagaimana untuk merawat anak sakit selain daripada memberi ubat kepada anak  penjagaan merawat anak sakit harus kita ketahui.Hasil dari research kak kiah sharingkan pada mummy semua mengenai tip merawat anak sakit moga-moga memberi manfaat dan buah fikiran untuk mummy semua mengenai tip merawat anak sakit, apa yang harus dilakukan.

Memasuki usia kanak-kanak , seringkali dijangkiti penyakit ringan seperti demam,selsema dan batuk.Bayi serta kanak-kanak tidak terlepas dijangkiti penyakit tersebut, hal ini pasti merisaukan setiap ibu dan bapa .Jangan risau tentang hal tersebut kerana menurut doktor pakar kanak-kanak, adalah normal bagi mereka untuk dijangkiti batuk dan selesema sebanyak 8 hingga 10 kali dalam masa setahun.

PENJAGAAN ANAK SAKIT

  • Rehat dan tidur secukupnya
Dalam merawat anak yang sakit, tidur dan rehat memainkan peranan yang penting untuk anak-anak yang sakit. Tidur diwaktu siang yang secukupnya sangat penting bagi mencegah mereka daripada sering sakit. Waktu tidur siang yang ideal untuk anak-anak anda adalah diantara jam 1 hingga 3 petang ini kerana pada waktu tersebut sangat tepat untuk badan sikecil memerlukan rehat yang secukupnya. Sekiranya anak anda kurang tidur, badan si manja akan mudah kehilangan sel-sel yang bertugas untuk melawan penyakit termasuk pengumpulan kalsium pada pembuluh darah serta menghalang pengeluaran hormon pertumbuhan yang menurunkan kemampuan badan untuk memperbaiki dirinya sendiri.Kesimpulannya, rehat dan tidur yang secukupnya sangat penting untuk menjaga kesihatan anak anda.Rehat juga adalah proses berlakunya proses pertumbuhan badan serta perkembangan minda yang berlaku semasa anak sedadng berehat disamping itu juga, ianya untuk meringakan beban otak anak anda.Tidur 8 jam sehari harus cukup untuk anak anda membesar dengan sihat dan cergas serta jarang jatuh sakit.Apabila rehat dan tidur si manja mencukupi pastinya si manja tersenyum riang dan aktif sentiasa.


  • Minum air masak secukupnya
Air masak atau lebih sinonim dengan panggilan air kosong adalah sangat penting bagi menggelakkan tubuh badan si manja  kekurangan air dalam badan juga (dehydration). Apabila kekurangan air didalam tubuh badan pastinya akan mengakibatkan si manja akan menjadi letih dan lesu.Jika hal ini berlaku pasti kesakitan akan berpanjangan dimana jika anak deman ianya akan berlarutan dan kepala mula pening, itu adalah diantara faktor kekurangan air masak.Suhu badan tidak akan seimbang jika engambilan air masak tidak mencukupi.Kebiasaan juga Doktar akan sarankan minum air masak yang mencukupi tidak kira peringkat kanak-kanak hingga golongan dewasa.
menyusu badan


1liter = 25kg

berikut adalah pengkiraan keperluan air masak dalam tubuh badan manusia, ibu bapa boleh congak berapa keperluan air masak untuk si manja ye :)

AIR kosong PENAWAR pelbagai jenis PENYAKIT

  • jadual pengambilan ubat yang betul
Saranan jadual pengambilan ubat yang ditetapkan oleh doktar haruslah diikuti dengan betul.Ikuti segala nasihat dari doktar jika jadual pengambilan ubat setiap 8 jam sehari haruslah diikuti dengan betul jangan ikut suka hati atau pun naluri sahaja untuk memberi ubat kepada si manja, Elok anak sihat menjadi makin sakit pula. Pengambilan makanan tambahan seperti vitamin sangat penting untuk si manja bagi meningkatkan lagi imun badan si manja serta tingkatkan selera makan mereka

**Kak kiah selalu diingatkan oleh husband dan mak mentua ,selalu sangat lupa, harus konsisten OMEGA GUARD untuk tingkatkan daya ingatan hehehe

tip merawat anak sakit

Peranan ibu bapa

Tidak dinafikan lagi ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting bagi merawat anak yang sakit, pengorbanan waktu tidur,waktu rehat peranan yang harus dikorbankan demi menjaga anak yang sakit.Kebiasaan anak sakit akan lebih berkepit dengan si ibu jika si manja itu menyusu badan maka ibu harus lebih tabah.Moga kaum ibu kental dan tabah dalam menjaga anak sakit.Buat kaum adam iaitu si suami juga memainkan peranan sama besar dengan si ibu. Saling bantu membantu sangat penting dalam merawat anak sakit

Janji Allah itu pasti
 
''Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.''

''Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.''
Semoga perkongsian dari kak kiah memberi manfaat buat ibu bapa. Sebarang pertanyaan serta cadangan boleh dikongsikan di dalam ruangan komen di bawah atau hubungi




 0176784153 whatapp/call/sms/telegram ( Pn.Lily)

email: nlabdullah8909@
gmail.com

fb: Norlaili abdullah

instagram: norlailiabdullah

fb pages: cahayaummurizqi.blogspot.com  (like) untuk info lebih menarik
 
COD dikawasan Petaling Jaya,PJS,Temerloh & Mentakab . jika anda berada dikawasan ini, lily boleh cod sampai depan pagar ye ..inssyaallah hehehe..

Jom membeli omega guard 2 botol dapat 5% tau, sangat jimat.ini lah masa untuk memiliki omege guard, mahu lebih borong boleh dapatkan promosi omega guard shaklee buy 6 free 1 :)


 



2 comments:

Unknown said...

Mmg sedih n risau kalau tgk anak sakit...Alhamdulillah anak2 sayang jarang sakit...

RAWAT ANAK DEMAM

Mak Jemah Jual Vitamin said...

mama pun kena jaga kesihatan tau..jaga anak sakit mama pun kena ada stamina