Sunday, 23 November 2014

Sambal Hitam belimbing buluh membuatkan selera makan bertambah-tambah

Sambal Hitam belimbing buluh membuatkan selera makan bertambah-tambah


Sambal hitam belimbing buluh memang tidak asing lagi bagi masyarakat di negeri Pahang termasuk lah kak kiah.Terasa rindu sangat dengan masakan ini memang boleh dikatakan bila pekena sambal hitam belimbing buluh ini membuatkan selera makan kak kiah membuak-buak heheh.Jom kita kenali masakan Negeri Pahang ini :)


Bahan bahan masakan sambal hitam belimbing buluh

½ cawan belimbing buluh rebus
½  cawan cili padi (ikut kepedasan masing2)
2 cawan ikan bilis yang telah dikopek 
6 ulas bawang merah [3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis]
5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa
garam & gula secukup rasa
1 cawan minyak masak


Cara Memasak sambal hitam belimbing buluh 

1.rebus belimbing dengan garam tanpa air sehingga hitam.Jemur sehingga kering

2.Tumbuk lada api,ikan bilis ,bawang merah dan bawang putih serta sedikit garam kasar.Akhir sekali masukkan belimbing dan tumbuk bersama

3.Panaskan minyak dan tumiskan kesemua bahan - bahan sehingga kekuningan

Haaa..sangat mudah kan, wajib mencuba memang bertambah nasi.Lagi sedap dimakan bersama nasi yang tengah panas :)

3 comments:

Anmas Healthcare said...

Sedapnya..lama tak makan :D


:: anmashealthcare.blogspot.com ::

ceria vita said...

Sedapnya nampak. teringin nak rasa tak pernah makan lagi. pokok belimbing buluh ada je tanam belakang rumah tpi tak pernah buat macam ni. tq resepi.. nanti kita nak cuba..

ayah, sayangi lah kami

Anonymous said...

As salam...nk tnya,kalau org pregnt 3bln boleh mkn x sambal hitam belimbg buluh ni? Tq..