Thursday 20 November 2014

Pengakuan Suami Curang, Tabahnya seorang isteri

Pengakuan Suami Curang, Tabahnya seorang isteri

Kisah benar ini sudah menjadi viral di media sosial, Kak kiah agak tidak kesempatan untuk membaca kisah sebenar ini. Kesempatan selepas membaca jika kak kiah pun pasti terasa mehu hadiahkan lempang sulung 1000 kali pada lelaki ini ..haishh.. jom jadikan ianya satu sempadan serta pengajaran buat masyarakat di luar sana.Kak kiah percaya pelbagai lagi kisah-kisah realiti seperti ini berlaku kan? Tabahnya hati seorang isteri. Mah..

kredit kepada sinah harian serta beutifulnara :)

Pengakuan suami curang


Mah isteri abang yang solehah, isteri yang cantik… yang baik… dan ibu yang sempurna kepada Adan, Lili dan Nafisa…
Impian abang yang terakhir agar Mah menjadi sahabat sepanjang hayat… abang merayu sesungguh hati untuk Mah maafkan abang dan menerima abang semula. Sebelum abang tulis surat ini, abang dah hubungi Zulaikha untuk putuskan hubungan. Abang nekad, apa pun berlaku selepas ini, abang terima sebagai hukuman. Abang reda.. abang berdosa. Abang suami yang terkhilaf…
Mah…
Abang jenguk Mah di bilik anak. Mah tidur dengan air mata yang mengalir. Muka Mah polos tanpa solekan. Mata Mah bengkak dan ada lingkaran hitam. Abang menangis. Mah tak sedar betapa abang cintakan Mah. Tapi Mah lupa, kecantikan Mah yang pudar telah buat cinta abang berpaling.
Sumpah Mah! Sumpah abang rasa bertuah ada isteri sebaik Mah. Mah jaga makan pakai abang, makan minum anak-anak dan rumah tangga. Tapi Mah tak jaga diri Mah untuk abang. Mah tak jaga keperluan batin abang.
Kita kenal sejak sekolah. Sejak Mah jadi pujaan ramai lelaki dan kawan-kawan abang. Mah ramping, tinggi, bermata galak dan menggoda. Tapi sejak Mah lahirkan Adan, Mah biarkan kecantikan Mah hilang. Mah biarkan kuku Mah kecut.. rambut Mah busuk di sebalik tudung… kaki Mah bengkak dengan lemak… badan Mah berbau bila abang balik kerja. Abang terpaksa hipokrit setiap kali Mah sambut abang balik kerja di muka pintu dengan wajah kusam dan tak bermaya. Abang lemah tengok Mah lemah… Abang bagi Mah duit untuk Mah bersisir, tapi Mah habiskan dengan perhiasan rumah dan emas. Kenapa Mah tak gunakan untuk merapikan diri?
Mah abang tak pandang pakaian atau tudung cantik yang menutupi Mah, Abang juga tak pandang barang kemas yang berselirat di tangan atau leher Mah, tapi abang pandang tubuh dan wajah Mah. Kalau Mah sendiri tak menghargai diri bagaimana pula abang? Mana pergi diri Mah yang penuh keyakinan masa Mah bekerja dulu? Mana pergi wanita pujaan abang yang penuh dengan keanggunan masa kita sama-sama belajar dan bekerja dulu? Abang sungguh malu nak bercakap tentang hal ini, tapi jika ini peluang terakhir untuk abang memperbaiki rumah tangga kita, abang luahkan… dan Mah terimalah dengan lapang hati.
Mah… Zulaikha cantik. Dia janda anak ramai tapi bahasa tubuhnya tidak menggambarkan dia seorang janda. Dia menjaga setiap inci yang ada pada tubuhnya sehingga ke bahagian yang paling sulit. Abang minta ampun. Abang menyesal… Zulaikha hanya mahu berkawan dengan abang untuk mengisi kekosongan hidupnya. Dia tidak pernah meminta hubungan yang lebih tetapi kerana selalu bersamanya, abang terpesona. Abang rindukan isteri abang yang dulu. Jika Mah ingin berlalu dari hidup abang… abang tidak mampu menghalang.
Abang berdosa dengan Mah. Mah berubahlah. Cari semula kekuatan Mah sebagai seorang perempuan. Ampunkan abang… abang tak pergi kerja hari ini. Abang nak ke rumah ibu bapa Mah untuk akui semua kesilapan abang dan abang akan terima segala hukuman. Sekali lagi, dari lubuk hati yang paling dalam… abang merayu Mah pulangkan semula isteri abang yang cantik, yang menghargai dirinya luar dan dalam… abang merayu 


Kak Kiah turut terbaca surat jawapan dari isterinya,Mah.. haish..sangat sedih kak kiah membaca.. kredit kepada my superkidz :)

Selepas menemui ibu dan bapa Mah, si suami curang pulang ke rumah. Rumahnya kosong. Tiada sesiapa. Dipanggil nama isterinya, tiada sahutan. Adan, Lili, dan Nafisa juga tidak kelihatan.
Si suami curang menemui surat berwarna merah jambu berlipat di atas meja solek. Dalam keadaan terpinga-pinga, beliau membuka dan membacanya.
Abang yang dikasihi,
Ketika abang sedang membaca surat ini, kami semua sedang berada jauh dari abang. Usah abang risau, Mah membawa anak-anak mengikuti Nutrition Workshop, demi masa depan Mah dan keluarga kita, terutama abang yang Mah sayangi.
Kerana abang telahpun berterus-terang, biarlah Mah berterus terang juga.
Abang ingat tak semasa Mah baru mengandungkan Adan? Mah memberitahu abang bahawa Mah ingin mengambil Set Vitamin Kehamilan, tapi abang tolak mentah-mentah. Abang kata semua tu cuma gimik pengedar saja. Abang kata nanti baby kita besar. Abang kata mereka semua tak berpelajaran dan tiada asas ilmu tentang kesihatan, hanya sekadar nak menjual semata-mata. Abang ingat tak?
Tapi Mah tengok kawan-kawan Mah, termasuk di Zulaikha kekasih abang tu, pengamal tegar suplemen dan jamu-jamu. Mungkin abang lupa, atau abang tak tahu yang Zulaikha dulu adala pengapit Mah di hari persandingan kita. Ya, abang mungkin tak kenal, kerana masa tu Zulaikha gemuk dan muka berjerawat.
Dan Mah rasa memang niat Zulaikha sengaja nak mainkan abang. Abang ingat tak semasa kita makan beradap, abang kata pada Mah “Sayang, minta pengapit sayang tu masuk ke dalam, tak selera abang nak makan tengok muka dia” Abang ingat tak? Dia sangat kecil hati dengan kata-kata abang, dan sejak tu rupanya dia mula mencari solusi menyelesaikan masalahnya.
Bagaimana Mah boleh tahu?
Selepas Mah membaca surat abang, hati Mah tergerak untuk menghubungi Zulaikha sahabat Mah, tanpa mengetahui dialah orangnya. Mah meluahkan rasa sedih Mah kepada Zulaikha, dan dia berterus-terang, dia memang sengaja nak permainkan abang, dan nak buktikan kepada Mah, abang memang lelaki tak guna. Zulaikha yang gemuk dan berjerawat dulu kini dah jadi cantik dan gebu sampai abang pun tak cam.
Janda anak ramai? Dia cuma mereka cerita saja. Abang fikir janda anak ramai tu ada masa nak layan lelaki gatal macam abang? Nak layan diri pun belum tentu mampu dek kerana melayan anak-anak. Ini memang pemikiran tipikal, asal janda je penggoda.
Entah kenapa Mah tak marah bila Zulaikha mengaku. Cuma Mah rasa sedih kerana Mah secara tak langsung bersubahat dengan perbuatan zina kalian berdua. Mah harap sangat, abang cepat-cepat taubat nasuha, sebagaimana Zulaikha menangis-nangis semasa bercerita dengan Mah. Semoga taubatnya diterima.
OK, Mah sambung dari kesan kekurangan nutrisi semasa mengandung dulu…
Mah sedar kuku Mah rapuh, badan Mah berbau. Abang tahu kenapa? Kerana Mah ada masalah dengan sistem pencernaan dan ketidakseimbangan nutrisi. Abang sedar tak kita ni dah lama tak duduk berdua dan berbincang, walaupun nak bincang tentang barang dapur. Abang balik sekejap-sekejap saja. Mah cuma masak saja apa yang abang beli. Abang asyik beli daging, daging, daging. Sayur pun abang jarang beli, mentang-mentanglah abang tak suka makan sayur.
Selalu makan daging dan kurang fiber menyebabkan Mah ada masalah sembelit. Dan protein badan Mah tak dicerna sempurna. Abang tahu tak, itulah penyebab kuku Mah rapuh, badan Mah berbau, kulit Mah kusam, kaki Mah ada water retention… Mah kekurangan nutrisi, abang.
Abang sedap-sedap mengaku kurang belaian dan perhatian, kurang layanan batin, abang boleh cari lain di luar. Mah ni walaupun kurang nutrisi, Mah tetap kena beri keperluan nutrisi untuk Nafisa melalui susu badan Mah. Lili dan Adan juga, Mah pastikan mereka dapat bekalan nutrisi mereka yang secukupnya. Biarlah Mah berkorban demi anak-anak. Gigi dah goyang, rambut rapuh, takpe Mah rela.
Kenapa Mah suka beli hiasan rumah dan emas? Abang sedar tak setiap kali abang balik, rumah bersepah abang mula melenting, mula nak kata Mah ni dok rumah rileks tak buat apa-apa. Jadi nak tak nak, Mah kena cantikkan rumah dan kawal anak-anak supaya abang senang hati. Dan emas? Barang kemas ni sajalah yang mampu Mah nak pakai tanpa memakan masa. Nak makan vitamin pun abang tak beri kan…
Abang ingat Mah ni Kim Kardashian ke, ada orang pegang budak-budak, boleh nak tempek-tempek toner, moisturizer, krim-krim di muka ni (tu pun orang buatkan)? Dapat cuci muka sebulan sekali pun bertuah. Mah mandi pun asal siap je,… abang pernah rasa macamana serba-salahnya mandi dengan anak-anak ketuk pintu bilik air? Pernah berak kencing sambil dokong anak?
Kalau abang nak Mah berubah, boleh, Mah boleh berubah. Tapi abang tu pun sila berubah, jangan nak perasan bagus sangat. Di atas katil tu ada sejadah, terjemahan al-Quran, buku ‘Jauhi Zina’ dan buku ‘Tanggungjawab Suami Terhadap Isteri’. Abang ambil wuduk, solat taubat, bacalah Quran dan habiskan buku-buku tu.
Satu benda lagi Mah nak pesan pada abang – kekuatan seorang perempuan bukan pada keupayaannya menggoda lelaki.
Dan Mah nak abang tahu, Mah lemah kerana sikap dayus abang dan yang tak pernah nak berterus-terang selama ini. Mah rasa, antara kita memang tak ada chemistry, kita saling melemahkan. Abang carilah kebahagiaan abang sendiri, kerana Mah sudahpun mendaftar sebagai SID, akaun sendiri, tiada nama pasangan.
Tentang anak-anak abang jangan risau.. Mah akan jaga mereka. Risau juga Mah kalau nanti Lili dan Nafisa dah besar, takut berlaku kes haruan makan anak pula. Maklumlah, kalaupun Mah kembali bergetah sekarang, besok lusa Mah akan tua juga.
Bye abang.
yang benar,
Mah.
P/S : Mah dah cuba Herb-Lax semalam, Zulaikha kirim. Wah, rasa sedap saja perut harini. Kalau abang nak, ada dalam laci. Telan 4 biji lepas makan malam ni ya.

17 comments:

Unknown said...

Tak berkesempatan nak baca sebelum nie. Tertanya2 jugak kenapa sampai boleh jadi viral dalam alam maya nie. Ohh rupanya begitu ye. Masyaallah..Bagi saya yang tu bukan terlanjur lagi dah. Kalau terlanjur, takat sekali tu boleh consider tapi ni dah bertahun. Well, tabahnya hati seorang isteri yg kuat untuk bangkit kembali demi anak2 dan rumahtangga.

JommSihatDanCantik -> TIPS DIET UNTUK PESAKIT KENCING MANIS

bysyiraishak said...

story yang banyak pengajaran buat suami dan isteri..banyak perkara positif yg kita boleh cedok untuk kepentingan bersamma...

APA DAH JADI DENGAN PERUT BERANGIN

Unknown said...

Ya Allah.. Saya baru baca ni.. Semoga mereka semua di bawah lindungannya.. Semoga Allah bukak pintu hati mereka dan syg mereka..
Aminn.
RESVERATROL : ELAK ANDA MATI CEPAT

Unknown said...

Mula-mula sedih membaca nya.tapi gigih juga baca sampai habis..Hmm.. Pengajaran buat pasangan suami isteri. ( pesanan buat diri sendiri)
Tqsm for sharing

erti penuaan

Unknown said...

Dasyat kak mah nie...jadi viral.hehee...

mama hantek said...

Dgrnya dah sampai episod 3.
Saya tak nampak relevannya cari lain sbb isteri dh x cantik. Si suami telah gagal mencari kecantikan isteri, dia hanya pandang wanita sebagai pemulas nafsu semata-mata.

Nila Anggraini said...

Hahahahah....kesian suami mah...kena surat cinta mah yang power....sib baik mah dah jadi SID.....boleh lah dapat pendapatan 5.6.bahkan 7 angka sebulan....
Phat Phet Teman Sejati Nasi Putih Panas

Unknown said...

Adoi...sedih betullah kisah rumahtangga ni, takut pun ada. Jom kaum wanita kita pakat jaga penampilan diri demi suami.

keistimewaan gla complex

Unknown said...

Sebenarya ini kisah betul ker rekaan..:)
saya dah tak tau mana betul mana rekaan..

Kulit Kering dan Menggelupas

peminatvitamin said...

sedihnya kisah ni...
kesimpulannya, hargai pasangan anda hingga hujung nyawa

berkesankah omega guard?

Unknown said...

sebaiknya suami isteri jangan ada rahsia di antara satu sama lain..berkongsilah sama ada suka dan duka

Nashgal said...

Kalau itu perkara yang dipandang memang tak kekal..jangan menjadi hamba yang lalai pada perintahNya.. Itu lebih utama

Risau Kena Potong Kaki

Nursimatun said...

Jangan hanya pandang kekurangan orang lain, kita kena sedar kekurangan diri kita juga... nak tampung kekurangan tu?? baetul seperti kata mah, makanalah vitamin... kikiki

Tips Cepat Hamil Untuk Isteri Yang Kerapkali Keguguran: Jom Ikhtiar Sebelum Usia Makin Meningkat!!

Akak Vitamin said...

Habis juga baca kisah mah. Isteri memang gitulah dibuatnya banyak untuk suami dan anak-anak. Dalam perkahwinan kena ada saling faham memahami, tolak ansur barulah bahgia. Moga mah dapat pahala menjaga makan pakai suami anak.

Unknown said...

Hahaha.. surat pertama tu memang kisah benar. Surat kedua tu rekaan je. Tapi alangkah baiknya kalau surat kedua tu benar2 terjadi. Memang saya tabik spring kat Mah tu..

Unknown said...

surat yang kedua tue kelakar pulak...nak sedih jadi tergelak-gelak..

BACA DI SINI JIKA ANDA FOBIA MAKAN UBAT

Unknown said...

Surat isteri tu mmg kaw2. Mcm mmg terkena hbs la laki die ni. Apapun, tah apa kesudahan mereka. Sy doa kn semoga mjadi iktibar kepada sy sndr dan semua pasangan suami isteri.