Sunday 30 November 2014

Bermimpi bertemu Rasulullah

Bermimpi bertemu Rasulullah 

kisah benar pelajar UIA bermimpi bertemu Rasulullah

 Bermimpi bertemu rasulullah merupakan impian seluruh umat ISLAM termasuk diri saya.Alangkah besar nikmat dari kurniaan Allah jika kita terpilih untuk bermimpi bertemu Rasulullah. Saya percaya bahawa ramai sudah sedia maklum mengenai kisah benar pelajar UIA bermimpi bertemu Rasulullah. Terdetik juga untuk saya terus menyampaikan kisah benar ini agar kekal segar didalam ingatan kita bagi menjadikan pedoman dalam hidup kita. Alangkah indahnya jika bertemu Rasulullah, seperti di dalam bait-bait lagu nasyid 

' Alangkah indahnya diri ini andai dapat kutatap wajahmu, alangkah indahnya jiwa ini andai dapat bersamamu, Ya Rasulullah..
Benar, amat deras airmata ini bila berulang kali membaca kisah benar pelajar UIA bermimpi bertemu Rasulullah, sangat beruntung mendapat nikmat begitu terasa kerdil diri ini adakah seperti beliau yang tabah dalam menghadapi dugaan sengan penuh kesabaran. Jika dibandingkan dengan diri kita adakah kita sabar dalam menhadapi ujian dari Allah? Seringkali merungut, berputus asa apabila ditimpa dugaan jika dibandingkan dengan nikmat yang dikurniakan dariNYA.
 'Ya Allah, kurnikanlah taufik dan hidayahMu kepada kami, ampunilah dosa-dosa kami yang sering leka dan alpa...

Mengimbau kisah benar pelajar UIA bermimpi bertemu Rasulullah dan tontoni video sumber dari youtube. Moga pada yang menulis kisah bermimpi bertemu Rasulullah memperolehi pahala yang tidak putus daripada perkongsian artikel yang memberi manfaat pada kita semua. Airmata tidak henti mengalir sangat menonton video kisah benar pelajar UIA mimpi bertemu Rasulullah




“Article ini dari email,di bawah ini satu
article yg amat mengharukan jiwa, salah seorang rakan saya yang juga ahli
lembaga pengarah sekolah ilmi telah mengirimkannya kepada saya. Bila
membacanya, terasa juga akan keindahan kisahnya, mungkin ia lebih berkesan
lagi, kalau dipanjangkan kepada rakan-rakan melaui blog saya ini. Semoga
penulis article dan juga teman yang terlibat dengan kisah ini, memberikan saya
keizinan menerbitkannya. 


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha
MengasihaniYa Allah lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yang amat
berharga dari seorang insan yang di pilih Allah untuk berjumpa Nabi SallaLahu’alaihiwas allam melalui mimpi hari khamis,16 Rejab 1427 Hijrah
bersamaan 10 August, 2006
. Nama yang terpilih oleh ayah beliau Syamimi yang
bermaksud ‘kesayanganku’ , gelar nabi pada putri kesayangan baginda, Fatimah.
Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu
hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kensayangan Rasululluah
SallaLahu’alaihiwas allam. AlhamduLliah, doanya makbul selepas 23 tahun
kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik beradik. 




Alhamduliah, Al-Quran 30
juzuk terpelihara kemas di dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun
untuk habis menghafal 30 juzuk kalamullah ketika di negeri kelahirannya. Beliau
hafal sendiri untuk memenuhi harapan ibu ayah beliau yang mengharapkan ada si
kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung,
beliau mengambil tanggunjawab ini untuk menjadi contoh kepada adik- adik,
Subhanallah. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dengan
ustaz di sebelah rumahnya di sana. 




Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan
Undang-undang Syariah di Universiti ana InsyaAllah. Akak ni memang di uji
dengan sakit yang tak tau apa punca sejak lebih setahun yang lalu. Sakitnya
rasa seperti di tikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya,
tambahan pula kaki yang sudah sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu yang
tak pernah sembuh pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama
segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri
yang tahu. Dah lama dia tak daya ke kelas sebab sakitna membuatkan dia tak
dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera akannya hingga susut badannya hamper
13 kilo. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali
sehari. Wudhu’ itu di jaga sbaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari. Hari-hari
yang di laluinya beliau penuh dengan membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai
pendinding daripada gangguan yang teus-terusan menyakitinya.




Diceritakan makhluk-makhluk
tu akan mengganggunya terutama waktu sebelum subuh, waktu zuhur dan waktu
maghrib. Beliau dan banyak berubat di merata tempat, di negeri kelahirannya,
bejumpa doktor-doktor pakar, dengan ulama’ yang faqih sendiri dan akhir sekali
dengan seorang lecturer si sini tapi beliau hanya mampu bertahan. Ustaz pasan,
setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al- Baqarah. Pagi khamis tu,
beliau berniat untuk hadir kuliyah sebab dah lama tak mampu ke kelas. Beliau
bangun kira-kira jam 4.30 pagi untuk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yang
di gagahkan, beliau ke bilik air untuk berwudhu’ dengan memapah dinding dan apa
yang mampu membantu beliau berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur,
rasa seperti ada yang menolak keras dari belakang. Masa tu beliau dah tak mampu
berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk
pintu dan rebah di bahagian depan bilik. Waktu tu, di sebabkan sakit yang
mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya
mati itu baik untukku, aru redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup,
aku ingin dengar kata-kata semangat daripada RasuluLlah SallaLahu’alaihiwas
allam sendiri”. Kemudian beliau pengsan. Sahabat-sahabat ke dalam bilik dan
dibaringkan di sana. 




Waktu tu, sahabat-sahabat dah forward message pada
kawan-kawan yang lain agar bacakan surah Yasin sebab beliau dah Nampak nazak.
Semua dah sedia dengan nombor-nombor ahli keluarga beliau untuk di hubungi
kiranya apa-apa berlaku dengan izin Allah. Kira-kira jam 11 pagi, beliau tidur
dengan tenang dalam waktu qoilulah, dalam tidur beliau, beliau sedang terbaring
dalam keadaan memakai telekung dengan tangannya di qiam seperti dalam solat di
tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan
kelihatan banyak tiang di sekitarnya. Tiba-tiba dating seorang Hamba Allah
denan wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hamper sekali, kira-kira
2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah, indah sekali, tak dapat nak di
gambar. Beliau tertanya-tanya, siapa orang ni, cantik sekali kejadiannya dan
hati beliau rasa sangat tenang dengan hanya melihat wajahnya. 


Bertemu Rasulullah

Di rasakan
seluruh kesengsaraan yang di tanggung selama ini lenyap begitu saja. Kemudian,
Hamba Allah itu mengatakan, “Assalamu’alaikum, Ana RasuluLlah”, Subhanallah,
baginda Nabi rupanya. Nabi memakai jubbah putih dan kain serban nabi berwarna
hijau di atas bahu baginda. Beliau Nampak dengan jelas mata baginda Nabi,
janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di
atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakana “Enti fil
Masjidi” , -‘sekarang enti (kamu) berada di masjidku, masjid Nabawi’-.
Allahuakbar. Kemudian Baginda Nabi sallaLahu’alaihiwas allam berkata:
QalAllahuta’ala; “ InnaAllahama’ assobirin”,- sesungguhnya allah bersama
orang-orang yang sabar’. Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan kalamuLlah,
terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh ‘alam sememangNya Baginda
sebaik-baik kejadian dan di ciptakan dengan penuh kesempurnaan. Nabi katakana
(in lughatul ‘arabiyah, tapi kami terjemahkan), “ Ya Syamimi, dengan berkat
kesabaran enti, dengan sakit yang enti tanggung selama ini, dan dengan berkat
Al-Quran yang enti pelihara di dalam hati enti, maka Allah bukakan hijab untuk
enti Nampak ana” . ketika Nabi sebut Ya Syamimi, terlantas di hatinya ‘Ya
Allah, Baginda kenal umat Baginda’. Ya RasuluLlah.. . waktu tu, di rasakan
baiknya Allah, memberikan nikmat yang begitu besar buat dirinya. Kemudian Nabi
katakana, “sampaikan salamku buat sahabat-sahabat seperjuangan islam,
insyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti”. Lepas tu Nabi kita lafazkan, “
ummati.., ummati..,ummati…”, dan beliau Nampak Nabi menangis dan beberapa
titisan airmata Nabi yang suci mengalir untuk ummat Baginda. Kemudian Baginda
Nabi pergi. Beliau merintih, “jangan pergi Ya RasuluLlah”, tapi Baginda tetap
pergi.




 SubhanaLlah, walaupun kita tak pernah bersua dengan Nabi kita yang
mulia, Baginda kenal kita dan sentiasa ingat akan ummat Baginda. Beliau
katakana tak pasti, apakah bainda menangis kerana rindu kepada ummat baginda,
atau mungkin saja baginda sedih dengan ummat akhir zaman ini atau tak tahulah,
waLlahua’lam. .. sedar daripada tidur yang amat indah pengisisannya, beliau di
kelilingi oleh kawan-kawan yang terdengar rintihan beliau dalam tidurnya
“jangan pergi ya RasuluLlah.. .”. kemudian beliau pun menceritakan kepada para
sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam RasuluLlah buat ummat
Baginda, salam dari Nabi sallaLahu’alaihiwas allam. 




Semua menangis lantaran
rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi kerana jarang-jarang ingat pada Baginda
sedang kita amat terhutang budi pada Baginda Nabi. Lebih-lebih lagi kita sedar
bahawa syafaat Baginda yang akan kita kejar di akhirat kelak. Ya Allah, waktu
tu, takde kata yang lebih tinggi daripadakalimah Alhamdulillah untuk di
rafa’kan pada Allah atas ni’mat yang begitu besar yang Allah barikan pada
dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dengan ujian yan hanya
sedikit berbanding insan-insan yang lebih berat di uji oleh Allah. Kiranya ada
kalimah pujian yang lebih tinggi dari Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat
Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yang melimpah ruah. 




Ketika itu rasa sakit masih menular di tubuhnya Cuma kali ini dia bertekad
tidak akan menangis lagi untuk kesakitan ini. Kemudian usai solat Zuhur, rasa
yang beliau tanggung makin berat. Tak pernah beliau merasakan sakit yang sebegitu
rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa di tikam pada setiap
penjuru tubuhnya. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan,
pada waktu beliau pukuk diri untuk tidak menangis. “ Apa sangatlah sakit yang
aku tanggung ni berbanding nikmat yang Allah dah bagi untuk melihat Baginda
Nabi sallaLlahu’alaihiwas allam’. 




Kemudian beliau tidur dan terus beliau
rasakan berada di tempat tinggi yang biasa hadir sepanjang beliau menerima
gangguan. Beliau katakana “Ya Allah, apa lagi yang nak Engkau bagi buat hambamu
yang hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..”. kemudian dengan izin
Allah, dating empat orang yang berpakaianserba hijau. Salah seorang daripadanya
mengatakan, “Assalamu’alaikum ya Syamimi, RasuluLlah sallalahu’alaihiwas allam
sampaikan salam buatmu. Kami utusan RasuluLlah S.A.W, “ Nahnu kuhlafa’
ar-rasyidin”. Ana Abu Bakar,ini Ummar Al-khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali “.
SubhanaLliah, Saidina Abu Bakar memperkenalkan dirinya dan ketiga-tiga sahabatnya
yang mulia. Beliau Nampak, Saidina Abu Bakar, amat Lembut perwatakannya,
Saidini Ummar dengan wajah ketegasan, Saidina Uthman memang cantik sekali dan
Saidina ‘Ali yang aga kecil orangnya. Para sahabat mengatakan “ kami di utuskan
oleh Baginda Nabi untuk membantu enti.” Kemudian keempat-empat sahabat Nai
membacakan ayat 102 daripada surah Al-Baqarah yang bermaksud: “ Dan mereka
mengikuti apa yang di baca pleh syaitan-syaitanpada masa kerajaan Sulaiman.
Sulaiman itu tidak kafir tapi syaitan-syaitan iulah yang kafir, mereka
mengajarkan sihir pada manusia dan apa yang diturunkan pada 2 malaikat di
negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan
sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ‘ sesungguhnya kami hanyalah cubaan
(bagimu) sebab itu janganlah kafir’. 




Maka mereka mempelajari dari kedunya
(malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang  (suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan
dapat mencelakan seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka
mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka.
Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli ( menggunakan sihir) itu,
nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk
perbuatan mereka yang menjual dirinya dengan sihir, sekiranya mereka tahu”.
Selesai mambaca ayat itu, para sahabat nabi menghembus pada makhluk-makhluk
yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah,
waktu itu terasa seolah-olah tubuhnya yang sakit dahuu di tukarkan Allah dengan
tubuh yang baru. Hilang segala kesakitan yang dah lebih setahun di tanggung
beliau dengan sabar. Kemuadian Saidina abu Bakar mengatakan, “inilah ganjaran
besar dari Allah buat orang-orang yang sabar”. Kemudian, para sahabat  Nabi yang mulia pun pergi meninggalkannya.
Selesai mimpi indah yang kedua ini, beliau bangun dari tidur dan terus duduk. 




Rakan-rakan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dengan mudah.
Kemudian sahabat-sahabatnya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan
AlhamduLlah..dengan mudah beliau bangun berdiri dan berjalan di sekitar bilik.
“ Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” semua sahabat yang ada di situ
bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’.
Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud pada Allah s.w.t “Ya Allah, kiranya di
beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku manjadi hamba-Mu yang
bersyukur atas nikmat yang telah Engkau berikan..” 


Bersabarlah


Beliau berpesan kepada kami;
“ Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sangup mati demi
mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5
minit dah rasa tak sangup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je sebilik
untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yang mulia. Tapi menyedari banyak
lagi taklifan dan tanggunjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti
diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak
pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa
beningnya hati ini.tapi itu tak mungkin an, mungkin ini bahagian akak, behagian
kalian? Hanya pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak
rugi kita bersabar…”

7 comments:

Nila Anggraini said...

Subhanllah...mimpi yang paling terindah..

//qasehfirdausshoppe.blogspot.com>Pedas Yang Mmembawa Banyak Manfaat Bagi Kesihatan

Unknown said...

Subhanallah..semoga kita semua tergolong orang-orang beriman..

Masalah Kesuburan

Mama Akmal & Ibu Arif said...

Subhanallah, Maha Suci Allah. Beruntunglah mereka yang dapat berjumpa nabi di dalam mimpi.
Jom Lawat Blog Raikankasih 

Nursimatun said...

Bukan semua insan terpilih... Hanya mereka tertentu sahaj... sungguh bertuah adik ini... kita doakan agar semuanya di kalangan ahli keluarga kita tergolong dalam golongan org beriman... amin...

Cara Kreatif Untuk Menggalakkan Anak Anda Makan Dengan Berselera

peminatvitamin said...

Semoga kita menjadi insan terpilih utk bertemu rasulullah..

ATASI MASALAH KEDINGINAN

keciksangat said...

Semoga kita dapat bertemu Rasulullah di jannah... aamiin...

ieda dayah said...

bertuahnya orang tukan, harap dapat menjadi orang yang bertuah seperti dia..