Saturday 8 November 2014

Adakah normal bayi tumbuh gigi usia 6 bulan


Adakah normal bayi tumbuh gigi usia 6 bulan 


usia bayi tumbuh gigi
Assalammualaikum ibu semua, bagi ibu yang mempunyai bayi kecil pasti sangat menanti setiap perkembangan si manja termasuk soal pertumbuhan gigi.Boleh dikatakan setiap hari mesti check mulut bayi jika sudah ada gigi tumbuh mahupun tidak.Begitu juga lah keadaan kak kiah dimana terlalu teruja hendak mengira gigi baby rizqi sudah tumbuh atau belum.Kak kiah juga terfikir bila waktu normal bayi tumbuh gigi? 3 bulan?5 bulan?9 bulan? Pasti ibu semua mempunyai persoalan seperti kak kiah juga kan? Hasil blogwalking kak kiah menemui jawapan atas persoalan Adakah normal bayi tumbuh gigi usia 6 bulan? Kak kiah jumpa jawapan tersebeut di artikel blog PA&MA kredit untuk pa&ma :) 

Gigi Geraham mula tumbuh
Adakah keadaan ini normal apabila anak saya yang berusia 6 bulan sudah mula tumbuh gigi geraham atas? Jika tidak, apakah kesan terhadap perkembangan pertumbuhan anak saya?
Jawapan:
Secara normal gigi geraham desidus mula tumbuh ke dalam mulut apabila kanak-kanak mencapai usia 12 bulan, dan ke semua gigi geraham (8 batang) akan selesai tumbuh apabila kanak-kanak berusia 36 bulan.
Gigi desidus yang sering tumbuh awal adalah gigi kacip di rahang bawah (gigi natal). Gigi geraham desidus jarang tumbuh awal dan sekiranya ia berlaku, puan dinasihatkan untuk membawa anak berjumpa dengan doktor gigi untuk menentukan sama ada gigi geraham tersebut adalah normal dari segi pembentukannya.
Sekiranya, gigi tersebut adalah normal, puan hanya perlu menjaga kesihatan gigi anak seperti biasa untuk mengelakkan kerosakan gigi. Walaupun jarang, ada di antara kanak-kanak yang mempunyai masalah setempat pertumbuhan pergigian atau masalah perubatan seperti hyperthyroidism yang boleh mengakibatkan gigi tumbuh awal (premature tooth eruption). Oleh demikian, pemeriksaan oleh doktor pergigian dan pengamal perubatan disarankan untuk menentukan sama ada pertumbuhan gigi awal adalah tanda yang berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak.

Pendapat Orang dahulu

Kak kiah pernah juga bertanyakan pada mak mentua bila hendak tumbuh gigi anak ini, macam lambat je, pesan mentua kak kiah tidak mengapa jika bayi lambat tumbuh gigi, lambat tumbuh lambat lah rosak gigi nya kalau cepat tumbuh cepat pula rosak gigi nanti. Kak kiah senyum dengan tanda setuju.So, ibu semua lalui detik manis bersama si manja dengan sabar ye, moga-moga perkongsian mengenai adakah normal bayi tumbuh gigi usia 6 bulan membuatkan ibu semua lega seperti kak kiah hehhehe


11 comments:

Unknown said...

Anak no 2 Zoe tumbuh gigi bawah masa umo 7 bulan..seronok tengok perkembangan anak-anak..


Klik sini tips mudah putihkan gigi di rumah

Unknown said...

pengalaman anak saya dulu umur 6 bulan gigi bawah yer yang tumbuh.

Unknown said...

Yup..mmg normal.anak sue umur 5 bln tmbh gigi.

Nursimatun said...

Memang normal sebab anak2 Kak Tun sendiri tumbuh gigi seawal usia 5 bulan. Adik Kak Tun seawal usia 4 bulan kata mak. Setiap anak tak kan sama....

Syampu Untuk Rambut Gugur... Cegah Sebelum Parah!!

Unknown said...

Wow, awalnya.. tp x terkejut.. coz kawan saya punya baby, lahir2 dah ada gigi sebatang.. hehehe..

Unknown said...

Tidak ada yang mustahil...tiga orang anak saya tumbuh gigi sebelum usia 1 tahun...itu tandanya perkembangan yang baik sedang berlaku.

Nila Anggraini said...

Anak saya tumbuh gigi seawal 4bulan...dan 2 bulan seterusnya tumbul lagi dan begitu seterusnya. Alhamdulillah perkembangannya normal...
Udang Menyorok Dalam Taucho

Nashgal said...

Anak yang no 3 paling lambat tumbuh gigi..keluar pun sebatang je masa 6 bulan juga..dah nak dekat setahun baru tumbuh gigi lain sekali harung 3 batang lagi..sekarang dah setahun setengah baru keluar geraham.. Taring tak lagi..tapi nak test gigi tu tak tahan..abis badan kakak dia jadi tempat menggigit

tips memilih tadika=0

Unknown said...

Anak sya belum penah tumbuh gigi 6 bulan paling awal 8 bulan..

Kursus Luar Negara

Unknown said...

Anak saya paling awal tumbuh gigi plg awal pn 10 bulan

CANTIK LUAR & DALAM BEB



Unknown said...

baru tahu gigi baby tumbuh tak menentu.. ingat bila da setahun baru tumbuh.. rupanya ada yang awl.. tambah lagi pengetahuan tuk jadi ibu nanti.

rahsia kecantikan semulajadi