Friday 31 October 2014

Tradisi penderaan kanak-kanak di Taska

Tradisi penderaan kanak-kanak di Taska

Tradisi penderaan kanak-kanak di Taska kekangan waktu kini menjadi sambung menyambung kisah ye, boleh dikatakan setiap kali mengikuti berita dari media elektrik ada sahaja berita mengenai penderaan kanak-kanak di taska.Kak kiah hinggakan tidak sanggup melihat video-video penderaan kanak-kanak di taska dan juga berita yang memaparkan kisha penderaan kanak-kanak di taska ini. Amarah ini jika diikutkan jumpa dengan orang yang lakukan penderaan pada kanak-kanak mahu sahaja kak kiah tangan-tangankan balik mereka yang tidak amanah sebegitu.Harapkan pagar,pagar makan pagi, harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari! kan sudah keluar falsafah kak kiah ini.

tradisi penderaan kanak-kanak di taska

Lihatlah tergamak hingga begini melakukan pada kanak-kanak yang tidak mengenal apa-apa, tradisi  penderaan kanak-kanak di taska terbaru yang terjadi di utara, kanak-kanak yang berusia lingkungan tiga tahun diikat tangan serta kaki. Usia tiga tahun tidak tahu apa-apa wajarkah melakukan sebegini.Jika berlaku kepada anak sendiri hati ibu mana sanggup melihat perkara begini.


Hati dan naluri seorang ibu tidak dapat disangkalkan lagi, tergerak hati ibu kanak-kanak tersebut untuk melakukan spot check di taska akhirnya perbuatan penganiayaan yang dilakukan kepada anaknya akhirnya terbongkar malahan pengasuh di taska tersebut turut mengakui sebelum ini membiarkan kanak-kanak ini kelaparan. Amboi cek kak, jika rasa tiada tanggungjawab dan tidak berminat mengasuh kanak-kanak tolong la jangan lakukan sebegini dan mengambil jalan mudah demi mendapat keuntungan sahaja.Dimanakah sifat belas kasih sesama manusia? pandangan kak kiah la, seorang pengasuh yang mengambil keputusan untuk mengasuh seharusnya mempunyai sifat penyayang dan belas kasih terhadap kanak-kanak, melayani kanak-kanak seperti anak sendiri, jika anda tidak mempunyai sifat sebegitu jangan sesekali menyatakan ingin mengasuh budak.Jangan mengambil jalan mudah.Setuju?


Pilih taska yang berdaftar 

 Bagi ibu bapa pula,cadangan kak kiah jika ingin meletakkan anak anda di pusat taska seharusnya memilih taska-taska yang berdaftar di Malaysia,Hal ini kerana jika taska-taska yang berdaftar dibawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pihak JKM sentiasa akan membuat pemantauan di setiap taska-taska yang berdaftar di Malaysia dan akan dipantau oleh pihak JKM pastinya penderaan kanak-kanak di taska akan dapat dibedung. Jom kita lawati / klik disini >>> Taska berdaftar di Malaysia Moga ibu bapa semua dapat memilih taska yang telah didaftar dikawasan kediaman anda

penderaan kanak-kanak

Perkara apa yang harus dilakukan bagi elakkan Masalah ini berlaku ?

Sebelum berlaku penderaan kepada anak-anak anda,bagaimana untuk mengelakkan masalah tersebut berlaku di taska? jom ikuti tip kak kiah ini ye, sehebat mana taska yang tidak ketahui haruslah ada perasaan curiga, lakukan spot check tergempar di taska, lawatan mengejut haaa.. perkara ini pasti akan dapat mengelakkan penderaan terhadap anak-anak kita berlaku kan, Pengasuh taska pasti akan lebih berhati-hati dan tidak sambil lewa dalam amanah yang kita berikan.Selain itu, ibu bapa jangan menyerahkan sebulat-bulatnya tanggungjawab mengasuh anak di taska, jangan mengambil mudah contoh melengah-lengahkan waktu mengambil anak-anak, dan membiarkan anak-anak tempoh yang waktu yang tidak sewajarnya di taska, hal ini pasti akan mengundang tradisi penderaan kanak-kanak di taska. Jika selalu pulang lewat biarkan anak melebihi tempoh waktu ditaska pastinya pengasuh juga akan merasa amarah kan?

Pesan kak kiah : teringat video kanak-kanak yang dilambung-lambung di kuantan

2 comments:

Unknown said...

nauzubillah..minta dijauhkan anak2 kita dari orang yg bertopengkan binatang mcm ni...sedih sgt ..palah dosa anak kecil ini...huhu

Unknown said...

nor azimah:
betul tu, seakan menjadi tradisi,moga dijauhkan pada ank2 kita .