Wednesday, 15 October 2014

Tip Cantik selepas bersalin

Assalammualaikum, salam sejahtera momies semua :) terima kasih kerana sudi singgah blog cahayaummurizqi ♡ , moga apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat dan buah fikiran buat ibu-ibu  semua,detik-detik kehamilan merupakan saat-saat paling mengujakan buat bakal ibu semua malahan pasti ada yang sudah berimaginasi situasi apabila bersama bayi selepas kelahiran. Disebalik  menghitung hari ada diantaranya risau untuk kembali cantik selepas bersalin  . Dapatkah kembali susuk badan sediakala selepas bersalin ? Berat badan mula naik dengan mendadak. Seluar yang dipakai tidak muat lagi, 

Disini lily kongsikan beberapa petua untuk kekal cantik selepas bersalin yang diamalkan orang - orang dahulu serta kaedah moden
1. MENGAMBIL HERBA-HERBA TRADISIONAL
¤ Herba-herba tradisional sudah sedia maklum mempunyai seribu manfaat serta kabaikan kepada ibu-ibu yang bersalin bagi mendapatkan semula susuk tubuh cantik seperti sediakala.
Selepas bersalin ibu-ibu akan berpantang selama tempoh 44 hari yakni 6 minggu bagi proses pemulihan tubuh badan yang lemah setelah bertarung nyawa ketika melahirkan zuriat. Selain itu untuk memulihkan organ pembiakan wanita, membetulkan keadaan rahim serta menegangkan kembali faraj.
Berdasarkan kefahaman orang-orang dahulu menyatakan bahawa jika rahim wanita kendur, maka kelihatan tua dari usianya.. benarkah?
2.PEMAKAIAN BENGKUNG UNTUK MEMGEMBALIKAN BENTUK BADAN KEPADA ASAL
Penggunaan bengkung sinonim dengan masyarakat Melayu sejak berzaman dahulu, perbagai reka bengkung mengikuti peredaran masa serta kehendak masyarakat masa kini. Bengkung lilitan dari tali hingga zip sudah memenuhi kehendak dipasaran.Ibu-ibu pasti rambang mata dalam memilih bengkung yang terbaik, pilihan lily masa berpantang lebih memilih bengkung tradisional dari tali yang panjang semasa pemakaian boleh minta pertolongan encik suami untuk tarik tali bengkung dengan kemas sekali.
Fungsi bengkung adalah untuk
. Mengembalikan bentuk badan seperti sediakala
. Mengempiskan perut yang menggeleper setelah bersalin
.Menbetulkan struktur rahim agar kembali kepada posisi yang sebenar
,Menghalang perut agar tidak dimasuki angin
Menghalang peranakan turun ke bawah.
Ada diantara ibu malas hendak memakai bengkung, jika malas perut anda akan menggeleper, senak senak perut akibat angin masuk.Saya sendiri permulaan memakai bengkung juga kemalasan, akibat dari itu senak perut dan dimarahi oleh kakak dan encik suami hehehehe..

3. MENGAMBIL MAKANAN YANG BERKHASIAT

Pengambilan makanan yang berkhasiat sangat penting buat ibu-ibu selepas bersalin. Dalam tempoh berpantang ibu -ibu makanan yang mengandungi air mahupun minum air yang banyak  kerana mengelakkan penggekalan air dalam tubuh badan, pesanan orang -orang tua ada mengatakan jika minum air banyak nanti vagina dan kawasan luka berair, wallahu.. selain itu makanan berangin seperti kekacang juga perlu dihindarkan. Makanan laut amat dilarang kerana akan mengakibatkan alahan serta melambatkan penyembuhan luka
Ibu-ibu digalakkan makan pelbagai jenis buah-buahan dan sayuran bagi mendapatkan kembali vitamin-vitamin serta garam mineral yang diperlukan oleh badan.

4.KERAP MENYUSUKAN ANAK
Sangat beruntung dan bertuah jika anda menyusukan bayi ini kerana dalam tempoh awal berpantang sangat mudah untuk ibu menurunkan berat badan peratusan lemak terbakar sangat tinggi, pernahkah anda melihat kebayakN ibu yang menyusu bayi dari pantang berat badan mereka susut dan dapat mengekalkan bentuk badan seperti asal. Makanya jangan berhenti menyusu bayi anda. Selain itu penyusuan badan dapat mengelakkan risiko kanser payudara

5. KERAP BERSENAM

Senaman sangat penting bagi membantu pembakaran lemak tepu terbaik melalui senaman, Lemak akan terlumpul jika anda malas bersenam, jika kekangan masa, aktiviti seharian seperti mengemas rumah,mengemop lantai sangat membantu pembakaran lemaj tanpa anda sedari :)

Akhr sekali haruslah yakin dan percaya pada diri sendiri ye :) harus setkan minda saya boleh!!

No comments: