Tuesday, 21 October 2014

TIP DIDIK ANAK JADI SOPAN

TIP DIDIK ANAK JADI SOPAN

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua, mengimpikan anak yang sopan serta tertib menjadi dambaan setiap ibu bapa malahan raman ibu bapa berusaha untuk membentuk permata hati menjadi anak yang sopan.Lewat kebelakangan masa kini ada anak kecil yang lancar tutur katanya berkata kasar kepada orang lebih tua hal ini sangat membimbangkan jika anak kecil menunjukkan sikap sebegitu, Mendidik anak untuk jadi anak sopan harus diterapkan dari kecil lagi.kata-kata seperti 'maaf', 'tolong' dan 'terima kasih' seperti sukar untuk diluahkan dari mulut mereka.
Melentur buluh biar dari rebungnya, mendidik anak biar dari kecil nya. 

Tempoh terbaik dalam mendidik anak jadi sopan harus diterapkan sejak dari kecil, jika sudah besar kesukaran mendidik sangat tercabar.Maka waktu terbaik bagi didik anak jadi sopan sejak dari kecil lagi.
Menurut pakar estiket ternama Amerika Syarikat, emily Post
"kesopan salah satu elemen kejayaan seorang anak mahupun setiap individu.Anak yang mempunyai nilai yang sopan yang twlah diterapkan dalam diri mereka akan lebih mudah untuk mengadaptasi dirinya di dalam masyarakat sekeliling.Makanya, unuk mendidik permata hati agar lebih menghargai  tatasusila? berikut adalah tip serta anduan didik anak jadi sopan :-

BERKELAKUAN SOPAN

Menyapa dan memberi salam adalah adab kesopanan yang perlu dikuasai anak-anak, ibu bapa harus menjadi sebagai icon bagi menjadi ikutan anak seperti memberi salam saat ke kerja , si ayah menyapa anak dengan memberi salam.Kongsep praktikal memainkan peranan dalam perkembangan dan ingatan buat anak dan akan menjadi ikutan buat mereka.Tunjukkan contoh yang sopan serta bagus kepada permata hati.


Ajarkan perkataan ajaib

Mengajar perkataan baik serta berhemah sangat disarankan kepada ibu bapa dan boleh digunakan dalam seharian anda.Mendidik dengan perkataan 'maaf' jika menyinggung orang kain, 'terima kasih' disaat menerima sebarang pemberian dari orang lain serta 'tolong' ketika meminta sesuatu.Awalnya memang menjadi kejanggalan dan anak tidak memahami akan kata yang disampaikan, jika diteruskan dalam seharian pemahaman akan menigkat seiring dengan pertambahan usia dan pengalaman si manja

CINTA DAN PENGHARGAAN

pamerkan sikap cinta dan kasih kepada anak agar anak dapat merasai nilai kasih sayang yang dipamaerkan. beri penghargaan apabila anak melakukan perkara sopan serta baik agar anak lebih terkesan dihatinya untuk meneruskan sikap yang sopan

KENALKAN AMALAN BERDISIPLIN

Budaya berdisiplin merupakan amalan yang harus diterap kepada anak sejak kecik agar mereka lebih menghargai perkara disekeliling dan mendidik agar lebih bersistematik seperti, menggalakkan anak menyimpan permainan selepas sudah selesai bermain, menyusun kasut,meletakkan botol susu di tempat yang ditetapkan, pasti keyakinan pada diri dan segala urusan menjadi lancar dan membentuk sikap yang sopan

BELAJAR BERKONGSI

Tanamkan dalam minda si manja bahawa berkongsi merupakan satu kewajipan dan harus diluahkan kepada ibu bapa walau aoa situasi sekalipun,ianya harus diamalkan dengan mengajar kepada si manja bahawa berkongsi adalah amalan yang baik ianya seperti yang disarankan penukis buku The happiest Toddler on the block, harvey karp MD, ianya mudah apabila diterapkan amalan disiplin dan menunjukkan contoh baik kepadanya.

Ibu bapa merupakan role model

Amalan langkap permulaan untuk didik anak jadi sopan
Ibubapa merupakan role model pada anak-anak maka tunjukkan amalan yang baik agar anak menjadi sopan melalui tingkah laku dari ibu mereka
Setiap kali anak melakukam tingkap laku yang baik maka ibu bapa berikan pujian kepada mereka agar si manja merasai diri dihargai dan kehidupan penuh cinta kasih dan sayang, Jika anak bertindak keterlaluan mahupun kelakuan yang tidak menyenangkan,jelaskan kepada merek tindakan yang sepatut dilakukan ,tegur si manja dengan penuh kasih sayang.
pesan kak kiah :
kak kiah pun sudah mula didik baby rizqi barpandukan dari tip ini, sharing is caring ^_^

mendidik anak menjadi sopan

No comments: