Wednesday, 29 October 2014

Budaya ROTAN Pelajar

Budaya ROTAN Pelajar

Teringat zaman hingusan dahulu, kira-kira waktu sekolah rendah jika persoalkan hukuman rotan, kena rotan dengan cikgu, kena rotan kerja sekolah tak siap kena rotan gagal spelling, kena rotan tidak hafal sifir kena rotan tak boleh baca boleh dikatakan tidak pernah terlepas saat zaman sekolah dahulu.


Kisah Rotan 

Segalanya mengenai rotan lah, maklum la kak kiah ini dulu hila nampak rotan je kecut perut dari duduk main-main dalam kelas boleh jadi wanita melayu terakhir sopan pnya bila nampak je cikgu pegang rotan.Kak kiah dalam duduk mencari info menarik terjumpa keratan akhbar mengenai hidupkan budaya rotan dikalangan pelajar sekolah makanya kak kiah tertarik untuk membuat sedikit ulasan tentang zaman kak kiah dahulu sebab kak kiah pun pernah kena rotan hehehe.
Teringat lagi masa zaman tadika cikgu selalu tekankan untuk sentiasa menghafal, tadika slot pembelajaran mesti mengenal huruf 

" huruf A besar dan a kecik macam mana.? esok cikgu nak uji setiap orang mengenal huruf kalau tak dapat cikgu ROTAN.

ROTAN!! dengar je rotan mula la rasa nak terkencing nak terberak kan? ingat lagi kak kiah sampai nak balik rumah sebab punya la takut rotan ini he3, maka dari perkataan ROTAN masing-masing fokus dok menghafal dan mengenal huruf.
Masuk alam sekolah rendah mula dok spelling english u oll, ingat lagi teacher shamsidar masa darjah 3 suruh hafal hari iaitu hari isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat sabtu dan ahad in english iaitu monday tuesday,wednesday,thursday,friday,saturday and sunday haaa,,pandai pun korang ye macam  kak kiah haha.. serius time tu memang ler tak reti nak spelling kan, belum konsisten omega lagi masa tu he3, bermula la episod sakit perut nak terkencing semua ada bila teacher kesayangan kak kiah ini bagi pesanan hebat!
"ok,esok teacher nak panggil sorang-sorang spelling depan teacher siapa tak hafal tak betul spellings teacher ROTAN esok!"
malam tu mula la termenung ingat pesanan teacher, sebelum tidur buka buku buat spellings tau korang,pejam mata buka mata nak ingat sampai la terlena dalam dakapan buku english, hebat je konon! Esoknya, ingatan ini power je boleh spelling dengan lancar gitu, hebat kan pesanan ROTAN teachers shamsidar!
kisah ROTAN jugalah pernah  kena ketuk tangan dengan cikgu huzairi masa darjah 3 sebab terlupa sifir, kena ketuk dengan pembaris yang besar tau sakit tangan kak kiah, sambil tu rotan kecil selit bawah ketiak cikgu math i tu, seram sejuk je dari tu kak kiah berazam hafal sifir takut kena rotan lagi.
kena titik jari bila dapat spelling tapi semua tu tak pernah nak report dengan arwah mak dan  aba kak kiah sebab takut kena marah balik dengan mak dan aba kak kiah tau, sebab apa?sebab tahu salah diri sendiri tu diam hehehe.. teringat juga kena marah dengan cikgu bila tatabahasa tak bagus,warning rotan nanti tau! terus cuba majukan diri lagi
Mungkin kisah ROTAN ini pasa zaman kak kiah, sebab rotan juga la membentuk disiplin dalam diri seseorang,tengak la dari kisah kak kiah dengan rotan sekarang da teror hafal sifir 1 sampai 12 , da teror spelling hahaha.. kalau tak rotan rasanya tak tahu semua tu sampai sekarang, cewah! gaya da macam pakar komunikasi sekarang tak reti tatabahasa sekarang boleh la jadi penulis blog biar tak dapat jadi penulis macam A.Saman Said. Idola sasterawan kak kiah tu :)

Rotan mendisiplinkan pelajar

Rotan pelajar mampu mendisiplinkan pelajar mengikut pengalaman kak kiah sendiri la, pandangan setiap individu berbeza, jangan hinggakan patah riuh lebam sana lebam sini tidak wajar juga jika dilihat pada anggota badan anak-anak kan? Maka itu wajar la jika kak kiah sendiri anak kena seperti itu seperti tidak tepat, Saya percaya guru-guru tidak mempunyai tindakan seperti itu, guru-guru pendidik yang profesional pasti guru memberikan yang terbaik kepada anak didiknya :)

Pesan kak kiah : Merindu guru-guru yang merotan kak kiah dahulu, tindakan tegas guru membawa keperibadian dan disiplin dalam diri, sayang cikgu! :)

No comments: