Ajar bayi bercakap betul
Berkomunikasi bersama bayi merupakan satu saat yang menggembirakan hati buat ibu bapa mahupun sesiapa sahaja tambahan pula jika bayi memberi respon melalui percakapan bahasanya yang sendiri.Lagi mencuit hati jika bayi memberi sentuhan riaksi muka yang mencuit hati kan.
Tetapi pernahkah anda terfikir bahawa mengajak bayi bercakap dengan bahasa yang betul adalah cara yang sangat tepat dalam untuk perkembangan pertuturannya.Hal ini telah dibuktikan mengikut satu kajian yang dilakukan oleh professor psikologi dari Stanford University menunjukkan bahawa otak bayi boleh bertindak balas dengan bahasa yang kompleks dengan susunan tatabahasa yang baik.
Bagaimana tatabahasa yang harus dipertuturkan
Contoh tatabahasa yang harus dipertuturkan kepada bayi :-
'“Jom makan epal!”, adalah sebaiknya ibu mengatakan “Ibu potong epal ini untuk makanan selingan kita. Jom makan buah epal ini bersama-sama.”
Hal ini secara realitinya si manja meningkatkan kefahaman serta pembelajaran bahasanya dan meningkatkan kemampuan kognitif kecerdasannya daripada hubungan sesama manusia secara langsung.Untuk memberi kesan serta ingatan yang baik untuk anak,ibu bapa haruslah memberi perhatian dengan menggunakan hubungan mata iaitu memandang kepada si manja ketika berkomunikasi mahupun proses pembelanjaran agar si manja lebih mudah mengingat kata serta sesi pembelanjaran ajar bayi bercakap betul.
Jangan berbual dengan bahasa bayi
Oleh itu, ketika berbual dengan bayi, pastikan anda tidak bercakap bahasa bayi. Bercakaplah dengan jelas kerana bayi sudah belajar berkomunikasi sebaik dia dilahirkan. Bayi belajar mendengar suara daripada orang-orang di sekitarnya dan belajar bahawa suara yang dia dengar itu mempunyai kekuatan untuk memenuhi keperluan mereka dan boleh menarik perhatiannya.
Semakin kerap kita bercakap dengan kosa kata yang jelas dengan bayi, maka semakin kaya kosa kata yang akan dimiliki olehnya nanti. Bila tiba saatnya, anda akan kagum kerana bayi kecil anda boleh bercakap dengan jelas tanpa perlu bercakap pelat.
sumber rujukan serta info: pa&ma
No comments:
Post a Comment