Thursday, 23 October 2014

CARA MUDAH KOPEK KERANG

Cara Mudah Kopek kerang

Siapa disini yang suka makan kerang? makan kerang memang sedapkan lagi-lagi jika kerang itu direbus dan dicicah bersama air asam, perghh!! memang kak kiah suka sangat lah, suka makam tapi tak suka nak kopek  kerang, leceh lah kan nak kopek kerang makan masa pula tu, Terfikir juga kalau nak makan kerang nak beli yang sudah siap dikopek.Nak makan senang tapi nak kopek kerang tu yang lemah gemalai, jika ada cara mudah kopek kerang pasti menjimatkan lagi masa kan.

Pelbagai jenis masakan boleh dimasak dengan menu kerang ini diantaranya, kerang rebus, kerang masak berlada, rendang kerang, kerang masak cili api, kue tiaw kerang, nasi goreng kerang macam-macam lagi la kan, kebiasaan kerang ini menjadi menu pilihan kerang bakar mahupun kerang rebus.Hendak makan yang telah siap dimasak nampak mudah tapi bila kita masak sendiri mau juga bercinta hendak kopek kerang kan?Bagaimana cara mudah kopek kerang ?

PETUA DAPUR

Cara mudah kopek kerang apabila anda merebus kerang, masukkan sedikit minyak masak. Hasilnya nanti kukit kerang mudah dikopek dan anda tidak perlu merebus kerang terlalu lama. Sangat mudah, apabila isi kerang sudah dikopek, isi kerang boleh dibekukan dalam peti sejuk sebelum dimasak. Jimat masa anda di dapur kan :)

SELAMAT MENCUBA!

Pesan kak kiah : momies semua lepas ini boleh la jadi pakar masterchef didapur ^_^ dapatkan lagi Petua dapur bersama kak kiah ye ;) sudah masak kerang jangan lupa bagi kak kiah rasa hehehe

2 comments:

Amalina Ahmad said...

Boleh cuba ni..memang suka sangat kerang,tambah2 kerang rebus cicah air asam..comfirm bertambah nasik :-)

CahayaUmmu Rizqi said...

amalina :

sila cuba, bertambah nasi omega dan lecithin kan ada hehehe http://cahayaummurizqi.blogspot.com/2014/11/promosi-omege-guard-shaklee.html