Wednesday 3 December 2014

Khasiat Buah Tin Buah yang diturunkan dari Syurga


Khasiat Buah Tin Buah yang diturunkan dari Syurga 

 

Buah Tin adalah buah yang diturunkan dari Syurga, siapa pernah makan buah tin? Buah tin adalah buah tidak berbiji dan rasa sangat sedap.

Apa Khasiat Dan Kelebihan Buah Tin? Banyak khasiat dan hikmah makan buah tin  dimana ianya juga sangat bermanfaat kepada umat manusia seperti yang diterangkan dalam surah At-Tin
(Surah ke 95 dalam Al-Quran) dimana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan buah zaitun. Apakah keistimewaan buah tin dan buah zaitun ini sehinggakan Allah bersumpah diatasnya?

Riwayat dari Abu Zar r.a.
 bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin, lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda
“Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”

Kelebihan Buah Tin

KELEBIHANBUAH TIN


  •  Kandungan Kalium, Omega 3 dan Omega 6 pada buah tin membantu untuk menjaga tekanan darah tinggi dan serangan Jantung koroner. 

  •  Buah Tin / Ara kaya serat makanan, yang membuat mereka sangat efektif untuk program penurunan berat badan( Obesiti) .

  • Daun dari tanaman tin memiliki sifat penyembuhan. Rebusan daun pohon tin/ ara dapat membantu pesakit diabetes mengurangi jumlah asupan insulin.
  
  • Makan buah tin/ ara sebagai rutin harian dapat membantu mengurangi risiko kanser payudara.

  •  Kandungan Coumarin pada buah tin , juga dapat mengurangi risiko Kanser Prostate.

  •  Tryptophan, dalam buah tin/ ara, menyenyakkan tidur yang baik dan membantu menyingkirkan gangguan tidur seperti insomnia.

  •  Makan buah tin / ara mengurangkan kelelahan , meningkatkan daya memori otak dan mencegah Anemia.

  •  Serat larut yang terdapat pada buah tin disebut Pektin, dalam buah tin membantu dalam mengurangi kolesterol darah.

  •  Bila diterapkan pada kulit, tin/ ara dipanggang dapat menyembuhkan radang seperti abses dan bisul.

  •  Kandungan kadar air yang tinggi, tumbuk buah tin bertindak sebagai pembersih kulit yang sangat baik dan membantu dalam mencegah dan menyembuhkan jerawat.

  •  Buah tin kaya dengan kalsium dan kalsium alternatif yang sangat baik untuk terapi pengubatan orang-orang yang Alergi terhadap produk susu.

  •  Buah tin kaya dengan Phenol dan Benzaldehid alami sebagai Zat Anti Tumor serta dapat membunuh Micro-organisme Pathogen, Jamur dan Virus dalam tubuh manusia.

Mengidam Makan Buah Tin

mengidam buah tin

 


Pelbagai khasiat serta kebaikan Buah Tin ini dan sangat bagus untuk diamalkan. Kak kiah teringat lagi semasa mengandungkan Muhammad Irfan Rizqi teringin untuk makan buah tin dan mencari-cari dimana lokasi yang menjual buah tin ini. Buah tin dijual di sesetengah pasaraya sahaja dan agak sukar untuk memperolehi dengan segera. Alhamdulillah kak kiah bertemu buah tin di pasaraya Giant jika tidak silap hehehe.. Ibu hamil bagus amalkan buah tin selain dari buah kurma serta kismis :) 

Bagaimana dengan anda? adakah turut sama mengidamkan buah tin seperti kak kiah :) 

14 comments:

Nursimatun said...

Kak tun memang suka makan buah tin ni. sedap sangat rasanya. Lebih2 lagi kalau irg bawa balik dari mekah tu bg kat kita... sedap kan..

Akak Vitamin said...

Paling suka buah tin.. kalau gi kedai arab tu buah tin dicari dahulu. Second baru cari kurma maryami dan zamzam. Hehe :)

leekamalia.blogspot.com said...

Baru sekali je pernah makan buah tin ni. Walaupun sekarang mudah didapati, belum biasa lagi untuk dijadikan habit. Insyaallah skrg mengetahui khasiatnya, bolehlah jadikan buah tin ini kudapan sihat utk.keluarga

Unknown said...

Masa anak2 kecik dulu belnd sekali dalm maknan diaorang..sekrang dah besar memilih lak taknak makan..

Tips Cepat Hamil

Mama Akmal & Ibu Arif said...

Bagusnya buah tin ni kan. Boleh dimakan begitu sahaja atau di blend menjadi jem dengan campuran makanan sunnah lain seperti madu, kismis, air zam zam dan kurma.
Pengedar Shaklee Semenyih 

bysyiraishak said...

Tak pernah makan buah ni..dah nama pun buah yg disebut dalam al Quran,semestinya buah tin sgt bagus tok kesihatan

peminatvitamin said...

elok amalkan memakan buah tin ni...utk kesihatan juga

KUATKAN ANTIBODI SECARA SEMULAJADI

Unknown said...

buah2 syurga...makan sedap, pahala pun dapat bila niat makan makanan sunnah

CARA BERHENTI MEROKOK

Unknown said...

Kami satu famili suka campurkan buah tin, kurma, kismis, madu, aprikot..makan dengan pisang n susu sejuk2..fuhh sedap sangat2!

keciksangat said...

Xprnah mkn buah tin nie... pas nie boleh cari dan cuba...

Unknown said...

Saya mkn buah tin nie sbb bila kita gigit rasa biji2 halusnya.

Unknown said...

Tak pernah pula makan buah tin ni...mesti sedapkan.

promosi gempak akhir tahun bulan disember 2014

Nashgal said...

Suka makan sejak ibu balik umrah awal tahun ni..sedap sangat
Bangkit Berniaga

Aju said...

Buah Tin memang sangt-sangat sedap. Tiada tandingannya. Selalu makan bila ada orang bwk balik dari Mekah. Layari Aju@VitaSyopz di entry Promosi Akhir Tahun Sr Vitamin C dan Vitamin E Plus