Tuesday 2 December 2014

Sajak A.Samad Said – Peludah Bahasa

Sajak A.Samad Said – Peludah Bahasa

 

A.Samad Said merupakan idola penulisan kak kiah, dulu masa sekolah minat terhadap puitis ini hehehe... Apabila mendengar puitis penyampaian A.Samad Said sangat terkesan dihati. 


Beliau merupakan pejuang bahasa yang sangat kak kiah kagumi.Teringin sangat hendak bertemu dengan A.Samad Said pernah satu ketika kak kiah terserempak A.Samad Said di luar kopitiam di kawasan Bangsar, Kak kiah punya teruja siap suruh encik husband patah balik mahu melihat A.Samad Said memandangkan kesesakan lalulintas terpaksa pendamkan sahaja hehehe..

Jom kita hayati sajak PELUDAH BAHASA dari A.Samad Said :)
 
PELUDAH BAHASA

Ketika lahir jeritnya amat mesra-hening suara bayi pertama.
Neneknya pengagum hikayat Tuah membisik iktibar ke telinganya.
Datuknya pencinta Siti Zubaidah bersyair merdu ke qalbunya pula.
Doa dan janji di sanubari inilah cucunya kebanggaan dasa-
insan harapan kerdip pertama yang bakal bersinar sebagai pendakwah.

Ketika bertatih di sisi buaian gelincirnya cepat disantunkan.
Ayah dan ibunya cekal berazam anak termanis di hemah Ramadan.
Diasuh ia menjadi wira dan tidakpun dikira ke bidang mana.
Pada hembusan angin di bukit amat merdu terdengar ia menjerit:
Penyegar budi pilihan pertama, penyemai bakti di qalbu desanya.

Ranum di dalam dan di luar negara menjalar akar benih ilmunya;
pergaulannya alam tak berbatas bertingkat cepat dirinya ke atas.
Pada kempen “bersih-cekap-amanah” terhantar ia ke tampuk kuasa;
masih diingat pesan nenek tentang Tuah; saran datuk tentang Zubaidah.
Sebaik menyingsing SatuMalaysia mula terbelah percik mimpinya.

Tapi, kuasa tersangat nikmatnya-darjat dan harta sebuah buana.
Lalu, dalam lagu gema ternyaring giginya berubah menjadi taring.
Leluhurnya kini damai di kubur, dan sayang, dirinya meruncing takbur.
Terakhir, dengar kisah lupanya – semua dangkal kecuali dirinya.
Terakhir, merebaklah bongkaknya sebagai peludah bahasa Ibunda.

Tak lagi dirinya budayawan desa, pembela bahasa tidak juga.
Kini dia niagawan haloba pemburu kuasa paling selesa.
Memang bukan lagi cucu desawan; segebu dirinya kuasawan.
Dilupa Syair Siti Zubaidah dan tidak dikenal Hikayat Hang Tuah.
Sangatlah selesa dan bangga-dirinya tulen peludah bahasa.
- A.SAMAD SAID

No comments: