Tuesday 16 December 2014

Tip menyelamatkan diri dari jadi mangsa penjenayah bersiri, Kaum hawa wajib baca!! SEBARKAN

Tip menyelamatkan diri dari jadi mangsa penjenayah bersiri, Kaum hawa wajib baca!! SEBARKAN

Tip menyelamatkan diri dari jadi mangsa penjenayah bersiri, Kaum hawa wajib baca!! SEBARKAN

 

Assalammualaikum semua :) sejak kebelakangan ini pelbagai kisah yang berlaku terutama kepada golongan kaum wanita juga kanak-kanak dimana menjadi mangsa penjenayah yang tidak mempunyai nilai moral didalam diri. 

hindari jenayah

 

Kes ragut,rompak,mencuri,merogol,membuli merupakan perkara yang dipandang serius oleh masyarakat dan setiap pesalah pasti akan berhadapan dengan hukuman undang-undang yang ketat. Hal ini sangat membimbangkan dan semakin menjadi-jadi masalah jenayah ini.

Baru-baru ini kakak kak kiah telah disamun oleh penjenayah dengan menggunakan senjata ditempat kerja beliau. Allahuakbar, terkejut kak kiah bukan kepalang, yelah bila perkara yang kita bimbang terjadi kepada keluarga sendiri pasti kita juga merasa bimbang, sedih kan?. Pasti macam-macam terfikir dalam kepala ini.Kalau dapat penjenayah mahu sahaja dilanyak-lanyak, tapi tidak boleh negara kita ada undang-undang serahkan pada pihak berkuasa jangan kita ikutkan kemarahan akhirnya kita pula yang didakwa. Owh, tidak!

Alhamdulillah tiada apa-apa kecederaan yang tidak diingini berlaku, barang-barang seperti wang, telefon bimbit, emas habis lesap la. 


Kakak kak kiah sudah membuat laporan polis dan akhirnya penjenayah tersebut telah ditangkap.

google: haa.. siapa berani cari pasal? bagi siku terus heheh

 'Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua'


 Kak kiah menerima kiriman dari group whatapp mengenai tip yang sangat bermanfaat terutama untuk golongan wanita jika berhadapan dengan satu situasi yang berbahaya apa yang perlu dilakukan? 

Pada yang empunya idea yang menyumbang tip ini kak kiah doakan moga diberi pahala yang berpanjangan :)


Perkara yang boleh dilakukan jika didalam situasi cemas :-

Bila perempuan berhadapan satu situasi iaitu,

SITUASI 1

seorang perempuan nak naik lif ke tingkat 13 waktu lewat malam.
dia seorang diri, tiba-tiba ada sworang lelaki tidak dikenali hendak naik sama. Apa perlu buat?

Jawapan Pakar: Setelah berada dalam lif, katakan anda hendak ke tingkat 13, pastikan anda menekan kesemua butang yang ada daripada tingkat 1 hinggalah ke tingkat destinasi anda. Kerana tiada siapa yang akan berani menyerang anda dalam lif yang berhenti pada setiap tingkat. 

SITUASI 2

ada lelaki berjaya pecah rumah yang kebetulan masa itu ada perempuan  sorang sahaja di rumah. apa nak buat? 

Jawapan Pakar: LARI KE DAPUR! ini kerana hanya anda sahaja yang tahu di mana serbuk cili dan kunyit disimpan, dan kedudukan pinggan dan pisau. Semua ini boleh bertukar menjadi senjata maut untuk perlindungan anda. Mulakan membaling pinggan dan keseluruhan alat dapur yang ada! Biarkan ianya pecah dan rosak demi nyawa anda! Baling dan menjerit! Ingat bahawa BUNYI YANG KUAT DAN BISING adalah musuh terbesar penjenayah! Mereka tidak mahu ditangkap!

SITUASI 3

Tengah sedang jalan-jalan dekat satu laluan tiba-tiba rasa macam ada sorang mamat follow dari belakang. apa hendak buat?

Jawapan Pakar: UBAH HALUAN! ubah haluan jalanan anda secara tiba-tiba, samada menyeberangi jalan, mempercepatkan langkah, atau pergi ke kawasan perniagaan yang berhampiran. Jika anda diekori oleh sebuah kereta, tukar arah perjalanan anda secara bertentangan arus - ia akan memberikan mereka masa yang lama untuk berpatah balik untuk mendapatkan anda, dan memungkinkan mereka untuk berputus asa lalu mencari mangsa lain. Jika anda gagal menjauhkan diri dari mereka, dan mereka terus mengekori anda, pusing dan jerit, "Apa yang kau nak?!" dengan suara yang paling kuat dan garang! Ianya berpotensi untuk memalukan dan menakutkan sebahagian besar penyerang. Jika masih juga tidak berhasil, JERIT! jika ada self alarm bersama anda, gunakannya!


SITUASI 4

Katakanlah kann.. baru sampai dari kuala Lumpur ke johor bharu waktu itu sudah malam. call boyfriend tidak angkat.. famili tiada kereta hendak ambil.. so terpakse lah naik teksi. tengok muka driver teksi tu semacam jek. teksi lain tiada. Apa hendak buat ?
Jawapan Pakar: Sebelum menaiki sebuah teksi pada waktu malam, pastikan anda mencatat butiran nombor pendaftaran teksi tersebut. Pastikan anda duduk pada bahagian belakang. Kemudian hubungi keluarga atau rakan anda dan sampaikan maklumat kepada mereka mengenai nombor pendaftaran teksi tersebut dalam bahasa yang pemandu teksi fahami. Jika tiada siapa menjawab panggilan anda, pura-pura bersembang kononnya anda sedang berada dalam satu perbualan telefon. Hal ini membuatkan pemandu tahu yang ada orang lain sudah mempunyai maklumat kenderaannya, dan jika berlaku apa-apa, dia pasti berada dalam masalah besar! Ini membuatkan pemandu teksi tersebut tekad untuk menghantar anda ke destinasi yang dituju dengan selamat. 


SITUASI 5

Oklah. dah ambil nombor plate teksi, nama pemandu juga sudah dicatat, buat-buat call famili juga sudah tapi dreba teksi tu buat hal juga! dia tukar direction ke arah lain hendak masuk jalan hutan kot! apa hendak buat? ketar lutut sudah ni
Jawapan Pakar : Gunakan tali beg tangan anda untuk menjerut leher pemandu tersebut dari belakang! Dalam masa beberapa saat , dia akan berasa sesak dan tidak berdaya. Sekiranya anda tidak mempunyai beg tangan bertali, hanya tarik kolar baju dia sekuat hati dan hasil yang sama akan berlaku.
sekian


Pesanan untuk wanita 

ingat untuk tangani jenayah

p/s : sebaik-baik perlindungan bagi wanita adalah memakai pakaian yang sopan dan elakkan diri dari berjalan di kawasan sunyi seorang diri. dan paling penting... DOA!

Kak kiah juga muhasabah diri :)

• Sebarkan! Share pada wanita yang anda sayangi dan kepada keluarga juga kenalan anda •

No comments: