Wednesday 10 December 2014

Resipi Kuih Cara Berlauk Paling Sedap bang bang bom












Resipi Kuih Cara Berlauk Paling Sedap bang bang bom

 Assalammualaikum, salam sayang semua.. Ohoii..asyik cerita menu masakan je kak kiah ini, terasa teringin hendak membuat kuih cara berlauk ini korang.Ingat lagi masa di kampung jika bulan puasa sahaja pasti abang kak kiah membeli kuih cara berlauk ini. Memang kegemaran dia makanya jadi kegemaran kak kiah juga yang memang suka kongsi-kongsi makanan ( padahal asal orang beli je suka sahaja hahaha)

Teringat juga riak muka arwah ayah kak kiah bila makan kuih cara berlauk ini, dari rasa tidak mahu makan jadi selera pula hendak mencuba. Alahai indahnya kenangan kan? Al-fatihah untuk ayahanda dan ibunda kak kiah.. Moga bertemu kita dipintu syurga sayang :(

Al-Fatihah..

Ok semua, alang-alang sudah cerita kuih cara ini jom kita lihat tutorial video kakak cantik ini hehehe bagaimana untuk membuat kuih cara berlauk paling sedap bang bang bom . Amboi bab-bab tajuk meletop bagi pada kak kiah ye heheheh..





   


Bahan- bahan untuk membuat kuih cara berlauk

Bahan-bahan untuk Inti Kuih Cara Berlauk

  • 200 gm daging kisar
  • 2 sudu besar rempah kari daging ( bancuh dengan sedikit air)
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulans bawang merah
  • 1 sudu besar udang kering
  • Sedikit daun bawang & daun sup di racik-racik 
  • Lada merah dipotong serong
  • Sedikit garam dan gula ( mengikut sesedap rasa anda)
Bahan- bahan adunan tepung untuk membuat kuih cara berlauk

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 biji telur
  • pewarna kuning
  • sedikit garam

Cara memasak kuih cara berlauk

Cara - cara menyediakan inti kuih cara berlauk

  1. Tumbuh atau blend bawang putih dna bawang merah sehingga lumat dan juga udang kering sekadar hancur sedikit sahaja
  2. Panaskan sedikit minyak didalam kuali dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi kemudian masukkan rempah kari yang di bancuh sengan sedikit air dan tumis sehingga naik minyak ye :)
  3. Masukkan daging kisar. Tambah sedikit air jika perlu jika agak kering dan masak sehingga daging empuk.
  4. Masukkan garam dan sedikit gula
  5. Kacau sehingga sebati dan kering ye
  6. Setelah sudah kering dan siap, angkat dan ketepikan dahulu 
Cara untuk menyediakan adunan tepung kuih cara berlauk

  1. Pukul telur yang ditambahkan sedikit garam dan santan berselang - seli, kacau sehingga rata.  :)
  2. Kalau berketul-ketul, perlu tapiskan dahulu adunan ini
  3. Titikkan sedikit pewarna
**Jika tidak kesempatan pukul blend pun boleh juga :) lagi senang kan heheheh

Cara memasak kuih cara berlauk

  1. Panaskan acuan kuih cara berlauk.
  2. Sapukan sedikit minyak didalam acuan kuih cara berlauk
  3. Tuang adunan 3/4 kedalam acuan
  4. Masukkan satu sudu kecil inti daging dan letakkan sepotong lada 
  5. Kemudian taburkan daun sup dan daun bawang
  6. Tutup gunakan tutup periuk selama 4 minit atau sehingga kuih masak
  7. Keluarkan dari acuan dan boleh dihidangkan
 
Resipi Kuih Cara Berlauk Paling Sedap bang bang bom
gambar dari goole :)
 Taraa! sudah siap kuih anda ye? jangan lupa kirim pada kak kiah untuk sesi memcuba hahhaha...

Pesanan kak kiah: Kak kiah suka jika kuih cara berlauk mengandungi inti daging yang banyak, so ikut citarasa masing-masing ye, jika mahu banyak letak lah banyak sedikit, jika tidak suka memadai sesudu kecil je :) Gud luck :)

1 comment:

Unknown said...

tq... nak buat nant =)