Saturday 13 December 2014

Kenapa Hati Tidak Tenang ?





  
Kenapa Hati Tidak Tenang ?

 Kenapa hati tidak tenang ?

Dalam perjalanan kehidupan ini pelbagai onak dan cabaran silih berganti.Ada ketikanya hati gembira, ada ketikanya hati berduka, ada ketikanya hati terguris tergiris dengan ragam segelintir manusia di muka bumi ini, Ada ketika hati mula hadir pelbagai tekanan mengakibatkan tidak tenang dengan pelbagai dugaan dan rintangan.

Pasti diri berasa sangat lemah ketika dugaan hadir, berdukacita, bermuram duka pasti membuatkan hati tidak tenang kerana sering memikirkan rencah kehidupan yang tidak sudah, Hal duniawi pastinya tidak sudah.


Bagaimana untuk kembalikan ketenangan dalam hati?




  

Ikuti zikir tenang dan penawar hati yang berduka ini. hati-hati yang berduka pasti akan tenang. Ingatlah kamu ada Allah, Allah yang menyembuh segala kedukaan dihati :) berdoa lah..

Cubalah kita selidik siap satu persatu apakah :-

punca-punca hati tidak tenang 



  • Solat 5 waktu kurang
  • Buat tahajud jarang sekali
  • Bila berduka sering mencari manusia dari mencari Allah
  • Bila berduka sering mencari hiburan dari Al-Quran
  • Dibibir pula sering mengumpat, taubat tidak sama sekali
  • Bila diselubungi masalah laman sosial menjadi pilihan 
  • Tikar sejadah jauh sekali untuk memandang
Tidak mustahil hati tidak akan menjadi tenang jika kita sendiri tidak mengigati Allah.
 
Terasa kerdil dirinya, betapa banyak khilaf dalam kehidupan seharian. Sama-sama lah kita perbaiki diri, manusia seringkali tidak terlepas dari kesilapan. Maafkan kami Ya Allah, kami hambamu yang hina.Bimbinglah kami ke jalan yang benar.

Tulang rusuk kiriku, bimbinglah daku menuju ke syurgawi, menjadi pelindung untuk kami.



Muhasabah diri.

Insan kerdil, 

cahayaummurizqi.blogspot.com

2 comments:

Aishah Amin said...

Saya setuju. Kita ni memang manusia yg penuh kelemahan. Allah yg pegang hati dan pengurnia kekuatan..

Jemputlah ke blog saya #projek2ribu

Kamalia Auderina Lee said...

zikir dan ingat mati