Monday 8 December 2014

Resipi Salad Buah-Buahan yang membuatkan anda terus lapar

Resipi Salad Buah-Buahan yang membuatkan anda terus lapar 

Resipi Salad Buah-Buahan yang membuatkan anda terus lapar

gambar ihsan google hehe..

Waktu-waktu begini terasa pula hendak makan salad buah-buahan . Al maklum lah diet kan hehehe.. kesihatan perlu dijaga ye semua jangan main sedap tekak je hendak makan nanti bila sakit baru lah mula mencari-cari makanan yang berkhasiat. Ok semua kak kiah hendak kongsikan Resipi Salad buah-buahan yang membuatkan anda terus lapar. 
Lihat video ini dulu lagilah rasa hendak mencuba dan lapar .Perut kak kiah sudah berkeroncong ini hehehhe.
   


Bahan- bahan membuat Salad Buah-buahan


  • Yoguart
  • Garam
  • Buah-buahan  mengikut citarasa anda (epal hijau,epal merah, tembikau susu, strawberi)
  • Madu

Cara Membuat Salad Buah-buahan

salad buah-buahan

  • Potong buah-buahan yang dibersihkan
  • Potong mengikut saiz yang dikehendaki
  • Buangkan kulit buah-buahan seperti epal hijau,epal merah dan tembikai susu.
  • Campurkan semua buah-buahan tersebut didalam magkuk
  • Masukkan sedikit garam mengikut citarasa masing-masing (jangan lebih nanti memudaratkan kesihatan pula hehehe) 
  • Masukkan sedikit madu lebih kurang 2 sudu besar
  • Masukkan yogurt  dan semua bahan
  • Gaulkan semua bahan-bahan
  • Simpankan didalam peti sejuk lebih kurang setengah jam. Rasa akan lagi fresh ketika sejuk
Siap! sedia untuk dihidang.. yummy..


Selamat mencuba ^_^

Pesanan kak kiah:  kak kiah lebih gemar tambahkan mayonise semasa buah salah buah-buahan dimana rasanya lagi sedap. Tidak percaya? Alahai cuba buat dulu baru tahu. Sedap nanti jangan lupa kirim ke kak kiah ok hehehe