Sunday, 16 November 2014

Resipi Mudah Untuk Si Manja

Resipi Mudah Untuk Si Manja

resipi bubur jagung dan madu

Assalammualaikum, salam sayang semua! hai mama semua! dihujung minggu ini apa aktiviti yang dilakukan bersama si manja. Bagi si manja yang sudah meningkat usia 6 bulan ke atas, mama-mama telah mula memperkenalkan pemakanan serat kepada bayi mereka.Doktar juga menyarankan pada mama semua untuk  mula memperkenalkan makanan serat kepada bayi seperti, puri buah-buahan, sayur-sayuran kepada bayi. Ada dikalangan ibu pastinya mencari-cari pelbagai resipi untuk dihidangkan kepada si manja hati.Bimbang si manja berasa jemu dengan menu harian yang sama. 

Hasil dari blogwalking kak kiah tertarik dengan menu bubur jagung dan madu dari blog PA & MA , sangat menarik! bertambah idea untuk kak kiah bertukar menu makanan baby rizqi ini dimana sudah menunjukkan tanda agak jemu dengan menu sama . Hamboii anak mengada-ngada ye heheheh. 


***Menu ini sesuai untuk bayi 7 bulan ke atas :) 

Resipi Bubur Jagung Dan Madu


Sangat mudah untuk menyediakannya, moga-moga baby rizqi suka nanti hehehe..

Bahan-bahan 

60 gram dada ayam, dimasak, dibuang tulang dan kulit
30 gram jagung manis
125 ml stok ayam
30 ml susu ibu
20 ml madu
10 gram bawang besar dicincang halus

Cara penyediaan bubur jagung dan madu :


  • Rebus bawang besar dengan stok ayam di dalam periuk.
  • Masukkan jagung. Tutup dan renehkan selama 15 minit sehingga jagung menjadi lembut.
  • Masak  selama 2 – 3 minit.
  • Masukkan ayam dan rebus sehingga masak.
  • Kisar campuran bersama madu sehingga halus.
  • Masukkan sedikit susu ibu dan hidang

Pesan Kak kiah: Ibu bapa dinasihatkan memantau anak-anak ketika makan, elakkan kejadian anak tersedak dan tercekik ketika makna. Perhatian anda mampu mengubah segalanya, pesanan khas untuk diri sendiri dan diingatkan juga untuk ibu bapa semua

22 comments:

Nila Anggraini said...

Wah terima kasih sudi kongsi resepi lily....nanti cukup 6 bulan lebih sikit saya nak cuba buat kasih anak. Mudah-mudahan baby suka.
Gagal Bendung gejala Buli Di Kalangan Pelajar Sekolah

Unknown said...

Bagi ibu-ibu yang ada baby tu, nanti bolehlah ambil resepi ni buat untuk baby anda ya...

Unknown said...

Best cuba resepi baru untuk baby..lau depa suka kita lagi seronok dan lagi suka masak macam2..

Belian Secara Online

bysyiraishak said...

Byk resipi makanan utk baby sekarang ni..ibu2 cuma kene pandai adjust je ikot selera anak. Kawan sy bg puri kentang pada anak dia,terus anak dia reject. Mgkin kwne cuba buah buahan dulu kot

RESIPI DORAYAKI KEGEMARAN DORAEMON

Unknown said...

Bagus info ni...bagi ibu2 di luar sna bolehlah buat resepi ni untuk baby anda...

Unknown said...

Menarik je resipi ni..wajib cuba bila syifa 6bulan nti..senang dan sihat.

peminatvitamin said...

Bertambah lagi satu resepi..tq admin

sirap merah untuk kesihatan

mama hantek said...

Byk resepi utk baby skrg. Kena tunggu baby baru, baru dpt try resepi ni insyaallah hehehe

anmashealthcare said...

saya pun rasa macam teringin nak makan :D


:: anmashealthcare.blogspot.com ::

Unknown said...

best resepi ni...mesti anak suka bila sesekali buat kelainan dlm menu mereka..

Menangani Kanak-Kanak Hyperaktif

Unknown said...

Okay boleh cuba buat untuk my future baby..♥♥

JommSihatDanCantik -> PERJALANAN PENUAAN KULIT

Nursimatun said...

Bubur memang menjadi menu kegemaran anak2 kak tun... tambahan pula kalau ada jagung... mesti best kan....

Resepi Kerabu Kacang Botol Bersama Isi Ayam

Unknown said...

JANGAN SESEKALI MENGGONCANG BAYI ANDA!!

Unknown said...

Sy Suka Sgt dgn mkann baby.. Dulu mkann adik, Sy yg makan.. Haha.. Tmbah2 nestum.. Haaha

Mama Akmal & Ibu Arif said...

Menarik resepi ni. Bolehlah cuba nanti untuk baby yang akan datang :-)
Dapatkan Set Berpantang Terbaik di Pasaran

Unknown said...

Tq share resipi ni.. Boleh bg kat anak buah nt :-D

Unknown said...

Campur dengan susu ibu..?? sesuatu yang baru ni..

Unknown said...

menarik resepi nie, boleh cuba nie bagi kata anak nati.

keciksangat said...

Resipi terbaik dan berkhasiat untuk bayi anda... cuba jgn x cuba

Nashgal said...

Suka bubur jagung..kalau untuk mak baby tak payah la ye letak susu tu..kembang lak tekak

Guna penggendong lebih mudah dan selamat

Akak Vitamin said...

Sedapnya bubur jagung.. bukan anak je suka, mak ayah pun terliur sama! Hehe

Unknown said...

yang mana ibu-ibu diluar sana terfikir-fikir apa makanan yang sesuai untuk bayi 6 bulan ke atas,inilah salah satunya...tq kongsi resepi boleh saya buat untuk anak saya nanti