Sunday 2 November 2014

Pahang muncul juara Piala Malaysia 2014

Pahang muncul juara Piala Malaysia 20142

keputusan piala malaysia 2014
Go Ale ale tok gajahku! hogoh Pahang hogoh! sorakan semangat dari Pasukan Pahang, TAHNIAH! Pahang muncul juara Piala Malaysia 2014 . Kak kiah tumpang gembira negeri Pahang muncul juara Piala Malaysia 2 tahun berturut-turut . Nasib la kak kiah tiada secara langsung disana jika tak kak kiah lupa diri agaknya bila semua bersorak satu stadium atas kemenangan pasukan  bola sepak Negeri Pahang yang dinobatkan sebagai Juara Piala Malaysia 2014. Perasaan kak kiah kuat menyatakan Pahang akan juara menjadi kenyataan , mana tidak bangga kak kiah anak jati Pahang tau cewah.. tumpang glamour juga walaupun mengikuti siaran langsung hanya di kaca tv sahaja.

Keputusan Final Piala Malaysia 2014 

Kemenangan berpihak kepada pasukan Tok Gajah dengan keputusan final piala Malaysia 2014 pada penentuan sepakan penalti 5-3 pada saat akhir yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil.Walaupun skuad pimpinan Zainal Abidin beraksi 10 pemain sahaja apabila seorang pemain, Saiful Nizam Miswan dilayangkan kad merah pada minit ke 66.Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa tahu kan? ternyata rezeki kemenangan itu berpihak juga pada pasukan tok gajah u oll :) , Benarkan janji Allah itu pasti, jika rezeki itu milik kita pasti tiada tangan yang mampu mengambilnya, Tahniah kak kiah ucapkan kepada pasukan bolasepak Negeri Pahang! Koi anak Pahang wey!! hehehe.. pada pasukan JDT jangan putus asa, korang juga terbaik dari kak kiah ye :)

Cuti Peristiwa

Pahang muncul juara Piala Malaysia 2014 , dari kemenangan yang diperolehi Kerajaan Negeri Pahang telah mengumumkan Cuti Peristiwa sehari iaitu pada hari Isnin, 3 November 2014 sebagai penghargaan kemenangan Pasukan Pahang dalam Pertandingan Akhir Piala Malaysia 2014. Sedih rasa bila kak kiah dapat berita Negeri Pahang dapat cuti umum , kak kiah tidak dapat sebab bukan berkerja di Negeri Pahang uwaaaaa.. Seronok la adik beradik kak kiah di Pahang cuti sakan la mereka semua huk3..

No comments: