Resipi Dadih Mangga
Mengidam kak kiah dengan dadih ini, al maklum la memang kegemaran kak kiah dadih ini. Malam-malam ini rasa nak je makan dadih, fuhh kena buat dadih ini buat stok dalam peti ais heheh, so kak kiah hendak la kongsikan resipi dadih mangga anda semua :)
Bahan-bahan
5 gram serbuk agar-agar
2 liter air
200 gram gula
3 biji buah mangga yang telah masak (dikupas dan diblender)
1 bekas kecil yogurt (diblender)
½ cawan susu pekat manis
Cara Membuatnya
1. Hiris dan kisar buah mangga bersama yogurt sehingga hancur.
2. Masak agar-agar dan air sehingga mendidih.
3. Masukkan gula dan masak sehingga gula hancur.
4. Masukkan kesemua bahan-bahan yang lain dan masak sehingga sebati.
5. Tuangkan ke dalam bekas-bekas kecil bertutup.
6. Sejukkan di suhu bilik dan kemudian dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.
gambar: google :)
Taraaa..! sudah siap kan dadih mangga:) selamat mencuba :) kak kiah pun hendak buat ini jom!
No comments:
Post a Comment