Baby Walker, Adakah membantu anak cepat berjalan ?
Assalammualaikum semua :) salam sejahtera dari kak kiah in the house hehe.. ibu semua bilakah usia bayi anda mula berjalan? Ada yang menyatakan bahawa baby walker membantu untuk anak cepat berjalan? Kak kiah tertarik atas persoalan tersebut ye la kak kiah juga mempunyai bayi dalam proses untuk berjalan.Selalu juga letak anak di dalam baby walker untuk melatih anak agar cepat berjalan. Benar kah begitu? Hasil carian serta blogwalking kak kiah menemui jawapannya.
Anak lambat berjalan
Ada dikalangan ibu bapa risau mengapa anak saya lambat jalan? Saya mempunyai seorang anak lelaki yang berusia satu tahun enam bulan.Perkara yang membimbangkan saya sehingga kini anak saya masih belum mampu berjalan sedangkan rakan sebayanya sudah pun berlari. Perlukan untuk saya membawa anak saya berjumpa doktor untuk dirujuk ke bahagian fisioterapi?Hal ini pasti akan membuatkan ibu bapa memikirkan jawapan atas persoalan tersebut.
Perkembangan normal kanak-kanak
Perkembangan normal kanak-kanak untuk mula berjalan bermula daripada usia diantara 10 bulan dan setahun. Namun begitu jika anak lambat berjalan, pada usia 18 bulan seharusnya mereka sudah boleh berjalan.Bagi permasalah tersebut,sememangnya perkembangannya lambat sedikit kerana masih belum berjalan pada usia tersebut.
Bagaimana pula jika meletakkan anak didalam baby walker?
Meletakkan anak didalam baby walker
Jika anda meletakkan anak didalam ''walker'', perkembangan motor anak-anak mungkin akan lambat sedikit.Namun begitu anda haruslah membawa anak untuk berjumpa denga doktor bagi memastikan maslaah lain dimana yang menyebabkan perkembangan anak untuk berjalan agar lambat mendapat rawatan selanjutnya contoh seperti Rawatan fisioterapi
INFO PENTING!!
Menurut Dr Brenda J Shield, Baby Walker sebenarnya tidak membantu kanak-kanak untuk berjalan, malah melambatkan kanak-kanak itu belajar berjalan kerana akan mengakibatkan perkembangan otot dan mental yang tidak dirangsang.
Asas untuk berjalan bagi kanak-kanak adalah dengan berguling,duduk,merangkak dan bermain di lantai.
(Kajian : Petridou, E. et al (1996) Hazards of baby walkers in a European context. Injury Prevention, 2(2), 118-120 )
No comments:
Post a Comment