Resipi Salad Buah-Buahan yang membuatkan anda terus lapar
gambar ihsan google hehe..
Waktu-waktu begini terasa pula hendak makan salad buah-buahan . Al maklum lah diet kan hehehe.. kesihatan perlu dijaga ye semua jangan main sedap tekak je hendak makan nanti bila sakit baru lah mula mencari-cari makanan yang berkhasiat. Ok semua kak kiah hendak kongsikan Resipi Salad buah-buahan yang membuatkan anda terus lapar.
Lihat video ini dulu lagilah rasa hendak mencuba dan lapar .Perut kak kiah sudah berkeroncong ini hehehhe.
Bahan- bahan membuat Salad Buah-buahan
- Yoguart
- Garam
- Buah-buahan mengikut citarasa anda (epal hijau,epal merah, tembikau susu, strawberi)
- Madu
Cara Membuat Salad Buah-buahan
- Potong buah-buahan yang dibersihkan
- Potong mengikut saiz yang dikehendaki
- Buangkan kulit buah-buahan seperti epal hijau,epal merah dan tembikai susu.
- Campurkan semua buah-buahan tersebut didalam magkuk
- Masukkan sedikit garam mengikut citarasa masing-masing (jangan lebih nanti memudaratkan kesihatan pula hehehe)
- Masukkan sedikit madu lebih kurang 2 sudu besar
- Masukkan yogurt dan semua bahan
- Gaulkan semua bahan-bahan
- Simpankan didalam peti sejuk lebih kurang setengah jam. Rasa akan lagi fresh ketika sejuk
Siap! sedia untuk dihidang.. yummy..
Selamat mencuba ^_^
Pesanan kak kiah: kak kiah lebih gemar tambahkan mayonise semasa buah salah buah-buahan dimana rasanya lagi sedap. Tidak percaya? Alahai cuba buat dulu baru tahu. Sedap nanti jangan lupa kirim ke kak kiah ok hehehe
1 comment:
thanks sharing. nak try buat lah :)
Khasiat Teh Jasmin Dalam Teh Hijau
Post a Comment