Saturday, 20 December 2014

Adakah selsema penyebab kesihatan kronik hingga boleh pengsan mendengarnya

Adakah selsema penyebab kesihatan kronik hingga boleh pengsan mendengarnya


Adakah selsema penyebab kesihatan kronik hingga boleh pengsan mendengarnya


Auchomm!
Assalammualaikum semua, sihat? Selsema? Patut lah auchomm tadi hehehh.. selsema bila hadir bertandang pasti sangat merimaskan dan keadaan tidak selesa betul tak? Ada ke anda merasa selesa bila selsema

Pastunya tidak lebih-lebih lagi merasa cairan di hidung ini seperti meleleh, uikssss.. rimasnya.. kak kiah sendiri bila selsema hadir hendak lakukan apa-apa tugasan tidak selesa lebih-lebih lagi jika kita ini berhadapan dengan orang awam.

selsema demam

Selsema membuatkan diriku terbatas melakukan pelbagai aktiviti, Alhamdulillah kak kiah jarang kena selsema tapi sekali kena mahu menitis nitis air mata dek penangan selsema ini.

Teringat lagi tahun lepas kak kiah kena selsema hinggakan suara ini ala-ala suara ella ratu rock tau hahaha...
Sudah lah selsema, suara pun suara rock ekstra pula demam, haishh,,hebat dugaan kak kiah ini, saat itu Allah sahaja yang tahu betapa tidak selesa mula la kak kiah ini jadi ratu airmata meleleh juga la hahaha..

Dalam seminggu keadaan begitu, kak kiah mula mencari petua tradional untuk merawat selsema antaranya dengan pengambilan vitamin c

Kak kiah ini kalau bab ubat ubatan memang rasa jauh berbatu-batu hendak telan (tidak gemar makan ubat hehhee) waktu itu memang berat hati je hendak makan ubat, kebiasaan bila dalam keadaan kritikal begitu baru lah kak kiah mula hendak telan ubat tapi waktu itu rasa memang tidak mahi ambil ubat ,kak kiah oii..


so kak kiah cepat-cepat lah beli buah oren, bab buah-buahan kak kiah gemar la, kenapa oren dengan selsema?
Buah oren sememangnya diperkaya dengan vitamin c , so merawat selsema memang pilihan buah oren yang diperkaya vitamin c adalah tepat kan. Alhamdulillah lega sedikit selsema dan kak kiah mengambil alternatif lain dengan berjumpa doktar, hairan juga agak lama selsema kak kiah ini

Selsema membuatkan hati berdebar-debar ?

Keputusan yang mendebarkan hingga menitis airmata
Mama semua agak-agak apa lah yang mendebarkan hingga menitis airmata ini?

Adakah kerana selsema sakit yang lain hadir? Sedih? Mendebarkan? Tertawa? Pengsan? Adakah tanda sakit kronik?teruk ke keadaan kak kiah ini?Pelbagai emosi hadir saat itu.

Doktar mengesahkan yang kak kiah,,,.

Alhamdulillah, tahniah..you prengnant ! ^_^
Alhamdulillah,Patut lah lain macam selsema tidak kebah-kebah ini, badan pun rasa lain macam sahaja.Rupanya Allah kurniakan nikmat dan anugerah yang tidak terhingga dari kesakitan yang sedikit diuji ini,, Alhamdulillah

Tentang Vitamin C Shaklee

 
Kadang-kadang bila tengah hamil ini pelbagai emosi mula berubah ada rasa hendak makan itu lah ini lah ada sahaja kan?agak-agak hendak mudah tidak mahu makan oren 2 3 biji sehari ambil sahaja vitamin c shaklee dimana setiap tablet mengandungi 7 biji buah oren tau!

Wah.. 7 biji buah oren, 1 biji pun kadang-kadang susah hendak tphabiskan ini kan pula 7 biji?  nasib ada vitamin c shaklee sangat mudah Kalau mama semasa hamil selera makan tiada lihat buah oren pun tidak selera jangan bimbang vitamin c shaklee membantu untuk tingkatkan antibodi dalam mencegah dari selsema berpanjangan


Belum cuba belum tahu sudah cuba vitamin c membantu mwngjindar selsema anda dari berpanjangan malahan bukan sahaja untuk selsema ianya mempunyai pelbagai kebaikan lagi iaitu
  • Kecantikan
    Ibu menyusu
  • peroko tegar
  • ibu hamil
  • ibu berpantang
dan pelbagai lagi kebaikan vitamin c hshaklee ini :) Harga vitamin c shaklee RM 92.50 Mengandungi 120 biji tablet kegunaan hingga 6 bulan boleh sahaja pm kak kiah untuk maklumat lebih lanjut. Sementara promosi vitamin c shaklee ini sangat elok lah dapatkan dengan promosi dimana khas untuk ahli shaklee tau.So untunglah jadi ahli shaklee :)

Jika anda semua mahu menyertai keluarga Shaklee kak kiah boleh hubungi kak kiah bila-bila masa sahaja, jangan malu bertanya, jika malu bertanya sesat jalan heheheh..

Ingin dapatkan produk Shaklee ?


Anda boleh hubungi kak kiah segera untuk membuat 
tempahan dan pesanan produk shaklee diatas, 
sebarang pertanyaan serta cadangan boleh hubungi di 
talian :-
 Berminat untuk jadi ahli Shaklee ? Ingin mendapatkan 
harga lebih jimat dengan ahli shaklee?Mahu mulakan 
bisnes tanpa modal yang memeningkan? hubungi,

 



 0176784153 whatapp/call/sms/telegram ( Pn.Lily)

email: nlabdullah8909@gmail.com

fb: Norlaili abdullah

instagram: norlailiabdullah

fb pages: cahayaummurizqi.blogspot.com  (like

untuk info lebih menarik

PENGEDAR SHAKLEE KAWASAN PETALING JAYA 
( COD : TAMAN DATO HARUN , TAMAN MEDAN , DESA MENTARI , PJ STATE , SG WAY)

Friday, 19 December 2014

4 AMALAN SUNNAH SEBELUM TIDUR WALAU SESIBUK MANAPUN DENGAN TUGAS HARIAN

4 AMALAN SUNNAH SEBELUM TIDUR WALAU SESIBUK MANAPUN DENGAN TUGAS HARIAN

Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.

“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :

1. Sebelum khatam al-Quran.

2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.

3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.

4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".

Bertanya Siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “

Rasulullah tersenyum dan bersabda :

1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran

” Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “

2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau

“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah

“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar "
( 3x )

Sampaikanlah kepada orang lain,
maka ini akan menjadi sedaqah jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat.... آمِيّنْ..

Thursday, 18 December 2014

4 tip bagi yang tidak tahu lokasi agar tidak Stress - Klinik Pergigian PPUM -

4 tip bagi yang tidak tahu lokasi agar tidak Stress - Klinik Pergigian PPUM -

klinik pergigian ppum


Assalammualaikum,
Aoa khabar semua? Kak kiah masih dibelenggu dengan kesakitan gigi lagi ini, so hari ini kak kiah dengan penuh kekuatan dan ketabahan gagahkan diri mendapatkan rawatan pergigian di pusat perubatan universiti malaya di bahagian pergigian yang lebih dikenali klinik pergigian mahasiswa betul ke? Itu apa yang kak kiah google la tadi untuk mendapatkan info mengenai jadual klinik pergigian PPUM bimbang kak kiah hadir tidak tepat waktu operasi klinik pergigian PPUM akhirnya menahan sakit gigi lagi pula kan hehehe

Kenapa kak kiah ini berani betul hendak ke hospital terus? Bukan ke akan lambat yelah namanya hospital pasti ramai pesakit? 

Haa.. bab ramai pesakit memang tidak dapat dinafikan lagi, bagi kak kiah PPUM iaitu hospital besar semestinya mempunyai ramai pakar-pakar dalam setiap skop yang kita kehendaki disamping itu terdapat juga tenaga pelajar dalam bidang profesional ini yang majoriti akan buat latihan amali di hospital. 
klinik pergigian ppum

Kak kiah ini memang boleh dikatakan sudah sangat bertanyakan sesuatu yang kak kiah tidak tahu, kenapa? Mengapa? Sebab apa? Kebiasaannya para bakal-bakal doktar ini yang masih fresh akan lebih bersemagat lagi dalam permulaan kerjaya dan mereka memang akan sentiasa bertanyakan apa jua permasalah kepada pesakit yang datang.

Mana boleh buat sombong mau kena marah dengan doktar pakar ataupun doktar yang senior bila disoal mengenai detail patient, jika tidak dapat jawab habis lah hehhe. Itu apa yang kak kiah buat kajian la sebab pernah juga temuramah doktar praktikal ini,, mak kau temuramah ye kak kiah mengalahkan kiah propa wey!

klinik gigi ppum
Doktar, ( studend practical) kenapa ye kena tanya detail semua ini?

Mesti kena tanya dik, nanti doktar pakar yang incas dik ini akan soal saya nanti kalau tidak dapat jawab habis saya kena marah, sebagai seorang doktar memang ini tangjawab kami untuk tanyakan tentang detail patiend, bagaimana keadaan dia semua, nanti senang saya hendak terangkan pada doktar pakar yang datang cek adik nanti,.

Bukan main panjang kebar intro kak kiah ini hahahaha,,kan kak kiah sudah cakap memang kak kiah ini kalau sudah dapat mengupas cerita memang berbunga menjeler pula hahahaha

sumber google 

Ok, tadi kak kiah sampai juga ke klinik pergigian PPUM, bab parking ini memang masalah sedikit sedih betul hati, kak kiah parking kereta di bangunan bersalin yang bersebelahan dengam bangunan pergigian sahaja. Walaupun sebelah peluh juga ketiak hendak berjalan nanti hehe.

Sudah lah pertama kali hendaknke klinik pergigian PPUM pergi pula seorang diri sahaja ini. Kak kiah hendak kongsikan tip jika pertama kali sampai di satu destinasi yang tidak pernah hadir sebelum ini contohnya macam kak kiah ini lah hendak pergi klinik pergigian PPUM

Klinik pergigian PPUM


1. Dapatkan maklumat destinasi

Tanya pada kawan-kawan yang pernah pergi ke lokasi yang anda hendak tuju
Google lokasi, waktu operasi tempat yang hendak dituju bagi mengelakkan anda membuang masa yang diperuntukkan

2. Ringankan mulut
Bila sudah sampai dikawasan yang hendak dituju tetapi belum lahi tuba ke destinasi, ringankan mulut untuk bertanya pada orang disekeliling anda

3. Berterima kasih
Pastikan anda mengucapkan terima kasih pada individu yang membantu anda, ini salah satu penghargaan untuk mereka yang membantu anda

4. Senyumlah
Jika anda sudah sampai ke destinasi, letih sudah semestinya, pastikan senyjman sentiasa lekang dibibir anda ianya adalah penghargaan pada diri anda atas usaha yang anda lakukan dan juga mengelakkan anda dari stress ;)

Tip ini kak kiah amalkan tadi walaupun seorang pastinya kita akan rasa mudah sahaja dan yang penting berdoa pada Allah untuk perlindungan dari segala-galanya.

sumber google

Alhamdulillah ada seorang nurse siap offer pada kak kiah untuk hantar ke lokasi klinik pergigian PPUM, padahal boleh je kak kiah jalan kaki lepas parking kereta tadi, tapi itu lah rajin bertanya tidak sesat jalan heheh,,syukur Allah. Sempat berkenalan dengan kakak nurse ini, ok nurse jangan lupa calling kak kiah jika hendak oder SHAKLEE  or jadi ahli shaklee ye:) heheheh.. sempat lagi kak kiah ..

Kisah perubatan pergigian PPUM

Kak kiah selesai tampal gigi tadi, 2 kali kena injured untuk kebahkan gusi tadi. Alahai kak kiah belum sempat mind set minda ini kena injured akhirnya sentap sekejap hati kak kiah , terkejut korang tiba-tiba je doktar keluarkan gedabak jarum injured terus gusi dalam sambil-sambil borak dengan kak kiah ini, owh my doktar ! :)

Lepas ini kak kiah tunggu call untuk temujanji seterusnya

Doc: first step i tampal gigi u ye, next apointment i call u back for next stage.

Haa? Next Apointment? Gulp! Adakah next stage ini kena injured lagi? Jeng jeng jeng..
Ok doktar, i waiting for you calling ^_^ 

doc: Nope me, my student can call you ok hehhe

Note doctar :) tq so much doctar, i really appriciate

cek gigi di ppum

Kak kiah pulang dengan senyuman tampalan gigi baru hahah..Maklumat lanjut mengenai Klinik pergigian PPUM boleh klik dibawah ye  >>



 

Tuesday, 16 December 2014

Tip menyelamatkan diri dari jadi mangsa penjenayah bersiri, Kaum hawa wajib baca!! SEBARKAN

Tip menyelamatkan diri dari jadi mangsa penjenayah bersiri, Kaum hawa wajib baca!! SEBARKAN

Tip menyelamatkan diri dari jadi mangsa penjenayah bersiri, Kaum hawa wajib baca!! SEBARKAN

 

Assalammualaikum semua :) sejak kebelakangan ini pelbagai kisah yang berlaku terutama kepada golongan kaum wanita juga kanak-kanak dimana menjadi mangsa penjenayah yang tidak mempunyai nilai moral didalam diri. 

hindari jenayah

 

Kes ragut,rompak,mencuri,merogol,membuli merupakan perkara yang dipandang serius oleh masyarakat dan setiap pesalah pasti akan berhadapan dengan hukuman undang-undang yang ketat. Hal ini sangat membimbangkan dan semakin menjadi-jadi masalah jenayah ini.

Baru-baru ini kakak kak kiah telah disamun oleh penjenayah dengan menggunakan senjata ditempat kerja beliau. Allahuakbar, terkejut kak kiah bukan kepalang, yelah bila perkara yang kita bimbang terjadi kepada keluarga sendiri pasti kita juga merasa bimbang, sedih kan?. Pasti macam-macam terfikir dalam kepala ini.Kalau dapat penjenayah mahu sahaja dilanyak-lanyak, tapi tidak boleh negara kita ada undang-undang serahkan pada pihak berkuasa jangan kita ikutkan kemarahan akhirnya kita pula yang didakwa. Owh, tidak!

Alhamdulillah tiada apa-apa kecederaan yang tidak diingini berlaku, barang-barang seperti wang, telefon bimbit, emas habis lesap la. 


Kakak kak kiah sudah membuat laporan polis dan akhirnya penjenayah tersebut telah ditangkap.

google: haa.. siapa berani cari pasal? bagi siku terus heheh

 'Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua'


 Kak kiah menerima kiriman dari group whatapp mengenai tip yang sangat bermanfaat terutama untuk golongan wanita jika berhadapan dengan satu situasi yang berbahaya apa yang perlu dilakukan? 

Pada yang empunya idea yang menyumbang tip ini kak kiah doakan moga diberi pahala yang berpanjangan :)


Perkara yang boleh dilakukan jika didalam situasi cemas :-

Bila perempuan berhadapan satu situasi iaitu,

SITUASI 1

seorang perempuan nak naik lif ke tingkat 13 waktu lewat malam.
dia seorang diri, tiba-tiba ada sworang lelaki tidak dikenali hendak naik sama. Apa perlu buat?

Jawapan Pakar: Setelah berada dalam lif, katakan anda hendak ke tingkat 13, pastikan anda menekan kesemua butang yang ada daripada tingkat 1 hinggalah ke tingkat destinasi anda. Kerana tiada siapa yang akan berani menyerang anda dalam lif yang berhenti pada setiap tingkat. 

SITUASI 2

ada lelaki berjaya pecah rumah yang kebetulan masa itu ada perempuan  sorang sahaja di rumah. apa nak buat? 

Jawapan Pakar: LARI KE DAPUR! ini kerana hanya anda sahaja yang tahu di mana serbuk cili dan kunyit disimpan, dan kedudukan pinggan dan pisau. Semua ini boleh bertukar menjadi senjata maut untuk perlindungan anda. Mulakan membaling pinggan dan keseluruhan alat dapur yang ada! Biarkan ianya pecah dan rosak demi nyawa anda! Baling dan menjerit! Ingat bahawa BUNYI YANG KUAT DAN BISING adalah musuh terbesar penjenayah! Mereka tidak mahu ditangkap!

SITUASI 3

Tengah sedang jalan-jalan dekat satu laluan tiba-tiba rasa macam ada sorang mamat follow dari belakang. apa hendak buat?

Jawapan Pakar: UBAH HALUAN! ubah haluan jalanan anda secara tiba-tiba, samada menyeberangi jalan, mempercepatkan langkah, atau pergi ke kawasan perniagaan yang berhampiran. Jika anda diekori oleh sebuah kereta, tukar arah perjalanan anda secara bertentangan arus - ia akan memberikan mereka masa yang lama untuk berpatah balik untuk mendapatkan anda, dan memungkinkan mereka untuk berputus asa lalu mencari mangsa lain. Jika anda gagal menjauhkan diri dari mereka, dan mereka terus mengekori anda, pusing dan jerit, "Apa yang kau nak?!" dengan suara yang paling kuat dan garang! Ianya berpotensi untuk memalukan dan menakutkan sebahagian besar penyerang. Jika masih juga tidak berhasil, JERIT! jika ada self alarm bersama anda, gunakannya!


SITUASI 4

Katakanlah kann.. baru sampai dari kuala Lumpur ke johor bharu waktu itu sudah malam. call boyfriend tidak angkat.. famili tiada kereta hendak ambil.. so terpakse lah naik teksi. tengok muka driver teksi tu semacam jek. teksi lain tiada. Apa hendak buat ?
Jawapan Pakar: Sebelum menaiki sebuah teksi pada waktu malam, pastikan anda mencatat butiran nombor pendaftaran teksi tersebut. Pastikan anda duduk pada bahagian belakang. Kemudian hubungi keluarga atau rakan anda dan sampaikan maklumat kepada mereka mengenai nombor pendaftaran teksi tersebut dalam bahasa yang pemandu teksi fahami. Jika tiada siapa menjawab panggilan anda, pura-pura bersembang kononnya anda sedang berada dalam satu perbualan telefon. Hal ini membuatkan pemandu tahu yang ada orang lain sudah mempunyai maklumat kenderaannya, dan jika berlaku apa-apa, dia pasti berada dalam masalah besar! Ini membuatkan pemandu teksi tersebut tekad untuk menghantar anda ke destinasi yang dituju dengan selamat. 


SITUASI 5

Oklah. dah ambil nombor plate teksi, nama pemandu juga sudah dicatat, buat-buat call famili juga sudah tapi dreba teksi tu buat hal juga! dia tukar direction ke arah lain hendak masuk jalan hutan kot! apa hendak buat? ketar lutut sudah ni
Jawapan Pakar : Gunakan tali beg tangan anda untuk menjerut leher pemandu tersebut dari belakang! Dalam masa beberapa saat , dia akan berasa sesak dan tidak berdaya. Sekiranya anda tidak mempunyai beg tangan bertali, hanya tarik kolar baju dia sekuat hati dan hasil yang sama akan berlaku.
sekian


Pesanan untuk wanita 

ingat untuk tangani jenayah

p/s : sebaik-baik perlindungan bagi wanita adalah memakai pakaian yang sopan dan elakkan diri dari berjalan di kawasan sunyi seorang diri. dan paling penting... DOA!

Kak kiah juga muhasabah diri :)

• Sebarkan! Share pada wanita yang anda sayangi dan kepada keluarga juga kenalan anda •

Monday, 15 December 2014

Kenapa susu badan tidak banyak? Kenali puncanya adakah sebab keturunan?

 Kenapa susu badan tidak banyak? Kenali puncanya adakah sebab keturunan?


Kenapa susu badan tidak banyak? Kenali puncanya adakah sebab keturunan?

Menyentuh perihal,susu badan semakin merudum, susu badan semakin sedikit, susu badan tidak banyak pastinya berkaitan dengan golongan hawa iaitu kaum ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu ibu. PASTI lah berkaitan dengai ibu tidak sama sekali pula dengan kaum adam pula kan hehehe

 

Faktor keturunan ?

Susu badan semakin berkurang mahupun ada sesetengah berpendapay bahawa susu badan tiada adakah dari faktor keturunan. BAGAIMANAKAH itu?

'Dulu emak saya menyusu saya 6 bulan sahaja sebab susu badan tiada'

'Kakak saya pula menyusu anak anak sulung beliau dengan susu badan  hanya tempoh dalam pantang sahaja'

'Sebab itu saya juga merasakan susu badan berkurang adalah dari faktor keturunan kot. Benar ke?'


FAKTOR KETURUNAN SUSU BADAN TIADA MAHUPUN SUSU BADAN SIKIT ADALAH TIDAK BENAR SAMA SEKALI.


Bukan kerana keturunan susu badan sedikit ye, jom ikuti sedikit perkongsian cerita dari kak kiah ye,,

Ada diantara kawan kak kiah semasa bersalinkan anak yang sulung menyusu bayinya hanya didalam tempoh berpantang, ianya merasakan susu badan semakin berkurang dimana pada saat kelahiran pertama ianya mengakui tiada langsung ilmu asas penyusuan bagi menjayakan penyusuan bayi mereka. TEKNIK-TEKNIK penyusuan tidak pernah beliau ketahui. Al maklum lah kelahiran bayi pertama ianya kurang mencari ilmu pengetahuan mengenai penyusuan bayi serta teknik-teknik penyusuan bagi menggalakkan penghasilan susu badan


Seterusnya semasa beliau hamilkan anak kedua beliau bernekad untuk menjayakan penyusuan badan kepada bayinya dan bermula sedikit demi sedikit kawan kak kiah terokai ilmu-ilmu penyusuan dari segi asas penyusuan, teknik penyusuan serta kongsep penyusuan yang harus diketahui oleh seluruh ibu sebelum melahirkan bayi. ILMU sangat penting dqn hasilnya beliau berjaya menyusu bayinya dengan susu ibu sepenuhnya hingga menjangkau usia 2 tahun.

 

Kesimpulannya, adakah anda merasakan sebab keturunan menyebabkan susu badan tiada? Susu badan sikit! Susu badan berkurang? Jawapannya tidak sama sekali, Ilmu serta kefahaman dalam penyusuan adalah paling utama betul tak? Jika ada ilmu dan tahu bagaimana kongsep penyusuan iaitu demand & supply makanya ibu pasti dapat menjayakan penyusuan dengan meningkatkan kuantiti susu badan agar lebih banyak ^_^

Pengambilan pemakanan yang berkhasiat  


makanan seimbang tambah susu badan

Selain itu pengambilan makanan yang berkhasiat serta membantu menambahkan susu badan sangat ditekankan didalam entry kak kiah sebelum ini banyak kak kiah nyatakan. Cek list pemakanan yang mama ambil seharian? 

"Kak kiah tiap-tiap hari saya ambil nasi secukupnya, lauk secukupnya tapi rasa macam tidak meningkat susu badan.
Lauk seperti apa awak ambil?

Saya ambik lauk goreng-goreng berlado, berlemak, berkari camtu lah..Ala sayang, yang banyak ambiĺ itu makanan yang berlomak bertingkek-tingkek, ambil la makanan seperti telur, ayam bakar ke, sayuran , buah-buahan itu baru la seimbang, ambil berlomak sayur tiada camno nak dapat nutrisi yang secukupnya dalam susu badan.

Saya suka makan jajan, coklat juga kak kiah?

Dari makan jajan yang memang tidak mendatangkan khasiat untuk badan baik makan kurma, kekacang,kismis, halba lagi bagus disamping membantu meningkatkan kuantiti susu badan ye.
Haa.. satu lagi kalau sudah makan berlomak-lomak minum pulamair gas, air kafein lagi la tidak bagus, susu badan camno nak banyak, 

Wajib banyakkan minum air masak sekurang-kurang 3 liter sayang baru susu badan banyak hasil. Kak kiah pernah cuba kurang minum air masak hasilnya hendak dapat 2 oz pun payah sayang oi, kak kiah buat kajian pada diri kak kiah,.

 Kalau anda tidak percaya tanya la pakar-pakar laktasi kepentingan air masak ini. 

So, dimanakah puncanya? Makan kena jaga ye baru dapat meningkatkan kuantiti susu badan.

Selain itu, semua yang kak kiah nasihatkan diatas sudah dibaiki, boleh lah mencuba set milk booster pula, kalau makan set milk booster tapi tidak patuhi panduan diatas pun tidak bererti ye sayang semua, jangan nanti salahkan set milk booster pula disebabkan tindakan anda yang tidak tepat sebenarnya ^_^

SET MILK BOOSTER SHAKLEE


Melengkapi keperluan nutrisi yang diperlukan oleh ibu dan bayi anda disamping membantu meningkatkan lagi penghasilan susu badan anda serta membantu memberangsangkan penghasilan susu dengan cepat.

SUSU BADAN SEPERTI CAIR?
SUSU BADAN TIDAK PEKAT?
LETIH BERJAGA MALAM KERANA MENYUSU BAYI?
BAYI SEOLAH TIDAK PUAS SEMASA MENYUSU?
Kak kiah faham sangat jika anda mengalami masalah seperti diatas, apakata memcuba set menyusu shaklee ini dimana ianya membantu menangani permasalah seperti diatas, Kak kiah dulu menghadapi situasi seperti begitu juga, dengan izin dariNya yang mengizinkan segalanya. 
ALHAMDULILLAH.. KITA BERIKHTIAR ALLAH YANG MEMBERI ^_^

Renung-renungkan dan selamat beramal, anda masih mempunyai kemuskilan mengenai penyusuan anda? Segan hendak bertanya pada ibu?kakak? apatah lagi hendak bertanyakan pada jiran lagi la tidak kan? Jangan runsing kongsikan bersama kak kiah ^_^ untuk mendapatkan free konsultasi

Jika anda semua mahu menyertai keluarga Shaklee kak kiah boleh hubungi kak kiah bila-bila masa sahaja, jangan malu bertanya, jika malu bertanya sesat jalan heheheh..

Ingin dapatkan produk Shaklee ?


Anda boleh hubungi kak kiah segera untuk membuat 
 
tempahan dan pesanan produk shaklee diatas, 
 
sebarang pertanyaan serta cadangan boleh hubungi di 
 
talian :-
 
 Berminat untuk jadi ahli Shaklee ? Ingin mendapatkan 
 
harga lebih jimat dengan ahli shaklee?Mahu mulakan 
 
bisnes tanpa modal yang memeningkan? hubungi,

 



 0176784153 whatapp/call/sms/telegram ( Pn.Lily)

email: nlabdullah8909@gmail.com

fb: Norlaili abdullah

instagram: norlailiabdullah

fb pages: cahayaummurizqi.blogspot.com  (like

untuk info lebih menarik

PENGEDAR SHAKLEE KAWASAN PETALING JAYA 
( COD : TAMAN DATO HARUN , TAMAN MEDAN , DESA MENTARI , PJ STATE , SG WAY)

Sunday, 14 December 2014

Resipi Mee Goreng Basah yang sangat mudah lagi menyedapkan

Resipi Mee Goreng Basah yang sangat mudah lagi menyedapkan


Assalammualaikum, salam sayang semua :) hari cuti ini masa yang berkualiti dengan keluarga betul tak? Memasak antara kegemaran kak kiah juga lah, Hamboii..rajin la sangat kak kiah ini gayanya hahah, So alang-alang cerita masak kak kiah hendak share resipi mee goreng basah yang sangat mudah lagi menyedapkan. Permintaan dari mentua kak kiah yang gemar mee goreng basah ini :) bila ada permintaan lagi kak kiah feeling ala-ala master chef antarabangsa ok! hahaha

Bahan-bahan membuat mee goreng basah 


  • Mee Kuning sebungkus ( hidangan cukup 4 - 5 orang)
  • bawang putih 3 ulas (blend/tumbuk)
  • bawang merah 1/2 biji yang sedang (blend/tumbuk)
  • cili kering (blend)
  • cili merah/ hijau untuk hiasan
  • isi ayam yang dipotong kecil ( ikut citarasa ingin sedikit mahupun banyak)
  • limau nipis
  • sayur - sawi,lobak,tomato
  • kicap manis
  • kicap pekat
  • sos cili
  • sos tiram

Cara-cara masak mee goreng basah

resipi mee goreng basah yang sangat mudah lagi menyedapkan
  1. Panaskan kuali,isi minyak dan tumiskan bahan yang blend/tumbuh (bawang putih dan bawang merah) hingga naik bau
  2. isi kan lada yang diblend, goreng hingga garing nanti sakit pula perut tidak garing hehehe
  3. masuk ayam dan sos tomato serta sedikit air
  4. masukkan sos tiram
  5. Kemudian masukkan kicap manis,kicap pekat 
  6. masuk sayur-sayuran dan masak seketika agar sayur layur
  7. masukkan mee kuning dan boleh tambah air agar mee kuning kebasahan. (namanya pun mee goreng basah mesti la kena ada air agar mee basah kan heheheh
  8. Siap untuk dihidang!! yummy
***hiriskan lada hijau untuk hiasan serta perahkan asam limau untuk tambah kan lagi kesedapan mee goreng basah anda :) yummy.. selamat mencuba!



Saturday, 13 December 2014

Sakit Gigi membuatkan anda mula bertukar menjadi HULK

Sakit Gigi membuatkan anda mula bertukar menjadi HULK

Allahuakbar! Allah maha besar, yang menyembuhkan segala penyakit.

Assalammualaikum, apa khabar semua? Beberapa hari ini kak kiah sakit gigi, tika ini pun masih sakit gigi gagahkan jua buat entry agar tidak layan kesakitan sakit gigi yang dialami ini hukhuk..
Bercakap mengenai sakit gigi, alahai jangan main-main orang sakit gigi ini mood memang tidak dapat dijangka orang tua-tua cakap kalau dengar ayam dok berkokok pun rasa hendak marah ini kan pula hal-hal lain yang boleh membuatkan kak kiah bertukar menjadi hulk ok hehehhe.. Bila bertukar hulk jangan ditegur karang dapat playar dimuka nanti seperti gambar diatas hehehe. Penangan sakit gigi Allah sahaja yang tahu

Rawatan Islam merawat sakit gigi

Membaca tujuh kali ayat Al Ana'm dan ayat Surah Al-Mulk 

Selain itu boleh mencuba merawat sakit gigi dengan menggunakan

  • cuka
  • garam bukit
  • bunga cengkih
  • bawang putih

Cara-cara merawat sakit gigi :-


  1.  Panaskan cuka asli ruqyah dan tambah garam bukit biarkan dalam keadan suam - suam dan kumur ditempat yang sakit gigi
  2. Sumbatkan bawang putih yang dihancurkan ke lubang gigi yang sakit
  3. Kunyah bunga cengkih dan sumbat ke dalam lubang gigi yang sakit


Ini antara petua yang diamalkan jika anda sakit gigi akibat gigi berlubang kususnya. Dalam situasi kak kiah ini, sakit gigi yang tidak dapat dikenal pasti sama ada gigi berlubang mahupun alergik. Haru biru dibuatnya menahan sakit gigi ini 

Selain itu juga, kak kiah ingin berkongsikan apa yang kak kiah lakukan bagi menangani masalah sakit gigi kak kiah ini.

 

Sakit gigi dan Shaklee


Basic H Shaklee


Pagi tadi bangun tidur kak kiah bancuhkan setitik basic H shaklee ini kedalam cawan dan kumur-kumur, haa.. korang mesti fikir selamat ke? tiada bahan kimia ke? sebenarnya basic H shaklee ini 100% dari bahan semulajadi iaitu yang diekstrak dari minyak jagung dan kelapa. Multi kegunaan tau selain dari basuh baju, rendam sayuran so kak kiah sahaja ingin mencuba. Hasilnya ok ianya membantu tiada denyutan pada gusi kak kiah. Sempat juga kak kiah memasak

Ostematrik  


Kak kiah ambil 2 biji sebelum tidur membantu memberi kelegaan akibat keradangan sakit gigi kak kiah ini, boleh tidur jika tidak bercinta meleleh air mata menahan sakit uwaaa.. 

Ostematrik memang bangus untuk gigi ianya dipenuhi dengan kalsium yang tinggi. Ostematrik ini bertindak seperti pain killer, macam ubat tahan sakit tu. Ubat sakit yang tablet kuning kak kiah payah tol hendak makan, dengan ostematrik ini senang pula sebab yakin ianya memang tiada sebarang campuran bahan kimia #free drug :)


Moga malam ini kak kiah dapat tidur tanpa ganguan sakit gigi ini ye, doakan kak kiah cepat sembuh ye heheh . Kita berikhtiar Allah yang menyembuhkan:) .Sakit pengampun dosa. ''Allah jua yang menyembuhnya, Berdoalah nescaya akan diperkenankan''


sakit gigi dan gusi


Jika anda semua mahu menyertai keluarga Shaklee kak kiah boleh hubungi kak kiah bila-bila masa sahaja, jangan malu bertanya, jika malu bertanya sesat jalan heheheh..

Ingin dapatkan produk Shaklee ?


Anda boleh hubungi kak kiah segera untuk membuat 
tempahan dan pesanan produk shaklee diatas, 
sebarang pertanyaan serta cadangan boleh hubungi di 
talian :-
 Berminat untuk jadi ahli Shaklee ? Ingin mendapatkan 
harga lebih jimat dengan ahli shaklee?Mahu mulakan 
bisnes tanpa modal yang memeningkan? hubungi,

 



 0176784153 whatapp/call/sms/telegram ( Pn.Lily)

email: nlabdullah8909@gmail.com

fb: Norlaili abdullah

instagram: norlailiabdullah

fb pages: cahayaummurizqi.blogspot.com  (like

untuk info lebih menarik

PENGEDAR SHAKLEE KAWASAN PETALING JAYA 
( COD : TAMAN DATO HARUN , TAMAN MEDAN , DESA MENTARI , PJ STATE , SG WAY)








Kenapa Hati Tidak Tenang ?





  
Kenapa Hati Tidak Tenang ?

 Kenapa hati tidak tenang ?

Dalam perjalanan kehidupan ini pelbagai onak dan cabaran silih berganti.Ada ketikanya hati gembira, ada ketikanya hati berduka, ada ketikanya hati terguris tergiris dengan ragam segelintir manusia di muka bumi ini, Ada ketika hati mula hadir pelbagai tekanan mengakibatkan tidak tenang dengan pelbagai dugaan dan rintangan.

Pasti diri berasa sangat lemah ketika dugaan hadir, berdukacita, bermuram duka pasti membuatkan hati tidak tenang kerana sering memikirkan rencah kehidupan yang tidak sudah, Hal duniawi pastinya tidak sudah.


Bagaimana untuk kembalikan ketenangan dalam hati?




  

Ikuti zikir tenang dan penawar hati yang berduka ini. hati-hati yang berduka pasti akan tenang. Ingatlah kamu ada Allah, Allah yang menyembuh segala kedukaan dihati :) berdoa lah..

Cubalah kita selidik siap satu persatu apakah :-

punca-punca hati tidak tenang 



  • Solat 5 waktu kurang
  • Buat tahajud jarang sekali
  • Bila berduka sering mencari manusia dari mencari Allah
  • Bila berduka sering mencari hiburan dari Al-Quran
  • Dibibir pula sering mengumpat, taubat tidak sama sekali
  • Bila diselubungi masalah laman sosial menjadi pilihan 
  • Tikar sejadah jauh sekali untuk memandang
Tidak mustahil hati tidak akan menjadi tenang jika kita sendiri tidak mengigati Allah.
 
Terasa kerdil dirinya, betapa banyak khilaf dalam kehidupan seharian. Sama-sama lah kita perbaiki diri, manusia seringkali tidak terlepas dari kesilapan. Maafkan kami Ya Allah, kami hambamu yang hina.Bimbinglah kami ke jalan yang benar.

Tulang rusuk kiriku, bimbinglah daku menuju ke syurgawi, menjadi pelindung untuk kami.



Muhasabah diri.

Insan kerdil, 

cahayaummurizqi.blogspot.com